Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Sunday, August 31, 2008

Juadah Mubarak


PUDDING GULA HANGUS

Petua bila buat pudding gula hangus ini, sewaktu kukus tutup kukusan kena balut dengan kain, api kena kecil sekali dan tidak boleh dikukus terlalu lama. Jika dikukus terlalu lama atau api besar akan menghasilkan pudding yang berkerawang seperti contoh gambar.Pudding harus dikukus menggunakan api kecil selama 20 minit.
Ini pula pudding yang dikukus terlalu lama, ia berkerawang dan rasanya pun tidak sesedap yang gambar atas.

Bahan-bahan

15 biji telur
4 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/4 cawan gula
sedikit esen vanilla
sedikit garam
sedikit pewarna

2 cawan gula, dihanguskan
1/4 cawan air

Cara-caranya
Hanguskan gula dengan api kecil kemudian campurkan air sedikit demi sedikit kena hati-hati kalau letak air semua nanti letup macam gunung berapi, kacau sehingga semua sebati. Kalau bekas taufu fa tu boleh dapat 6 bekas satu bekas letak 2 sudu makan gula hangus kat dasarnya dan 3/4 bekas tersebut diisi dengan pudding telur.
Untuk puddingnya, telur dipukul sedikit jangan terlalu dipukul nanti dia kembang kukus tak lawa, campurkan gula, susu cair, air, garam dan inci kuning. Kacau hingga sebati. Kukus menggunakan api kecil selama 20 minit.

salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Semoga hidup kita lebih diberkat. tahun ni tahun keempat aku menjadi perantau utara dan tahun keempat jugaklah aku taki dapat pegang puasa dengan mak n famili dirumah. rindu rasenyer. jap lagi mesti call mak. hum aku harap dibulan yang mulia ini, akan memberi lebih ketenangan dalam jiwa ku yang tengah berserabut ni. aku pun tak tahu. mungkin aku amat jauh denganNYA dan bulan ini ku kira paling sesuai untukku terus merapatkan dan mengabdikan diri kepadanya. insyaallah.

Thursday, August 28, 2008

bubur lambuk sempena Ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri kita. Selain kita menyahut seruan Illahi menunaikan sebulan puasa tak lupa juga kita dengan adat resam Melayu serta juadah yang semestinye menjadi menu pilihan di bazar Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa. antara juadah yang sangat terkenal sempena bulan puasa ni ialah bubur lambuk. memang sedap dan menjadi pembuka selera kepada semua orang. hari ini aku cuba membuat bubur lambuk tu. kalau mase kecik dulu, bila berkunjung ke rumah Pak Ngah Mahpot kat Kg Barutu kitorang mesti pergi ambil bubur lambok masjid jamek. yang paling popular SeMalaya dan sehingga hari ini, adat turun temurun ini masih kekal di masjid tersebut. oh indahnya kedamaian Malaysia ni.. harap sempena Ramadhan ini jugak para pemimpin politik kita akan terbuka hati mereka untuk mengubah fikiran serta menjadi pemimpin-pemimpin yang terbaik buat kita semua. tak kira agama, tak kira kaum dan bangsa, kedamaian harus kita kecapi. walau pun rambut sama hitam dan hati lain-lain tapi hati lain-lain itu sebenarnya mampu berjalan di atas jalan yang sama jika matlamat yang di kejarnya adalah sama. ekh alamak aper ni .. itulah dia disebalik bubur lambuk yang di masak dan dicampur dengan pelbagai rencah membuat aku teringat, ini lah MALAYSIA, dalamnye ada pelbagai bangsa, tapi mampukan ia menjadi seperti bubur lambuk, adunan yang menjadi idaman setiap orang.

Holiday ke Lumut

salam.. hari ni tetiber jer rasa nak gi umah mukisz. rindu kat dier. lepas balik kelas jer terus aku g buterwot amik bus kat sana. kul 6.30 sampai lumut. tapi aku lepak kedai mamak jap coz akak aku bleum siap lagi . mengajor.. mukis tu anak sedara aku ... hehehehehee ni kat kedai mamak lah ni. wifi free.. erggkkk... kenyang makan tosai.. huhuhuhuhuhuhuu.. ramai jugak kat kedai ni .. aku dah la rimas dah ni. hum pgi td mandi awal coz ader meeting. k la nanti kalau rajin aku tulis lagi.. da..

