Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, February 3, 2009

Al-Fatihah buat Mak Long Siti

Salam,

Hari ini aku mahu berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan semua. Malam semalam aku baru sahaja mendapat satu masej daripada kakak aku yang mengkhabarkan bahawa ibu saudara ku, iaitu kakak kepada arwah ayah ku telah pun pulang ke rahmahtullah kerana sakit tua.

Mujurlah aku sempat menziarahi arwah pada cuti raya cina yang lepas. Pada hemat aku, mak long ku telah diserang demam chikugunya pada bulan lepas dan tetap berasa sakit sendi-sendinya ketika kami menziarahinya. selain itu beliau mempunya penyakit diabetis. Allah lebih menyayangi arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

p/s Aku semakin risau dengan penyakit keturunan ini.. mohon dijauhkan..

No comments: