Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, February 3, 2009

Melayu.. bangsa buli


salam...

hari ini aku terlewat membaca akhbar online utusan kegemaranku. Namun bila sahaja aku membukanya alangkah terkejutnya aku melihat anak bangsaku. Hampir sahaja air mata ini mengalir mengenangkan nasib mereka. Jika anda juga membaca berita yang sama iaitu mengenai sebuah sekolah tadika yang dikunci dan para pelajarnya terpaksa belajar di panas terik. Masyaallah.... tolonglah rakyat malaysia sekalian terutamanya dinegeri-negeri yang kononnya nak perubahan dan angin baru tu.. lihat lah.... dengan beraninya mereka cuba membinasakan bangsa kita.

Pendidikan itu menjadi tonggak kekuatan sesuatu bangsa. Tapi lihatlah, bagaimana dengan sewenang-wenangnya mereka memperlakukan anak bangsa kita. Jika mahu diambil bangunan tersebut, sediakanlah bangunan lain sebagai ganti. Anak bangsa kita terutamaya tidak dari golongan sederhana dan susah ini tidak mampu menghantar anak kecil yang berkobar-kobar mahukan pendidikan ini ke KUMON, SMART READER mahupun sekolah tadika swasta yang lain. Tadika Kemas lah yang banyak berjasa.. namun lihatlah.. Fikirkanlah sendiri.. jangan sampai kita menjadi pengemis tegar di tanah kelahiran sendiri.

No comments: