Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, December 15, 2010

......Perlukah Aku Memulakannya Semula.....

setelah sekian lama blog ini sepi
dek kerana kesibukkan melanda diri ini
perlukah aku memulakan semula???

suatu ketika dulu ia pernah menjadi minatku
aku berusaha mencari talian freenet
sebab ketika itu aku tiada internet
masih ku ingat....ngeengeeeengeee

Ya sekarang aku sudah graduate
sementara mempunyai kelapangan
aku mahu menulis semula
walau secoret kata

AKU AKAN BERUSAHA!!!!!!

Monday, September 20, 2010

~SeTeLaH SeKiAn LaMa~

Salam semua....

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog aku... perlukah aku melakukan sesuatu.. rasa rindu untuk mencoret isi hati ni memanggil-manggil aku.. sedang aku di tengah-tengah kancah kesebukan waktu sebagai seorang mahasiswi tahun akhir.. sempat lagi ker untuk aku mencoret isi hati di blog ini?? Mustahil Tapi Mungkin..................

Friday, October 2, 2009

Mood Blogging yang semakin layu

salam,

dah lama rasernyer aku tak update blog aku. ni semua disebabkan batasan waktu yang aku ada semester ni. Exam semakin menghampiri. takutnyer. semester ni aku rasa agak berat jugak untuk aku. ntah takut aku tak dapat nak kekalkan prestasi. tapi kalau takut tak leh lah main2 dah sia2 kan masa yang ader. aku ader 3 weeks untuk strugle. mudah2han daptah buat yang terbaik erg... doakan lah aku erk...

Tuesday, September 8, 2009

Malaysia vs Indonesia

salam.. lama betul aku tak update blog ni dek kerana kesibukan yg melampau. semester ni berlalu cukup pastas. sedar tak sedar.. sebentar lagi kita akan menghadapi final examination. 2 minggu ini aku tersepit dengan banyak tugasan dan test. sehingga tertinggal banyak isu semasa.

walau bagaimanapun, aku ingin mengupas sedikit isu mengenai hubungan Malaysia -Indonesia yang nampaknya agak renggang sejak akhir2 ini sehingga dilaporkan terjadinya insiden baling telur serta ancaman bulih runcing. Hum almaklumlah mereka ini amat terkenal dengan ilmu batin mereka. Namun yang perlu kita kesali adalah isu ini disebablan oleh beberapa isu kecil yang sudah sedia maklum punca dan penyelesainya. bukan lah aku cuba berpihak pada mana2 negara, namun kita adalah serumpun. Malaysia dan Indonesia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik ini. masih teringat ketika aku melawat kedutaan Indonesia pada semester lepas. aku rasa banyak kejayaan yang kita kecapi bersama.

aku buakn marah pada Indonesia, namun aku agak kecewa dengan kumpulan ekstrem mereka. aku kira kerajaan malaysia sudah cukup baik melayan pendatang mereka di sini. malahan pendatang tanpa izin jugak dilayan dengan baik. Jahat sangatkan Malaysia? aku rasa kekecohan ini timbul dek kerana tarian pendet itu, tapi bukan kah segala keterangan telah diberi...

rasanya jika hendak diungkit dari pelbagai isu, malaysia sudah kira amat baik. teramat2 ganda baiknya layanan kita terhadap mereka. dengan peluang pekerjaan yang kita berikan sehinggakan ada diantara mereka melebihi apa yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat malaysia. aku rasa mereka patut bersyukur untuk itu.

mungkinkah ada dalang yang cuba merenggangkan hubungan diplomat yang telah terjalin sekian lama ini? sama2lah kita nantikan agenda seterusnya...

Tuesday, August 11, 2009

Serabut Aku Serabut...

salam..

duk tak duk.. ni dah minggu ke 5 perkuliahan.. submitted date untuk 3 assignment utama aku dah dekat dah.. tapi progress dier masih hampeh.. aduyai.. fikiran aku serabut lah skang ni.. serabut yang aku sendiri pintal.. hahahaha...

aku asyik rindu mukris jer.. aper lah dier tgh buat tu erg.. budak tu makin bijak. mulut makin petah berkata-kata. yang paling best dalam seminggu berkali-kali dia call aku. rindu lah tu.. akrab betul dier ngan aku. dah lah makin loya buruk budak tu. mama dier pun dah tak terlayan. harap mukris akan jadi budak yang cerdik n berjaya pada masa depan nanti.. nanti uda kasi hadiah erg.. bezday kish lambat lagi pown...

dalam serabut2 ni, bila aku tengok pic aku maser kecik2 dulu, rasa terubat skit. huhuhu comel jugak aku maser kecik2 erg.. kuikuikuikui...korang nak tengok tak pic aku?



Thursday, August 6, 2009

Mandarin Week....

Maaflah aku sejak 2 menjak ni terlalu busy lah. minggu ni macam2 hal.. ayik ujan jer. kesihatan pun agak tidak mengizinkan. tapi aku sempat mengikuti beberapa aktiviti untuk Mandarin Week...

Antaranya aku masuk MANDARIN GAME (ISNIN).. macam2 game kitorang main, antaranya:

a) Angkat kacang dengan chopstick (korang tau depa kasi kacang soya n red bean)
b) Baca number telefon terpantas (Ader 20 list number)
c) teka lagu mandarin (Fail!!! Satu lagu xtau.. tembak jer.. sebu telinga dengar lagu )
d) Pakaian Beragam (Amy jadi model)
e) Calligraphy China (ha.. ni yang paling hampeh!! terpaksa dibatalkan sebab semua kaligrafi yang kitorang buat salah..hahahaha..)

on the next day (Selasa).. aku masuk PUBLIC SPEAKING in MANDARIN Tunas level.. hehehhehe bleh lah. tapi result tak dpt lagi lah.. ketaq lutut gak lah.. aper pun semua peserta tunas dapat pujian sebab we all present dengan penuh bergaya walaupun ramainya orang tak faham punteks kitorang.. kuikuikuikuikui....

patutnya MANDARIN NITE akan diadakan hari ni tapi batal. hampeh!!! macam maner lah aku tak tau. aku n Amy dah sampai depan Dewan Mini sekali aku tengok gelap jer.. aduyai.. buat lotih den jer... frust betul...



Ni lah Chopsticks yang aku gunakan....



aku and the gang....



ni lah lukisan calligraphy "KUMPULAN 6" ... huhuhu dah lah berusnyer dah rosak...tp chop.. bukan aku yang wat tulisan ni.. Lee Loashi aku tulis untuk aku...

Friday, July 31, 2009

Masih Dalam Mood Bersedih

Salam,

Skang ni aku beru jer balik ke kedah. Mood aku masih bersedih.. sampai jer kedah memang menyedihkan mengenangkan hal minggu lepas yang semua sedia maklumkan. hum Anyway, lepas jer pulang dari pengebumian arwah hari tu, kitorang dapat berita campus mempercepatkan cuti smester. so campus bercuti selama seminggu. aku n kawan2 esoknyer, terus balik. kitorang tumpang nadia. thanx nadia. Ketiadaan dier di sisi kita semua mungkin merapatkan lagi ukhwah antara kita. Insyaallah.

Aku harap kawan2 yang lain pun begitu, usahalah kita rasa atau simpan dendam antara kita, risau tak sempat mintak maaf. Walau pun kita muda, tp menda ni tak kenal usia. bila dah sampai waktunya.. kita pergi jua...

hum mungkin dalam tempoh ni masih lagi tersa sebb baru lagi. aperpun kiter perbanyakkan doa untuknya... Al-fatihah