Wednesday, August 13, 2008

UiTM dHatiKu


Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia



CERITA HIDUP INI




Sebenarnya dalam hidup ini ada cerita

suka duka pedih dan ceria

apa sebenarnya yang berlaku aku tak tahu

cuba kita renung sejenak

pekak orang teriak kebebasan dicampak dalam semak

Sebenarnya hidup ini ada cerita

apa yang berlaku semuanya derita

serabut dalam kepala yang entah apa sebenarnya kita yang cipta

ketentuaannya Illahi yang kira

hidup ini bukannya senang

walau jauh kita sebarang

belum pasti sampai ketunjang

percaya atau tidak kita adalah malang

sejauh mana kita terbang

kita bukan layang-layang

ditarik guna benang terlepas kita tak pegang

kita adalah kita

tak semua buat diterima

kita mampu teroka sampai ke dasar

namun kita tak sedar semuanya ada onar

belum tentu dapat bayar

jasa dan pengorbanan mereka berdua yang sabar

dapatkah kita berfikir

peluh setitik ibarat pasir

jadi jangan kita mungkir

hidup ini bukannya senang

Sebenarnya dalam hidup ini ada cerita

suka duka perit ceria

tak mampu kita mungkir

tak mampu melawan takdir

Sunday, August 10, 2008

Imbas kembali


Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye
laa...hehehe

KENAPA PERLU FIKIR TENTANG MELAYU???


Suara itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya tatkala soalan itu diaju kepada saya. Soalan daripada seorang sahabat istimewa. Ya saya akui kedudukaan saya sebagai seorang Melayu sering diperkatakan oleh kerana saya terlalu akrab dengan rakan-rakan bukan Melayu. Perlukah saya berasa rendah diri berada disamping mereka? Kadang kala apabila kami berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, adalah suara-suara sinis yang lalu dengan menyatakan seakan ejekan kepada saya “cakap pun broken, nak berlagak”, namun rakan-rakan bukan Melayu itu menguatkan semangat saya “It’s ok friend, at least you’ve try your best”!.

Kembali kepada peristiwa di suatu petang, ketika saya dan kawan-kawan keluar beriadah, rakan saya seorang India, berkata kepada saya, “lihat siswi di sana, pakai baju menjolok mata. Mereka tak malu ke? Saya pun tak berpakaian seperti itu”. Kritikan itu benar-benar menyentuh sanubari saya dan ia tidak berakhir disitu, seorang lagi rakan Cina menyambung dengan mengajukan soalan kepada saya, ”apa perasaan kamu sebagai seorang Melayu? Kamu tak berasa malu kah melihat keadaan orang Melayu yang kini sudah jauh ketinggalan daripada bangsa lain?”. Dengan spontan saya menjawab ”Inilah masalah yang membelenggu fikiran saya, jika saya ada kuasa yang hebat saya sudah pasti saya akan membetulkan keadaan. Seperti Sailormoon. Tapi apakan daya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Cukup susah nak belajar dari pengalaman orang, mungkin bila sudah kena pada hidung sendiri, baru mereka akan sedar”.

Begitulah jawapan saya, walau pun diselitkan sedikit kelakar namun sahabat-sahabat itu sudah faham dengan setiap kata yang saya luahkan. Meraka sudah sinonim, saya suka meninggalkan kata-kata saya dengan persoalan dengan harapan mereka akan berfikir lebih. Itu sudah menjadi cara saya agar mereka berfikir. Namun mereka tidak pernah mengeluh. Kami memang sentiasa bersikap keterbukaan malah saya sendiri membenarkan mereka memberikan kritikan kepada saya walaupun pada awalnya mereka bimbang saya akan terasa namun pada pandangan saya kritikan mereka akan membuat minda saya terus berfikir lebih jauh.

Setelah setahun lebih kami terpisah kerana menyambung pelajaran di institusi yang berbeza, kerinduan itu melintas di hati saya tatkala saya saya sedang berfikir mengenai nasib bangsa saya. MENGAPA SAYA PERLU BERFIKIR MENGENAI NASIB MELAYU?. Sedangkan rakan-rakan sebangsa saya selalu berkata, ”kau ni berfikir benda yang tak sepatutnya. Kita masih muda, banyak lagi yang perlu kita fikir. Nak pergi membeli belah di mana, bercerita tentang jejaka-jejaka atau pensyarah-pensyarah muda dan sebagainya.” Secara bersahaja saya menbidas ”biarlah, hal itu kamu semua dah fikirkan, dan hal Melayu tak ada siapa nak fikirkan, biarlah aku tolong fikirkan, kesian aku tengok MELAYU ini.” Ya itulah kuncinya ”KASIHAN MELIHAT BANGSA MELAYU”.

Dalam satu kuliah, satu persoalan telah ditanya ”perlukan MELAYU mendapat subsidi?”, aku menjawab tidak. Pensyarah bertanya lagi ”apa alasan kamu berkata demikian?” aku menjelaskan secara terperinci,”Seboleh-bolehnya elakkan. Walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan tentang hak keistimewaan Melayu namun sebenarnya itulah juga yang menjadi faktor utama melemahkan kaum Melayu. Hidup bergantung dengan subsidi. Zaman kita sudah jauh berbeza dengan keadaan masa silam. Jika dahulu ya, subsidi perlu bagi membantu orang Melayu kerana dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh British. Tapi itu dahulu, kini kita sudah jauh dalam arus kemodenan dimana setiap kita berpeluang mencapai apa sahaja yang ada. Namun kerana sikap kebergantungan orang Melayu kepada subsidilah membuatkan kita lemah. Orang Melayu menjadi manja, tidak mahu berdikari kerana pada mereka tidak mengapa kerajaan ada bagi membantu mereka, jika tidak buat apa mereka mengundi kerajaan.” pensyarahku nampak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Beliau menyambung persoalannya, ”jadi kamu fikir subsidi harus dihapuskan?” Saya menjawab tapi kali ini agak mengambil masa ”Itulah yang menjadi masalahnya. Jika kita hapuskan maka habislah bangsa Melayu akan terus ketinggalan. Saya fikir kita perlu mengubah persepsi terhadap subsidi dan mengubah pemikiran Melayu agar mereka lebih hidup berdikari. Anggaplah subsidi adalah sumber terakhir bagi orang Melayu”

Saturday, August 2, 2008

Dimana Keamanan,Dimana Kemerdekaan

Hari merupakan minggu pertama dalam bulan Ogos. Nampaknya Malaysia sudah hampir kepada Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 51, namun aku tak namapak adanya kemerdekaan itu. Di mana ia? dulu ada sekarang terasa hialng dan suram. Macam biskut chipsmore pulak rasanya. Kejap ada kejap tiada. Pelik aneh. Sudah 50 tahun merdeka, takkan kita nak lupakan begitu sahaja. Tapi tak mustahilkan? memang tak mustahil jika kemerdekaan yang kita kecapi akan hilang. Seperti kehebatan Pahlawan Melayu Melaka. dulu empayarnya cukup gah sehingga bahasa Melayu menjadi salah satu bahsa pengantara dalam dunia. Hebat Melayu kini. Tapi dimana Melayu yang hebat itu sekarang ?? pahlawan dulu tak menyangka tanah air yang mereka pertahankan akhirnya jatuh ketangan penjajah dek kerana ketamakan pemimpin Melayu. Eh, bukankah situasi ini hampir sama dengan situasi yang kita hadapi sekarang? Ya, lebih kurang sama yang bezanya waktu, perwatakan dan caranya. Jadi, kita juga akhirnya akan dijajah?? Persoalan itu mempunyai 1001 satu jawan. Ada yang kata, kita sebenarnya bebas dari penjajahan, ada yang kata kita masih dijajah. Tapi jawapan yang terbaik yang ku pilih ialah kita sebenarnya telah dijajah dalam pelbagai bentuk. Pemikiran terutamanya. ooohh beitu....
Sampai bila agaknya kita kan dijajah??? Kita akan dijajah selagi kita tidak punya budaya sediri. selagi kita tak bersatu padu, selagi pemimpin kita asyik betelagah. Tapikan kita sudah ada budaya tersendiri? bukankah kita sudah bersatu padu? Memang kita ada tapi semua itu ibarat plastik semata-mata. pernahkah kita sanjung budaya kita?? Jarangkan, semuanya agungkan budaya penjajah. Betul jugak, susah benar nak mendapat kemerdekaan kan? Salah tu!! mendapat kemerdekaan nampak mudah tapi mengekalkan kemerdekaan itu, yang amat susah. Jadi dibulan kemerdekaan ini sama-samalah kita bersatu padu untuk mengekalkan kemerdekaan Malaysia untuk generasi akan datang.