Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, February 24, 2009

Jauh disudut hati...

Hum nak kongsi lah skit kesibukan aku dengan semua kawan-kawan supaya lapang skit rasa bebanan di hati and kepala ni. aku ader beberapa luahan nak aku cakap kan :

1. Aku skang cukup bengang dan tidak puas hati dengan bebudak class aku terutamanya beberapa golongan tertentu (aku rasa korang tahu), bukan cuba untuk membenci mereka tetapi sikap mereka yang tidak menghormati orang itu (terutamanya golongan aku)membuatkan aku sedih.

2. Aku mula rindukan kedamaian kelas lama aku yang jauh lebih menyeronokkan walaupun dalam komuniti yang kecil tapi hidup sepakat dan bahagia serta disayangi oleh ramai pensyarah...walaubagaimanapun segalanya berubah sejak kehadiran mereka.. sedihnyer..

3. Selain terbeban dek perasaan tentang budak kelas, aku jugak tengah pening kepala sebab aku tengah update fail-fail club. biaselah baru bertukar pucuk pimpinan.
4.Yang letihnye, aku tak tau macam maner diorang punyer standard kerja. 3hari aku tidur ngan fail sebab aku nak cari jalan membetulkan keadaan dan membuat standard yang betul. nasib baik koordinator memberikan kuasa veto untuk aku tentukan format aku. (aku memang straight bab audit ni.. alamatnye jadi boss letihlah pekerja aku)

4. Selain itu, aku terbeban dengan perasaan sendiri.. masalah peribadilah aper lagi.. aku bukan anak yang jahat, tapi aku tak berapa bolehe terima kenyataan bahawa aku akan mendapat ayah baru.. susah tu.. so the solution aku wat2 happy.. prepare macam-macam untuk wedding mak aku. ikhlas memang ikhlas tapi.. entahlah.. susah nak cakap lah..

oklah.. aku tak mau menulis panjang-panjang, banyak masa terbuang nanti..

Sunday, February 22, 2009

Senyum Dalam Tekanan

Kadang Kala
kita menangis sebab sedih..
kita menangis sebab gembira.
dan kita menangis sebab air mata itu telah dijadikan untuk ditangisi...

Tapi.. Minggu ini...
Aku tersunyum....
Aku senyum sebab gembira...(adalah perkara yang berbunga dihati)
Aku senyum sebab aku tention .. (motivasi diri .. so terpaksa senyum)
dan aku senyum dalam kenangan kerinduan.. (teringat memori silam, so senyum kerinduan)

kadang kala aku ni terlalu rumit dan tersirat..
senyum aku kerana sedih..
dan tangisan aku kerana aku gembira..
namun tak saper tahu.. hati aku sentiasa sedih buat masa ini.. (entahlah, sabar aje)

Tuesday, February 17, 2009

Entry Ke 100

salam....

nampaknya kehidupan life campus aku semakin mencabar dengan datangnya lambakan tugasan yang perlu diselesaikan. aku juga terpaksa memontengkan diri dalam banyak aktiviti. Yelah sejak2 kena maeah dengan penasihat peribadi aku tu. huhuhuhuhuhu..

Aper pun aku nak kaci tau semua.. aku curi2 maser untuk menulis entri aku yang keseratu ini. sepanjang aku menjadi blogger yang kadang kala tenggelam timbul ni. tapi aku banyak belajar. hehehehe cumer tak ader maser jer.. mungkin nanti aku akan update maser cuti nanti..

ok lah kepada semua blogger keep writing in tour blog.. dan selalulah singgah kat blog ni..

Saturday, February 14, 2009

Sudah Sampai

ketika aku mnenulis entri ni aku ada di atas katil kesayanganku. Rombongan kami tiba dirumah pada jan 1.30 pagi. walaupun keletihan tapi aku sempat membuka laptop. Macam tak kenal aku dan laptop memang susah nak dipisahkan.

apa pun mengenai trip kali ini memang cukup seronok bagi aku walaupun ader beberapa insiden yang tak dapat dielakkan serta cerita-cerita mistik yang membuat aku kecut perut. biasalah kami melawat memorial. tempat bersejarah.

ok lah mungkin cerita itu akan aku ceritakan untuk entri akan datang dan sakng aku pun dah keletihan. nak tidor.. ok semua gudnite.

Friday, February 13, 2009

Lawatan ke IDFR & Pejabat Kedutaan Indonesia

Salam,

hari aku sangat letih sekali. So tak mau nak cerita panjang tapi trip ni memang seronok. Seawal pagi aku dan kawan-kawan bersiap untuk ke IDFR - Institut Diplomasi dan Hubungan LUar Negeri, Kementerian Luar Negeri. Pelbagai informasi mengenai diplomat yang kitorang dapat serta berkaitan dengan dasar hubungan luar di malaysia.

Selepas solat jumaat, kitorang ke kedutaan indonesia. Disana kami diberi taklimat mengenai indonesia dan mengadakan sesi Q n A. Selepas itu kami pun bertolak pulang.

p/s entri ni kurang cerita sebab aku dah letih..

Thursday, February 12, 2009

Let's Join To TheTrip

Salam,

waktu aku tulis blog ni.. cube teka aku ader kat maner?? huhuhuhhuhu maner lagi, kolej alamanda kat jalan kelang. Minggu ni aku ader trip bersama Kelas IR dan Primership. setelah bersusah payah nik n yamin berusaha, akhirnya kami telah sampai ke destinasi yang dituju. thanx ya yamin n nik.

Walau bagaimanapun, kitorang memang excitedlah. aku tak tidur dalam bus. sepanjang jalan macam-macam cerita kitorang bualkan. Sebelum pegi, lebih tepat lagi sebelum mandi, masing2 duk try blezer, dan hasilnyer.. semua pose depan camera...

alamak, maaflah.. aku tak dapat nak load lah.. ader problem.. tak per nanti aku loadkan erg.. k nak tidur , esok kena bangun awal pagi untuk next xtiviti...

Tuesday, February 10, 2009

MAJLIS SEKRETARIAT MPP (MASEK)

Salam,

aku baru sahaja pulang dari meeting Majlis Secretariat MPP (MASEK), dan melalui pemahaman aku, badan ini diwujudkan sebagai kata lainnya ad-hoc kepada MPP uitm kedah. Walau bagaimanapun aku sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan dalam bada ini iaitu sebagai T.Presiden 2. Apa yang aku harapkan, aku boleh menggunakan medium ini untuk membangunkan pelajar di campus ini.

Walaupun penasihat peribadiku telah memberikan nasihat kepadaku dengan menyuruhku memberikan penumpuan sepenuhnya kepada pelajaran namun hati aku yang telah sebati dengan kepimpinan ini tidak dapat lari. Walua bagaimanapun, aku aka memberikan keutamaan kepada pelajaran aku kerana ini tujuan aku ader di camnpus dan bidang kepimpinan ini aku jadikan sebagai platform untuk menimba ilmu kehidupan yang mungkin tak boleh diperolehi di kuliah.

ok lah badan dah letih, aku nak sudahakn assignment aku.

Monday, February 9, 2009

Aku g UK, Bilik kena pecah....

Salam, minggu ini sungguh sibuk bagi aku. Macam2 kena buat. Sampai kurang rehat. Akibatnya semalam aku ke U.K (unit kesihatan uitm ni sebenarnya....hehehehehe. Dapatlah aku rehat sepetang. (ponteng 2 kelas tapi ader time slip jer..)

Balik dari Uk (aku g ngan hilz, hil meraung sebab kaki dier luka) aku pun dalam keadaan yang peniing2 tu aku persan jugak pintu slaiding aku terbuka tapi tak suspek aper2 coz aku fikir budak2 junior ader. Biler masuk bilek aku perasan laci dan wllet aku terbuka. Wallet tu aku letak pendrive. mula dah terdetik macam ader orang selongkar, tapi memandangkan camera digital aku elok tak terusik aku pun wat derk..

aku tidur sampai petang pas makan ubat. Then, bila natrah tegur baru aku perasan, dan aku cerita kat dier. Kesimpulannya sah bilik kitorang di masuki orang.. Risau jugak aku dibuatnyer. Nasib baik semalam kitorang bawak laptop g kelas.

So nak peringat kat kengkawan NR semua, hati-hatilah...

Friday, February 6, 2009

Pre Basic Day

Salam, maaflah kawan2 sebab dah tak update beberapa hari coz bz ngan pre basic day. Di samping tu, server yang sangat lembab kat taman lembah bujang ni menyebabkan aku tak leh nak update. hum.. anyway, aku nak kasi tau yang perjalanan Pre Basic Day berjalan sangat l;ancar.Dan ketika aku tulis entri ini. Aku ada kat Park evenue untuk tournament Boling.

Untuk makluman korang semua, geng aku dah menang untuk Street Soccer perempuan tempat ketiga dan Volleyball temapat kedua. Walaupun geng kitorang sangat minoriti tapi sekali berentap memang jadi tumpuan.

ok next time aku akan masuk kan pic2 sepanjang program ni. untuk hari ini, cukup takat ni je kot.

Wednesday, February 4, 2009

Mengapa begini???

Salam

hari ini kita benar-benar terkejut dengan gelodak politik yang terjadi dinegara kita. Apakah silapnya?? Mungkinkah ia nya telah dirangcang?? Siapa yang merancang?? tapi motifnya memecahkan Melayu. Merugikan kaum Melayu..

Sedikit demi sedikit mereka cuba meracuni pemikiran melayu... pada pandagan aku strateginya mungkin begini... Mereka duduk dibelakang Melayu... Mula menghasut untuk memecah belahkan Melayu dan kemudian mereka mewujudkan pelbagai konflik sehingga membuatkan Melayu terkeliru dan terus membenci arena politik.. Sedangkan mereka saban hari semakin kaya dan terus kaya. Melayu pula terpaksa bertikam lidah mempertahankan kuasa politik...

Hati-hatilah... dalam diam mereka bertindak...

p/s ayat ini terlalu dalam untuk difahami, tapi fahamilah kenyataan ini.

Tuesday, February 3, 2009

Melayu.. bangsa buli


salam...

hari ini aku terlewat membaca akhbar online utusan kegemaranku. Namun bila sahaja aku membukanya alangkah terkejutnya aku melihat anak bangsaku. Hampir sahaja air mata ini mengalir mengenangkan nasib mereka. Jika anda juga membaca berita yang sama iaitu mengenai sebuah sekolah tadika yang dikunci dan para pelajarnya terpaksa belajar di panas terik. Masyaallah.... tolonglah rakyat malaysia sekalian terutamanya dinegeri-negeri yang kononnya nak perubahan dan angin baru tu.. lihat lah.... dengan beraninya mereka cuba membinasakan bangsa kita.

Pendidikan itu menjadi tonggak kekuatan sesuatu bangsa. Tapi lihatlah, bagaimana dengan sewenang-wenangnya mereka memperlakukan anak bangsa kita. Jika mahu diambil bangunan tersebut, sediakanlah bangunan lain sebagai ganti. Anak bangsa kita terutamaya tidak dari golongan sederhana dan susah ini tidak mampu menghantar anak kecil yang berkobar-kobar mahukan pendidikan ini ke KUMON, SMART READER mahupun sekolah tadika swasta yang lain. Tadika Kemas lah yang banyak berjasa.. namun lihatlah.. Fikirkanlah sendiri.. jangan sampai kita menjadi pengemis tegar di tanah kelahiran sendiri.

Al-Fatihah buat Mak Long Siti

Salam,

Hari ini aku mahu berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan semua. Malam semalam aku baru sahaja mendapat satu masej daripada kakak aku yang mengkhabarkan bahawa ibu saudara ku, iaitu kakak kepada arwah ayah ku telah pun pulang ke rahmahtullah kerana sakit tua.

Mujurlah aku sempat menziarahi arwah pada cuti raya cina yang lepas. Pada hemat aku, mak long ku telah diserang demam chikugunya pada bulan lepas dan tetap berasa sakit sendi-sendinya ketika kami menziarahinya. selain itu beliau mempunya penyakit diabetis. Allah lebih menyayangi arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

p/s Aku semakin risau dengan penyakit keturunan ini.. mohon dijauhkan..

Monday, February 2, 2009

Kerja Last Minutes......

Salam,

Walau pun minggu ni sangat pack dengan assignment yang perlu dihantar pada minggu hadapan serta sibuk dengan preparation untuk presentation namun aku cuba meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini.

Kesedaran ini wujud ekoran insiden yang terjadi dalam kelas aku hari ini dan hampir menjebak aku dalam perangkap yang aku bina sendiri. Mujurlah laptop kesayangan aku ini menyelamatkan aku. Untuk pengetahuan korang hari ini Mdm Bel but rehearsal sempena presentation public speaking untuk 2 minggu lagi. memang kami telah sedia maklum. namun biasalah kami masih bersikap sambil lewa.. (itulah masalah aku sebenarnya).. kerja last minut.

aku sendiri tak tahu macam maner harus ku ubah attitude buruk aku ini. Akibat daripada attitude buruk ini, rehearsal aku dan kawan-kawan kebanyakannya cuma dapat gred c- sahaja. Hum itulah dia.. Kerja Last minutes. tapi aku rasa aku masih berpotensi untuk membuat pembaikan terhadap teks aku sebab presentation yang sebenar ada 2 minggu lagi.. So... aku nak buat kerja aku sekarang.. tata..titi..tutu..

Ps :- kawan2 tolong lah tegur saya yang suka buat kerja last minute ni.. ok.. samer2 tegur2 erg..

Sunday, February 1, 2009

Pre Basic Day

salam..

Aku nak cerita pasal Pre Basic Day yang akan diadakan. Melalui meeting yang aku attend, AJK memang berkobar-kobar. tapi risau jugak dengan student2 nya. Ok di sini aku nak seru kepada ahli Basic datanglah ramai-ramai ke aktiviti yang kita adakan. Hum insyaallah lah ia menjanjikan keseronokan. kehadiran korang yang akan buat ia seronok. So mai jangan tak mai tau..

"Pre Basic Day"
05 - 07 Februari 2009