Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, October 2, 2009

Mood Blogging yang semakin layu

salam,

dah lama rasernyer aku tak update blog aku. ni semua disebabkan batasan waktu yang aku ada semester ni. Exam semakin menghampiri. takutnyer. semester ni aku rasa agak berat jugak untuk aku. ntah takut aku tak dapat nak kekalkan prestasi. tapi kalau takut tak leh lah main2 dah sia2 kan masa yang ader. aku ader 3 weeks untuk strugle. mudah2han daptah buat yang terbaik erg... doakan lah aku erk...

Tuesday, September 8, 2009

Malaysia vs Indonesia

salam.. lama betul aku tak update blog ni dek kerana kesibukan yg melampau. semester ni berlalu cukup pastas. sedar tak sedar.. sebentar lagi kita akan menghadapi final examination. 2 minggu ini aku tersepit dengan banyak tugasan dan test. sehingga tertinggal banyak isu semasa.

walau bagaimanapun, aku ingin mengupas sedikit isu mengenai hubungan Malaysia -Indonesia yang nampaknya agak renggang sejak akhir2 ini sehingga dilaporkan terjadinya insiden baling telur serta ancaman bulih runcing. Hum almaklumlah mereka ini amat terkenal dengan ilmu batin mereka. Namun yang perlu kita kesali adalah isu ini disebablan oleh beberapa isu kecil yang sudah sedia maklum punca dan penyelesainya. bukan lah aku cuba berpihak pada mana2 negara, namun kita adalah serumpun. Malaysia dan Indonesia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik ini. masih teringat ketika aku melawat kedutaan Indonesia pada semester lepas. aku rasa banyak kejayaan yang kita kecapi bersama.

aku buakn marah pada Indonesia, namun aku agak kecewa dengan kumpulan ekstrem mereka. aku kira kerajaan malaysia sudah cukup baik melayan pendatang mereka di sini. malahan pendatang tanpa izin jugak dilayan dengan baik. Jahat sangatkan Malaysia? aku rasa kekecohan ini timbul dek kerana tarian pendet itu, tapi bukan kah segala keterangan telah diberi...

rasanya jika hendak diungkit dari pelbagai isu, malaysia sudah kira amat baik. teramat2 ganda baiknya layanan kita terhadap mereka. dengan peluang pekerjaan yang kita berikan sehinggakan ada diantara mereka melebihi apa yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat malaysia. aku rasa mereka patut bersyukur untuk itu.

mungkinkah ada dalang yang cuba merenggangkan hubungan diplomat yang telah terjalin sekian lama ini? sama2lah kita nantikan agenda seterusnya...

Tuesday, August 11, 2009

Serabut Aku Serabut...

salam..

duk tak duk.. ni dah minggu ke 5 perkuliahan.. submitted date untuk 3 assignment utama aku dah dekat dah.. tapi progress dier masih hampeh.. aduyai.. fikiran aku serabut lah skang ni.. serabut yang aku sendiri pintal.. hahahaha...

aku asyik rindu mukris jer.. aper lah dier tgh buat tu erg.. budak tu makin bijak. mulut makin petah berkata-kata. yang paling best dalam seminggu berkali-kali dia call aku. rindu lah tu.. akrab betul dier ngan aku. dah lah makin loya buruk budak tu. mama dier pun dah tak terlayan. harap mukris akan jadi budak yang cerdik n berjaya pada masa depan nanti.. nanti uda kasi hadiah erg.. bezday kish lambat lagi pown...

dalam serabut2 ni, bila aku tengok pic aku maser kecik2 dulu, rasa terubat skit. huhuhu comel jugak aku maser kecik2 erg.. kuikuikuikui...korang nak tengok tak pic aku?



Thursday, August 6, 2009

Mandarin Week....

Maaflah aku sejak 2 menjak ni terlalu busy lah. minggu ni macam2 hal.. ayik ujan jer. kesihatan pun agak tidak mengizinkan. tapi aku sempat mengikuti beberapa aktiviti untuk Mandarin Week...

Antaranya aku masuk MANDARIN GAME (ISNIN).. macam2 game kitorang main, antaranya:

a) Angkat kacang dengan chopstick (korang tau depa kasi kacang soya n red bean)
b) Baca number telefon terpantas (Ader 20 list number)
c) teka lagu mandarin (Fail!!! Satu lagu xtau.. tembak jer.. sebu telinga dengar lagu )
d) Pakaian Beragam (Amy jadi model)
e) Calligraphy China (ha.. ni yang paling hampeh!! terpaksa dibatalkan sebab semua kaligrafi yang kitorang buat salah..hahahaha..)

on the next day (Selasa).. aku masuk PUBLIC SPEAKING in MANDARIN Tunas level.. hehehhehe bleh lah. tapi result tak dpt lagi lah.. ketaq lutut gak lah.. aper pun semua peserta tunas dapat pujian sebab we all present dengan penuh bergaya walaupun ramainya orang tak faham punteks kitorang.. kuikuikuikuikui....

patutnya MANDARIN NITE akan diadakan hari ni tapi batal. hampeh!!! macam maner lah aku tak tau. aku n Amy dah sampai depan Dewan Mini sekali aku tengok gelap jer.. aduyai.. buat lotih den jer... frust betul...



Ni lah Chopsticks yang aku gunakan....



aku and the gang....



ni lah lukisan calligraphy "KUMPULAN 6" ... huhuhu dah lah berusnyer dah rosak...tp chop.. bukan aku yang wat tulisan ni.. Lee Loashi aku tulis untuk aku...

Friday, July 31, 2009

Masih Dalam Mood Bersedih

Salam,

Skang ni aku beru jer balik ke kedah. Mood aku masih bersedih.. sampai jer kedah memang menyedihkan mengenangkan hal minggu lepas yang semua sedia maklumkan. hum Anyway, lepas jer pulang dari pengebumian arwah hari tu, kitorang dapat berita campus mempercepatkan cuti smester. so campus bercuti selama seminggu. aku n kawan2 esoknyer, terus balik. kitorang tumpang nadia. thanx nadia. Ketiadaan dier di sisi kita semua mungkin merapatkan lagi ukhwah antara kita. Insyaallah.

Aku harap kawan2 yang lain pun begitu, usahalah kita rasa atau simpan dendam antara kita, risau tak sempat mintak maaf. Walau pun kita muda, tp menda ni tak kenal usia. bila dah sampai waktunya.. kita pergi jua...

hum mungkin dalam tempoh ni masih lagi tersa sebb baru lagi. aperpun kiter perbanyakkan doa untuknya... Al-fatihah

Thursday, July 23, 2009

Al-Fatihah buat Arwah Yamin

Salam semua,

Untuk pengetahuan semua, hari ini kami kehilangan seorang sahabat yang sangat kami sayangi. Bagi kami pemergian arwah Yamin tidak ada gantinya disisi kami. Kami berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dari Illahi.

Aku tertejut pabila mendapat panggilan tentang kematiannya. Pada mulanya kami cuma diberitahu arwah pengsan semasa bermain badminton di Sg Jagung. Namun Allah lebih menyayangi dia.

Apa pun sebagai sahabat, aku bersyukur kepada Illahi kerana dapat berkawan dengan arwah walaupun dalam waktu yang singkat ini. Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah Yamin. Al-Fatihah...



Cita-citanya menjadi seorang pemimpin.. mengubah nasib bangsa...

Saturday, July 18, 2009

Duhai Minggu ni...

salam semua... maaflah bagi yang membaca blog aku ni. skang aku tak ade masa sangat nak upsate. hum.. tapi aper pun untuk overall for disweek aku summarize ajer lah erg... Ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu dah jadi kata aku minggu ni.

1. Minggu ni sangat busy ngan meeting BASIC. pening kepala aku nak wat report lagi. macam2 lah.

2. Aku dapat dua injured minggu ni. First dalam campus maser nak park motor. ader lah budak 2 aku baru sampai n nak turun dari motor. dia yang baru sampai, terus mai rapat meyelit park kat tepi motor aku. akibatnye kaki aku kenalah ekzos motor dier.. pedih siot....

Secondly.. ajak tragis jugak injured ni.. Aku n kawan2 nak gi picnic kat titi hayun, yan. So kitorang g lah beli barang2. macam biasa lah aku chef diorang. Malam tu aku meyiang ayam kul 12 lebih. N tetibe terluka kena pisau. terpotong sedikit daging aku. (skang jari aku berlekuk sbb takder daging) korang tahu darah kuar dengan banayk tak leh nak henti selama 30 minit. nak pitam pun ada.


3. Weekend.. sabtu.. aku n kawan2 gi ke Titi Hayun. best jugak . lama kitorang tak g berlibur. hum memang dah menjadi satu kemestian untuk korang. Kebetulan pulak Bezday dean.. so Happy besday dean.. aku kasi anak ikan makan.. bakar ayam. aku buat nasi ayam untuk kawan2 aku. balik tu kirang kepenatan sangt. sampai ja depan umah... bukak bonet.. kitorang masing2 ter kejut.. mau tak.. rupernyer.. semua barang kitorang tertinggal kat sane.. hahahaha.. nak tak nak patah balik g amik.. anyway.. thanx frens.. we r enjoy our moment...


Huhuhu.. budak tembam.. pecinta alam..

border="0"alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5359845430043830722" />

nik n kak nurul tengah bakar ayam..


Judean... bezday boy.. choclate moist tu aku yang pilih tau... khas for judin.. pilih jer.. dier bayo.. hahahaha



aksi paling mahal.. amar wat ipoh taiping.. kuikuikui.. sowie amar...


Friday, July 10, 2009

Ghost... Reality or Fantasy ?????

Salam.. minggu ni agak menyeronokkan sebab kelas masih lagi tidah bz. Semalam aku dan geng 4 berantai (kalau full geng kena panggil 6 jahanam, tapi sebab 4 jer yang gi tu guna namer ni) hum kitorang gi jalan2. Mula-mula cadangnyer nak ke SP ajer tapi dah melalut sampai ke seberang Perai. kwuang..kwuang..kwuang.. perempuan kalau dah berjalan memang tak ingat aper dah..(tp solat tak tinggal ler..)balik kitorang makan kat Pantai Bersih, sajer kitorang nak happy makan tepi pantai.. sepoi2 bahasa anginnyer.. tapi dalam trip kitorang untuk pembukaan semester ni ada beberapa perkara yang korang kena tahu...

i) Kereta Lowered

nak dijadikan cerita kete sewa yang kitorang sewa dari abg razak tu lowered lah sangat. Bila kat bonggol jer kena hati2. Masa kat dalam Megamall Seberang Prai tu berkali2 kitorang turun. At last kitorang jalan kaki jer pergi keluar dari basement. Hill her yang drive kuar. Tapi kat luar lain plak cerita, bila nak kuar dari basement tu, permukaannya menurun bukit tapi hill kuar tegak jer aper lagi tersangkutlah kete kitorang tu. Nasib baik ader brader yang duk kat kedai2 makan depan basement tu tolong. Thanx ya Bro!!!

ii)Kete Kurang Angin

Aku terasa macam kete yang kitorang naik tu kurang angin.., So kitorang behenti lah kat stesen minyak n cari pam angin (bukan pandai pown sebab pam baru digital) so aku mintak tolong dari brader drebar lori yang park sebelah kitorang. Dia pun usahalah dah pam lamer tapi tak jugak bleh.. makin kurang jer aku tengok skali ruper2nyer pam tu bocor .. Cehh!! buang angin tol. Kitorang cari pam kat tempat lain plak. Risau gak aku malam buatnyer pecah tyer mampos kitorang. hum kat shell plak pam dier buat lawak bodoh, belum masuk dalam nak tapi nak kuar angin, aku yang pegang host tu pun terkejut gak. budak2 lain aper lagi menjerit dengar pam tu bunyi "pisssst" kuat plak tu. hahahahaha.. then kitorang mintak tolg pekerja shell tu buatkan. oklah..

iii) Couple Eskot jalan ke Pantai Bersih

Macam biaser lah kitorang suker jalan sambil redah dan tanyer orang arah kat tengah2 jalan. So mase behenti kat trafik light, kitorang tanyer kat couple naik motor. rupernyer die pun nak gi makan kat Pantai Bersih jugak so dier suh kitorang ikut dier. Korang bayangkan lah kete nak ikut motor tapi nasib baiklah motor tu jalan slow. dan kitorang pown sampai lah kat tempat yang dituju. for
da couple, moga korang berbahagia hendaknya.

iv)Kemuncak cerita...Ghost (juon), reality or fantasy)

Ha mesti korang pelikkan aper kena plak antu juon dengan cerita trip kitorang ni.. hahaha,,, ok mase tu jam dah kul 11 bila kitorang lalu pass tempat USM wat kajian sejarah diorang tu. Berhampiran dengan tempat tu ada satu tapak perkuburan lama siam. tempat tu memang agak keras. masa tu ujan renyai2 n hill drive tak lah laju sangat. sampai jer kat tempat tu aku terasa hill macm gelabah dan tak tentu hala, aku yang duk seat belakang ni melihat kedepan aku ingat ader lembu ker aper ker, dan memang ader lopak air kat situ sambil aku bertanyer "aper tu??". tapi disebalik lopak air tu ader lagi menda "yang tak boleh disebut namanya" (macam voldermort dalam harry potter plak. aku yang semangnyer dah terbiasaHill terus jerit "tutup tingkap" dan serta merta kitorang tutup tingkap dan disaat tu jugak aku terasa tersentap kat urat belikat dan leher aku. aku pun baca surah amalan aku. sampai umah aku tak masuk dulu walaupun aku yang buka kunci. member suh masuk buka lampu pun aku tak masuk sebab aku nak pastikan benda tu tak masuk. dan aku taknak menakutkan diorang. biar aku sorang jer tahu dan aku tahu aper yang aku perlu buat. aku masuk last sekali... cumer aku dan hill yang tahu tapi yang pasti aku tak tahu aper yang hill tahu cumer ader perubahan pada dier, bila dier pandang aku dan aku ader sembur skit doa kat dier.huhuhuhuu... hum aku g hantar kete ngan dier dan bila balik aku terus masuk mandi. aku solat dan buat pendinding dan macam2 lah seperti yang aku buat sebelum ni. bila lastnye, aku bsuh muka dengan air pendinding yang aku buat, baru aku terasa ringan pada bahagian yang tersentap tu. aku tidur lewat sebab nak pasti kan aku betul2 letih supaya aku tak terjaga sewaktu tidur. kul 3 aku tidur dan terjaga 6 lebih. memang macam nilah bila aku ader kerisauan seperti itu. aku akan terjaga. aku tak tidur sendirian, aku bekalkan alquran dan benda tajam ditepi aku. sebelum tidur plak aku letak benda tajam di pintu masuk umah aku. alhamdulliah semuanya selamat sampai ke pagi dan memang aku terasa badan sangat letih bila aku bangun. moga allah sentiasa melindungi aku.



"NASIB BAIK MENDA YANG KU NAMPAK TAK MACAM JUON NI" KALAU TAK ADER YANG PENGSAN HUHUHUHU...

Sampai skang aku tertanya2 ilusi atau realiti. tapi naluri cakap bukan ilusi.. so jaga2 lah nak lalu situ lagi.

Tuesday, July 7, 2009

Masa yang Terlalu Pantas...

Diam tak diam masa yang berjalan terlalu pantas. entahlah malam ni aku sedikit emosional. Mungkin aku terlalu penat melayan kelas yang asyik batal jer tu.. jadual aku masih banyak ruang kosong dan yanga aku sakit hati, web uitm yang ader masalah myukarkan aku untuk membuat semakan pendaftaran.. sengal betul..

malam ni pulak hujan mencurah2. aku sempat merepair n memomen peralatan dalam umah aku termasuk sliding door aku.. aku ni memang berbakat dalam pomen2 barang ni. Sumtimes i will bcum a wirewomen,sumtimes bcum paipwomen.. huhuhuhuuu.. bakat terpendam.. lepas siap pomen aku kemas bilik aku dan sampai aku tak tau nak buat aper. so aku on laptop..

dalam on laptop aku sempat download beberapa video version karo-k kat youtube.. antaranya ialah lagu :

--> Suara Kekasih
--> dua insan
--> kita insan biasa

sajer jer aku melayan lagu.. selain itu aku turut melayan lagu2 underground yang dah lama tak masuk kat telinnga aku...dulu aku selalu gak dengar.. tapi skang jarang... but starting from now... aku nak dengar balik.. mungkin jiwa aku tengah kacau sekaranh ni...

Senyuman yang terukir tak semestinya menggambarkan kebahagian dihati ini..

Sunday, July 5, 2009

Email Dari Kawanku...

Hari ni kelas First aku untuk sem ni.. tapi dibatalkan.. Pengarah Campus yang ajar, mayb dia bz. SO aku pun amik masa untuk semak email aku dan ini yang aku jumper dari kawan yang bernama Azira.. dia send kat aku dan aku pun nak share ngan semua.. lets read 2gether...

Marriage Life Before and After!!

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . Up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
You are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak...

Saturday, July 4, 2009

Kisah Hari penDaftaran..

salam..

hari ini aku telah mendaftar sebagai pelajar semester 4 di campus aku. wowo.. sekejap je rrasanya.. itu lah masa tak penah lalai.. terus berjalan.. kita yang lalai dan selalu mengabaikannya.. banyak lagi kerja kat umah aku yang tak disettelkan lagi.. balik dari pendaftaran , petang aku g Tesco..

Nak dijadikan cerita kebiasaan helmet transformers kak nurul selaluya aku simpan dalam box. tapi hari tu entah macm maner just letak bawah seat. selesai membeli barang aku g kedai kunci. ada plak selak untuk motor aku beli sebb aku rasa macam bahaya jer untuk motor aku. habis shopping aku pun menuju ke motor..

mula-mula aku tak perasan sebab sibuk tolak troli n fikir macm maner nak arrange barang2 .. tiba2 kak nurul bersuara " maner helmet kak nurul.." kitorang kaget sekejap.. helmet kak nurul hilang.. huhuhuuu.. bengangyer.. saper lah yang tak guna tu kan ... curi helmet org..

then aku pun g lah kedai motor kat ngan taman ria.. aku ckp pda aunt cina tu " aunt saya mau beli helmet" "dia sambung.." aiya .. saya tau/.. ni hari , lu orang kelima dtg beli hemet, pergi tesco ker?" di tanya dan aku iyakan.. huhuhuhuhu gila aku mangsa kelima.. hm aoper2 betul lah..

k lah mata dah ngantuk ni.. selamat malam..

Thursday, July 2, 2009

WELCOME BACK TO THE CAMPUS

salam ... hye.. lama betul aku kantoi tulis blog aku ni, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. hum bila saja aku menulis ni, untuk pengetahuan korang aku dah pun tiba di 54d taman lembah bujang. setelah 2 bulan aku meninggalkan umah n katil kesayangan aku ni..

balik semalam aku travel naik train.. hum agak letihlah jugak. biaserlah .. lama. semalam sebelum balik sempat aku gi tengok Transformers.. lama betul citer tu sampai 3 jam.. asyik lawan jer.. memang canggih lah citer owang putih ni.. tak macam citer kita.. asyik makan, naik kete, tidor.. patu erg sana erg sini.. huhuhhuhuu...

ok lah aku pun dah letih badan ni.. nak rehat jap.. nanti nak kemas umah pulak.

p/s to all my lovely frens.. GoodLuck untuk diz sem ya.. azam baru k.. dah sem 4 ni..

Tuesday, June 16, 2009

Aku dan Exora...

Hum lama betol aku tak mngupdate aku nyer blog ni. sejak jadik bibik ni.. huhuhuhuhu... balik dari lumut ari tu aku bz ngan pogem anak angkat. selang beberapa hari aku g KL ngan kakak aku jalan2. la ni rajin betol aku jalan KL, kali ni aku g amik baby kish kat sana n Cuyah aku + kembar.. kembar nak sambut bezday n mak aku plak wat kenduri arwah ayah aku hari sabtu lepas.

memang letih tak campur sakit hati lagi huhhuhuhuhuhuuu.... then untuk beberapa hari aku menjadi bibik. akak aku tinggalkan baby kish kat pahang coz dier ada meeting kat ampang. Bertuah betoil anak aku tu, dia tak ingat skit pun kat baba n mama dier.. bila tanyer adik anak saper dia akan jawab "anak de" takpun " anak cu".. de tu aku ler, mak uda.. chu.. adik danial...baby kish memang pandai n seronok. letih aku melayan mulut dier yang banyak tu.

ari ni mak dia datang sebab esok dah nak balik. malam sempat lagi aku g jalan ngan adik beradik, g danau kota.. best jugak shoping2 huhuhuhu.. k lah ni pun badan letih ni.. ingt nak poser gantilah esok.. huhuhuhuuhuu...

Monday, June 8, 2009

PROGRAM ANAK ANGKAT PJKN 2009 MELAKA TENGAH

SALAM SUMER...

aku 3 hari ni memang bz giler kerana terlibat dengan pogem anak angkat PJKN melaka tengah. mempaga sebagai tuan umah. walau pun pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dilalui namun aku tetap gembira dengan aper yang aku lakukan. aku cuber menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. aper kepuasan yang aku dapat ialah dalam majlis penutup. korang nak tau apesal.. sebaik sajer majlis tamat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka, en. R . Afendi terus turun dan berjumpa aku. cuak jugak aku kot lah aku salah sebut nama dier. rupernyer dier puji aku habis habisan sebgai mc majlis tu.. (kembang jap hehehehehhe..)

family aku dinobatkan sebagai keluarga 69 yang bahgia. aku amik 8 org anak angkat, 6 lelaki dan 2 perempuan. dan mereka memang rapat giler dengan aku. walau pun ader 8 org jer anak angkat, tapi yang lain2 termasuk urusetia pun suker berkumpul lepak2 kat uamh aku. diorang ckp seronok....huhuhuhuhuhuhuhuhhu... almaklumlah, keluarga aku kan peramah.

macam-macam aktiviti kitorang buat selain hang out.. hehehehe kitorang gi senamrobik, menjala ikan, bbq sama2, gi pasar sama2, gotong royong tanam pokok, naik lori g makan kenduri.. hahahhaa best betoil... walaupun letih sangat...

ok lah buat adik-adik yang disayangi dan dirindui :-

...Arab...Din...Bulat...Botak...Pejal...Afif...Yana..Ija...

Semoga hubungan ukhwah yang kita bina kan berkekalan.

Thursday, June 4, 2009

LApTop ouH LapTop ku...

hye dah lama aku terputus hubungan dengan blog aku ni dek kerana busy dan keadaan laptop ku yang rosak ini. sedih betul... hari terakhir aku nak ke Lumut, pagi tu dah lah akak aku nak g meeting, semua draft dalam laptop aku.. apo laie mengelabah giler lah dier.. terpaksa aku ikut sekali ke meeting itu untuk cover dier. heheheheehee... aer mission penting.

aper pun yang aku sedihnyer pic suhaila kawin pun habis.. aduh dah nasib malang. selalunya kau copy jer nak pindah kan pic.. tapi ari tu aku cut plak.. taruk kat desktop plak tu.. memang menyedihkan..

skang laptop aku dah ok.. ni baru amik ni aku hantar kat sitiawan.. kenalah 30 ringgit. nak wat back up plak tak bleh.. bengang betol...

k lah, aku skang "paartime bibik" huhuhuuhuhuhuuu anak2 aku dah mengamuk nak main game tu huhuhuhuhhuuu...

Friday, May 29, 2009

Selamat Pengantin Baru

alamak aku skang jarang dah menulis dalam ini blog dek kerana kebuzyian yang melanda. skang musim orang kawen.. oh.. ala omak kawin kan aku.. ala omak kawin kan aku.... hahaha..

hari ini aku bergerak dari umah menuju ke umah p.long aku kat tg karang seawal 6 pagi untuk amik kuih bahulu yang di tempah sempana majlis perkahwinan adik akak angkat aku.. dalam g amik kuih tu.. sempat jugak aku n kakak aku merayap cari barangan elektrik bundle.. huhuhhuhuhuuu

malam pulak aku menghadiri majlis pernikahan member aku waktu sekolah rendah dulu.. Suhaila.. dia adalah rakan kitorang paling tua sekali sebab dia lahir 01.01.1986 huhuhuhu dan pasangannya merupakan abang kepada kawan kitorang yang paling muda sekali iaitu miah, lahir 25.12.1986. Aku agak terkejut bila mendapat tahu yang Sue memilih Ejad iaitu abg Miah sebagai teman hidupnya. Apa pun Selamat Pengantin Baru ya Sue n Ejad. Wish u all bahagia selamanya...

Tuesday, May 26, 2009

Suara Kerinduan

Hum lama betul aku bercuti.. sampai tak tahu nak buat aper. Buat pembaca entri aku, sorry sebab aku tak braper nak update coz bz n line tak braper baguslah kat umah aku ni. lambat sangat. aper pun aku sebenar ader banyak cerita yang hendak dikongsi bersama antaranya...

hari sabtu lepas.. (23hb 05)

Aku rase sangatlah boring, jadi untuk membuang keboringan aku, aku pun mengajak akak aku pergi picnic. mak aku tak nak join jadi aku pergi lah adik beradik n sepupu aku (aku, akak, damiri, danial, syafiq n acu) jer. kitorang mandi di air terjun Chamang. Seumur idup aku membesar kat bentong ni, nilah kali pertama aku datang sini dan panoramanya memang indah walaupun tempat ni amat bahaya (tiap2 tahun ada korban) tapi aku enjoy. balik daripada mandi kitorang dan kelaparan so kenalah isi perut ni, kitorang makan di MIDNIGHT restaurant yang sangat glamor di bentong ni. Makan bosar jugak lah. (AKAK SPONSOR). Pada malam tersebut, family Pak long aku nak singgah sebab keesokan paginya mereka akan ke Kuantan untuk mengambil anaknya di POLISAS. Malam tu sempat jugak aku melayan cerita filem hantu indon ngan Mak Long aku. Seram gak lah..

Keesokkanya, ahad.. (24hb 05)

Aku ke Kuala Lipis bagi majlis sambutan hari belia negara peringkat negeri pahang. Persatuan aku (Persatuan Belia Teraju Elit)telah mendapat Johan bagi peringkat daerah bentong yang mana hadiah yang dimenangi berupa wang tunai RM3000 serta Tawaran bajet program bernilai RM3000 beserta sijil dan medal. Ni semua berkat usaha akak aku selaku secretary dan konco2 nya. Walau pun masih banyak yang perlu diperkemaskan, tapi aku harap persatuan ini akan terus unggul.

pada petang pulak walau pun keletihan sepagi di LIpis, mak menggerak aku kerana family aku nak gi mancing. Disebabkan aku ni kaki pancing so dengan cepat aku bingkas bangun.. best jugak dah lama aku tak gi mancing. Lokasi kami ialah kolam ikan tinggal di Sungai Dua, tepi highway Karak. Tapi ikan dier kecik2 sangatlah. tapi goreng pun sodap. tetiber jer ujan turun, apa lagi berlari lah menyorok dalam kete. agak ujan reda kami sekeluarga keluar semula dengan kail kami. bila hari semakin gelap, ikan semakin rancak keluar bermain dengan umpan kami. yang aku geramnya, aku memang dah nampak ikan besar cium umpan aku tpi dia suh anak dia yang makan. geram betul aku. kalau aku bawak saup, aku dah saup. tapi syukurlah dengan hasil tangkapan kami. kira2 dalam 20 ekor anak talapia di naikkan.. Mak aku lah winner dia ,,, dan aku dapat anugerah setelah berjaya menaikkan ikan terakhir dimana aku telah cabar " sapa dapat ikan terakhir dia bleh kawin" huhuhuhuhuhuhuhu....

Sunday, May 17, 2009

Minggu yang sangat sibuk.. cuti-cuti malaysia

hye..hye..hye.. aper kabar sumer.. huuhuhuhuu walau pun aku sedang bercuti, tapi yang pastinya ku tetap sibuk. ke sana sini aku berjalan. huhuhuhuhuu...

here.. ader sedikit catatan perjalanan aku...

11 Mei 2009
aku On da way dari Pahang ke Lumut.

12 Mei ~ 13 Mei
Aku terlibat dengan pendaftaran Pelajar baru K-Force dan Road Show K-Force di KD Pelandok, Pangkalan TLDM LUMUT.

14 Mei 2009
Petang aku bertolak ke Sungai Petani nak amik baju dan pada malam tersebut aku menaiki bus jam 12 malam untuk pulang ke kl.

15 Mei 2009
Aku tibe di Puduraya jam 5.00 pagi dan seperti biasa aku lepak sorang-sorang kat pudu. hum mengikut perangcangan awal, aku akan pergi ke PWTC untuk menghadiri Karnival Kerjaya yanga kan berlansung selama 3 hari dengan sahabat baik aku, Nora. lebih kurang jam 6.00 aku naik train untuk ke KL Sentral untuk bersiap2 di sana. tapi sampai jer kat sana lebih kurang 6.20 pg, Nora sms aku dan cakap tak jadi pergi hari ini. Tunda esok. Aku lalu bergegas skali lagi ker Pekeliling menaiki train dengan harapan aku sempat menaiki bus 6.45 pagi ke Bentong. Huhuhuhu memang meletihkan. Jam 8 aku smapai ke bentong tapi malamnyer, van untuk ke rumah ku satu pun tiada. yelah maner ader orang pagi2 ni. aku terpaksa tunggu bus jam 9.15 pagi. Akhirnya aku sampai ke rumah jam 10.00 pagi. Lepas zohor aku tidor dan aku bangun kul 7.00 petang.giler letih sangt.

opss aku lupa nak ucap.. SELAMAT HARI BELIA...
16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU...

hari ni hari guru, aku masih ingat lagi. pagi ni aku bersiap untuk ke KL dengan Nora. waduh aku tak sempat breakfast kat umah. jam 11 kitorang sampai KL. lepas makan aku dan Nora ke PWTC. Lebih kurang jam 12 tgh hari waktu tu. Bayangkan.. orang berduyun-duyun nak masuk dewan tu. sampai ader yang bergaduh-gaduh. Aku pun tak faham salah pihak pengurusan ataupun orang awam. tapi pergaduhan yang terjadi aku rasa salah seorang orang awam itu. tapi aku rasa malu jugak lah hum sebab pencetus masalah tu adalah orang melayu yang sungguh tidak beradap. dia bergaduh dengan seorang petugas India. dan akhirnya petugas itu sound balik dia "you hormat lah orang, kita semua letih juga". dalam hati aku padan muka orang melayu tu, dah lah tak sabar, malah dia menggunakan bahasa kesat untuk memarahi pihak pengurusan yang telah menyebabkan kesesakan di pintu masuk. walhal itulah cabaran yang perlu kita hadapi. tapi orang melayu terlalu dimanjakan sangat sehingga memalukan diri sendiri. aku turut sedih dengan insiden yang berlaku.petang pukul 5.30 baru aku dan Nora keluar dari PWTC. Ramai betul limpahan manusia yang sedang mencari kerja sekarang ini. hum aku sampai umah sekitar jam 9.00 malam. pastu sambung balik kat umah tengok AF 7 akhir.

Tuesday, May 12, 2009

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009

hello!!! here i would like to announce and inform all of you about the
"Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009"
yang akan bermula pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009 bertempat di PWTC. Kuala Lumpur.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk walk in interview dan seminar.

so for further information, you all can go to

ok see u there..

p/s hari ini sangat keletihan sebab terlibat dengan pendaftarann student K-Force, so tak leh nak tulis banyak2.. kuikuikuikui...

Monday, May 11, 2009

Kenangan silam

Hye.. actually mase aku wat entry ni aku dah ader kat lumut macm biaselah umah kakak aku. tapi aku nak cerita pasal semalam. Wah.. sungguh membosankan lah jugak walau pun semalam aku ader lah masak jeli tapi kurang menjadi. Itulah pasal. aku lebih suka yang ori konon nak try instant punyer.. memamg hampeh.. air tangan aku jugak sedap. resepi campak dan sesedap rasa tu..

bila tibe waktu petang, umah aku jadi sunyi.. entah maner semua orang pergi. Budak budak keliling umah pun tak ader aku namapk. yerlah kebanyakan best frenz aku dah masuk skolah asrama (hamid n Kiman).. kalau ader diorang best jugak aku melepak.

tengah aku boring-boring, aku capai kat paip mak aku dan aku siram pokok cili and bunga dia. walha selama ni tak kesio aku membuatnyer.. kuikuikui... habis siram jer aku pun lepak kat tembok tempat duduk umah aku. bila terpandang batu-batu jalan aku pun teringat permainan tradisional yang dah lama aku tinggalkan iaitu batu seremban. So apa lagi aku kutiplah 7 biji bati dan aku main batu serembantu sorang-sorang.

kuikuikuikuikui.. best jugak. nak dekat magrib tu, semua orang dah ader kat umah kecuali pak mail (bapak tiri aku da..) dier balik dengan membawa tangkapan dier. dia suke mancing. aku pun teringat jugak kisah aku yang suka mancing dan mandi sungai masa kecik sampai bapak aku tambat aku kat tangki air umah aku guna tali lembu... kuikukuikui.. malu betul.. aku memang aktif dan nakal. cakap sungai mana tak kau pergi. mancing dan mandi sungai punyer pasal aku sanggup ikut bapak aku masuk ladang.ok ni pic untuk tatapan korang. aku dah edit biar nampak oldies skit hehehehe.

Saturday, May 9, 2009

Selamat BErcuti.. selamat hari ibu

Yuhu..... aku dah pun sampai di rumah kesayangan ku.. banyak dah berubah kat umah ni. hehehehe aper pun i enjoy myself. To all my frens especially group 6 jahanan + 3 tu.. selamat bercuti. Mudah-mudahan waktu ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin bersama orang tersayang.. (hum.. tak semestinya kekasih hati jer tau.. family jugak) hehehehe.. k lah di kesempatan ini jugak akau nka ucapkan..

SELAMAT HARI IBU

Buat mak aku lah terutamanya dan semua ibu di dunia ni..

HAPPY MOtHERs Day....

I LOVE U ..MUM..

Sunday, May 3, 2009

"Ini Yang Kita Tak Tau Ni.."

Ni yang korang tak tahu ni....
Ari ni aku just nak buat summarize sepanjang aku menghadapi Final exam untuk semester 3...

a) jadual exam untuk paper ACC280, ADS510 dan ADS402 terlalu kerap hingga tention dibueknyer.. tapi alhamdullilah habis jugak.. yahoo cuti...

b) Aku hari-hari pun terpaksa beli Nescafe ais buatan "Brutukol" @ tukang buat air kat kedai OKU. Sedap jugak.. nak stay up punyer pasal.

c) aku kena alergic pada malam akhir sebelum exam sebab makan char keow teow udang.. huhuhuhu bengkak2 badan aku..

d) Semasa tengah study aku n rumate aku suker selang dengan macam2 citer mengarut yang buat aku pecah perut gelak antara pasal konvolah..(walhal lambat lagi), cerita pasal buah terung yang bleh baikkan kakilah.. dan kitoranbg suker wat analisis dan pada satu malam tu kitorang buat analisis pasal "Terlanjur Cinta" (kuikuikui..) kak nurul plak wat lawak dengan bukak cerita "Chak pong Chak Pong"..

e) Bulan Mei ni bezday ayah angkat aku yang kerja RTM tu.. (1Mei) tapi tak dapat wish sebab lost contact.. nama dia tak silap aku En.Mohd Noor. Dulu dia terlibat dengan siaran lansung sembahyang jumaat. Kalau ayah baca blog ni contact lah comel balik yer.. rindu kat ayah.. Ouh tak lupa abang aku.. Abang Jam (2Mei).. Happy Bezday.. Hadiah untuk aku adakan .. macam biasalah erg..(terbalik plak.. bezday dia aku dapat hadiah..)




f) Ouh ni kek aku nak kasik.. aku beli kat pasar.. tapi dah habis Mukris makan.. hehehehe...

g) ouh tak lupa malam tu kitorang pecah perut sebab gelak tengok citer "Los and Faun".. kelakar sioott... "NI YANG KITA TAK TAHU NI".. nak tau korang tengoklah sendiri erg..

Monday, April 27, 2009

Motor Aku Nak Kena MAndi Bunga????

Alahai motor ku ... hum hari ni bersamaan 27hb 04 2009 (jap aku tetibe blurr dengan tarikh hehehehehhe) sekali lagi motor aku telah membuat kejutan pada diriku. pagi tu aku telah dikejutkan dengan satu berita bahawa "PORSCHE" merah kesayangan aku telah melutu bumper wira orang.. wah!!!! nasib baik aku yang berlagak cool ni tak cepat melatah dengar berita ni..

alkisah bermula bila kawan-kawan aku gi beli makan. balik tu diorang singgah kedai dobi. Dalam masa yang sama adalah sebiji lori gas (yang agaknya tak berapa sedar diri duk parking tengah jalan) telah block motor aku. Member aku yang bawak motor cube untuk kuar dan apabila dia ternampak ada kereta datang dari arah bertentangan dia berhenti untuk berundur kebelakang balik. Tapi wira yang di pandu oleh seorang bro yang memang blurr tu dengan lajunya menghentam "PORSCHE" aku... akibatnye tercabutlah bumper kawan tu.. Member aku cube untuk mengawal keadaan dan akhirnya telah menyebabkan motor aku menyembah ke jalan.. (patahlah skit .....bukan member aku tapi brek tangan motor aku).. nasib baik kawan-kawan aku tak ada apa-apa.

lepas lunch kitorang gi UK (Unit Kesihatan).. pas amik ubat kitorang gi lah cari bengkel kete sebab abang tu tunggu sana. nak settle.. mamat ni memang betul2 blurr.. dier bagi map bengkel pun tak betul.. puas kitorang cari sampai ke kg sg gelam lah... Then bila dah berjumper kitorang discuss... kitorang mintak half-half .. nasib baik dier yang blurr tu setuju... nak ikat bumper jer RM 150 die mintak.. ingat kiter ni tak tau ker.. tapi sebb malas kecoh2.. pihak kitorang bayar RM75 jer..

Hum kesimpulannya di sini aku rasa motor aku ni kena mandi bunga... or jangan-jangan nak naik first prize tak .. hahahahahhahaha....

Saturday, April 25, 2009

Diet VS Stress

Alamak mata tak mau tidur lagilah.. ok aku nak show korang pic aku sem lepas and korang compare lah ngan pic sem ni.. aduh takut aku lihat. itulah apabila stress menguasai diri kita bertindak diluar kawalan. the latest kempen pasal diet ni untuk pengetahuan korang ialah kempen jangan tengok tv.. coz sebab tgok tvlah orang malaysia ni ramai kena diabetes sebab tengok sambil makan (naknye jajan)... k let c ya..


Me in perhimpunan siswa pahang mase sem 2




Me on early 2009.. maksudnyer apa?? 4 bulan .. habis... huhuhuhuhu..



Me wit my bestfren, Nora... also last sem gak... kat D'ark..



p/s hopefully aku dapat menggunakan cuti ni dengan sebaik mungkin untuk aku diet semula.. habisler.. susahlah nak jadi PTD macam ni.. kredit tu ma...

baru lepas satu.. tapi tiga menanti...

Waduh..waduh dengar tajuk entri ni macm menakutkan.. aper yang ilang satu tapi tiga menanti tu erg... hehehehehe...Alhandulillah paper exam pertama aku berjalan dengan baik sekali.. Esoknya aku g release tention jalan-jalan... ambil angin dan semangat.. thanx ya...thanx to someone yang bawak aku jalan-jalan.. i enjoy that time,,, hehehehe.. tapikan bila korang tengok pic-pic aku ni.. korang akan tahu satu fakta yang menakutkan.. jeng..jeng..jeng...tekalah....

Inilah pic-pic aku g jalan-jalan ari ni..









P/S adush.. malu nak cakap.. semester ni stress skit.. perasan tak??? tak lagi?? berat aku dah bertambah-tambah naik.. aku kira hampir 5kg kot untuk sem ni.. sebelum ni berat aku dah ilang hampir 15 kg.. alamak.. takutnya...takper.. cuti ni aku diet baliklah..

Wednesday, April 22, 2009

Final bermula

Salam.. nampak minggu yang dinantikan telah pun bermula. Buat semua kawan-kawan wishing you all best of luck lah erg.. hum paper pertama aku akan bermula pada 24 April wah semoga ia bermula dengan baik sebab selepas ini ada 3 paper yang menanti dan semuanya amat mencabar minda aku.. hum takut jugak aku. Cuaklah.. walaupun preparation telah dibuat tapi rasanya masih belum cukup hinggalah aku betul-betul tiba depan kertas final aku.. yedak.. ok tak mau cakap banyak.. masa itu amat emas buat masa ini.

Sunday, April 19, 2009

Study Week di Lumut...

hum aku ni memang cukup synonym dengan perangai pelik. Antara kesukaan aku ialah gi jalan ketika menjelang exam. nak release tention. huhuhuhu sebenarnya aku ada hal balik lumut. Rindu anak buah aku.. si Mukis tu selain itu aku di import sebagai Guru Sementera kat Pusat Tuisyen Z'Mukriz (huhuhuhu saje mengubah)..

Aku ni memang berbakat sebagai seorang pendidik cuma entahlah aku malas nak jadi cikgu. Pensyarah ok kowt. hehehehe.. ok nak dijadikan cerita budak-budak memang suker dengan cikgu baru dia ni yelah cikgu dia baik dan melayan kerenah mereka. Berbanding dengan Cikgu s*T*, garang.. (tapi garang untuk kebaikan).. hehehehe...

Kak Long aku memang agrang and serius orang nya.. Kak Long lah katakan.. Student Tua dier kat K-Force pun cakap dier garang. hehehehe cerita special pasal budak-budak ni ialah antaranya ...

a) Mula-mula, hari pertama diorang cakap kat aku "Cikgu S*T* tak ade ker? yeye minggu ni tak kena marah".. tapi memang layak dimarahkan bebudak ni.. nakal...

b) Diorang tanyer aku, "Cikgu belajar kat mana?" aku kasi tau "Universiti" Diorang buat terkejut " Wah.. cikgi belajar kat U..Best tak? Macam-macam diorang tanyer.. siap cakap lagi "kat U pakai pen banyak yer cikgu..(heheheh sebab pensil case aku besar and penuh)..

c) Kelas yang terakhir diorang tanye lagi "Minggu depan cikgu ada tak?".. aku jawab tak ada, esok dah balik. ceeh.. diorang wat sedih plak.. "tak syok arr.."diorang cakap.. siap minta tangkap gambar lagi.. hehehhehe...


Bebudak yang aku ajar.. paling nakal.. yang pakai cap tu.. tapi settle aku kejekan..

Thursday, April 16, 2009

YUna ..DaN SebeNarnyA...

Salam... aku nak cakap skit ni.. tak tau lah kenaper sejak 2 menjak ni aku minat dengar lagu indi.. huhuhhuhuhuhuhu bukan Hindi.. Indi Band.. tapi sebenarnya aku kenal lagu2 taraf underground ni lama dah sebab abg aku bebudak underground hehehehehe.. Nway.. lagu terbaru kesukaan aku ialah Dan Sebenarnya.. From Yuna...

ini Lirik dier bagi saper yang berminat..

oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila ...airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila....kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

dan sebenarnya
aku rindu
aku tak mampu tanpamu.

Wednesday, April 15, 2009

Tragedi Malam 10 April....

salam... skanag aku dalam minggu study week.. first paper aku akan bermula 24 april ni. sorry dah lama tak update sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan..

k korang nak tahu apa dah jadi kat aku ni.. meh aku kongsi cerita ni...

Jumaat 10/04/09

hari ni seawal pagi aku pergi hantar Nat dan ronda-ronda gi cari umah sewa untuk Jack.. then tengah hari balik.. lepas magrib aku gi Giant beli barang untuk esoknya sebab aku ader camping rekreasi kat Pantai Merdeka. Nak dijadikan cerita, on the way balik lebih kurang pukul 9.30 malam, ujan turun renyai2.. jalan yang aku lalu tu macam biasa lah.. gelap semacam jer.. tetibe lepas petronas Taman Intan.. semasa aku sedang memecut sebab nak samapi cepat dan secara tak sengaja (uikkss.. dah macam cerita antu)...

"Pooommpp.." bunyi letupan kuat dari motor aku.. kak nurul menjerit "Zaimah kenaper motor ni???" Alamak aku pun dah cuak... motor melelong nasib baik aku dapat kawal dengan baik (mujur aku ni bekas minah drift..hahahaha.. Adushh.. dah lah ujan semakin merih ni.. mototr aku pancit di tengah jalan gelap ni. Aku panik seketika. Aku call amar, dia gi jalan plak. Tak tau nak buat aper.. then ader satu pajero berhenti.. dia nak tolong. aku dengan bersyukur lah. tapi dari percakapan dier, macam bukan orang melayu tapi muka melayu. dia call orang amik motor aku. aku kasi kunci. then dia hantar balik. on the way balik aku bersembang dengan encik tu. Mr Lu namanya.. Cindian.. Sampai umah aku rasa sedikit lega. Tapi tetiba aku teringat, beraninya aku kaci motor aku kat orang yang aku tak kenal.pulak tu kau tak g tengok pun ke mana dier bawak motor aku. Tidor aku tak lena mengenangkan motor aku.


Inilah kesan hentakan pada soprtrim aku.. huhuhuhuhuhu

Esoknya aku pergi camping dalam keadaan paksa rela. dalam hati tuhan jer tahu aku dok piukir pasal motor. aku janji ngan Mr. Lu nak amik petang. kengkawan aku yang g tgok tapi memang memeranjatkan keadaan motor aku.. tak sangka betul... Tayar pancit satu hal, Sportrim aku crack... huhuhuu memang tak guna betul... Lopak yang aku langgar tu memang dalam... sampai crack akunnyer sportrim.. melayang rm2xx... huhuhuhuhuhu dapatlah aku pakai sportrim baru..

Aku dan khemah yang aku buat dalam praktikal perkhemahan


Adik-adik junior yang membuat aku tak kering gusi


Aler.. Si Nick ngan Kayak dier.. uuikss.. jangan tengelam tengah pantai dah.. pueh nak gi selamatkan..dahlah bawak anak dara orang hehehhee...


itulah alkisahnya aku dan cuti study week aku.. hehehehehehe,, Thanx Mr.Lu.. lu memang baik lah bro... and thanx kengkawan... (syokkan dapat makan malam samer2.. boss belanja)...

Wednesday, April 8, 2009

Belakon Drama Mandarin

Ntah tak nak cerita apa. Aku betul-betul keletihan minggu ni. Macam-macam aku kena selesaikan sebelum berakhirnya minggu terakhirnya perkuliahan ni. Ha yang aku nak cerita pasal drama pendek mandarin yang aku lah director, actor dan camerawomen nyer.. hahahahaa kelakor betul. aku tak sangka akhirnya tercapai jugak hjat aku nak belajar mandarin dan peluang ni aku guna sebaik mungkin. Laoshi harap ader harapan dapat A+ hehehehehe... sukernyer.. mudah-mudahan ia memberi semangat untuk aku score dalam paper lain termasuk paper IR yang susah dan memeningkan tu.

Saturday, April 4, 2009

Lama Sudah...

salam semua.. lama dah aku tak update blog ni.. kawan2 dah rindu pun..
nyata aku bz sangat sampai tak sempat buka laptop.. alamak bill tenet aku ni dah lah tak sampai-sampai.. ape hal erg.. pelik jugak aku.. aku dari sehari nak call celcom pun dah luper.. tak per nanti aku cuber call lah.. ni way, aku memang banyak nak ceriter.. tunggu lah aku cuti study week nanti.. ni pun dah masuk last week untuk kuliah.. jap jer rupernya dah masuk semester 4 dah aku ni.. risaunyer..

Friday, March 13, 2009

Berhati Hati bila Menulis..

Penulisan merupakan satu niat yang sahih lahir dari hati kita dan kite terjemahkan die menjadikan perkataan. Jadi apa sahaja yang kita tulis adalah dengan niat. aku nak kongsi dengan korang semua supaya lebih berhati-hati bila menulis hendaknya bila korang menulis entri atau komen yang melibatkan isu-isu sensetif. Buktinya, korang bacelah laporan akhbar utusan online ni...

ARKIB : 13/03/2009
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
13/03/2009 12:08pm

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan

Dan beberapa kes lagi yang korang bleh baca berkaitan dengan isu ini di akhbar utusan. So moral of the story, ingatlah "BAHASA JIWA BANGSA", korang jangan keterlaluan mengata orang sedangkan diri korang belum mencapai tahap yang terlalu baik.

Wednesday, March 11, 2009

Dugaan Seorang Ketua Projek

Hum.. tajuk dengar pun dah ketaq lutut.. dan buat semua tertanya-tanya.. ape ke hal lah minah ni kan.. oklah nak dijadikan cerita, sebenarnya aku suka dapat mendokong tugas dan buat kerja-kerja amal ni. Tinggal lagi yang aku tak suke ialah bila terlalu banyak birokrasi.

Baru-baru ni aku mengalami masalah dengan proposal Social Marketing apabila ia dijadikan bola ping-pong (.. aiks.. macam diplomasi pingpong plak..)ditolak ke sana sini untuk menentukan tabung yang perlu digunakan hanya kerana tajuk kempen yang dibuat itu lebih kepada sukan dan rekreasi yang membuatkan ia tidak relevan untuk dimasukkan dibawah tabung fakulti. Walau bagaimanapun penjelasan aku tegas yang mana aku mahu mempromosikan aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda (suci aper niat aku ni.. huhuhuhu).

Sebenarnya ilham kempen rakan muda ni aku dapat bila aku tahu yang

Sunday, March 8, 2009

Kenyataan Ini Perlu Diterima...

Hari ini aku nak ajak korang melihat kenyataan yang perlu kita terima sebagai rakyat malaysia...renungkan bersama-sama.. Petikan Bernama..


70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia
08/03/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan meningkat kepada hampir 500,000 orang, termasuk 2,000 wanita.


bacaan lanjut di


KOMEN DARI AKU..

1. Sedangkan kita rakyat Malaysia pun terpaksa diberhenti.. mereka nak masuk.. tapi bukan salah mereka.. permintaan mereka tinggi kerana anak muda kita tidak mampu bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan seperti mereka.. jadi apa kita perlu lakukan??

2. Kemasukan mereka membawa pelbagai jenis penyakit dan juga meningkatkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara kita.. Apa tindakan pihak berkuasa??

3. Semakin ramailah si dara melayu kita yang kawin dan lari ke bangladesh.. huhuhu ni pun isu berat gak ni.. apa kata dr. yen yen????

4. Ntahlah korang fikirlah sendiri.. bagi anak Malaysia, terutamnya pemegang diploma dan ijazah.. mereka sememangnya tak mahu dan terlebih layak untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan.. tapi jika mereka pandai mereka akan create benda baru yang bleh menggantikan man power supaya kadar kemasukan pekerja asing dikurangkan..

jiwang karat tahap maharaja....

hahahaha.. tajuk entri dia pun dah mampu menggugat jiwa kan.. sebenarnya aku balik umah sewa awal.. so aku tak tau nak buat per.. nak dijadikan cerita.. ku buka laptopku dan ku open window words dengan nawaitu... aku dapat siapkan text speaking aku yang mana aku telah pilih tajuk.. the secret of mona lisa.. aleh-aleh angpa tau aper yang aku karang.. ni nak tunjuk kat angpa ni.. betul-betul bearing lari lah aku ni.. apa nak jadik pun tak tau... angpa baca lah.. pastu komen erg...




Engkau bukan yang pertama kutemu…
Namun ku ingin kau menjadi yang terakhir dalam hidupku…
Setiap detik bersamamu ku tunggu…
Hati ku kini hanya milikmu………

Walau engkau jauh beza dariku..
Namun kita masih punya persamaan sayang…
Berdetik hatiku saat terpandang lirik matamu..
Senyuman yang terukir meruntum jiwaku….

Di kala ku dahaga kasihmu…
Kau hadir membawa sinar bahagia buatku..
Terpesona oleh belaian darimu..
Tak ingin ku terpisah jauh darimu….

Sayang… bukan untuk sesaat cintaku ini..
Kasih .. bukan untuk seketika Cuma…
Keihklasan dirimu dan kejujuran diriku
Mengikat kita ke alam bahagia…..

Friday, March 6, 2009

Sultan Selangor Murka

petikan daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.


So.. Komen dari aku..


aku turut terasa sedih dengan situasi politik malaysia skang ni. Entahlah.. sampai bile kemuelut yang melanda ini akan selesai terutamanya di perak. aku pun turut terfikir agenda siapakan ini yang agak seronok melihat segala kemelut yang melanda. bagiku ini sebuah agenda bukan secara kebetulan.. hum.. korang nak cakap aper lak?? luahkan hati muda korang tu.. kita berhak kerana pentadbiran hari ini mencerminkan pemerintahan akan datang.. saper yang akan datang itu kalau bukan kiter...

Thursday, March 5, 2009

Mencari Arah Kiblat...

Hari ni agak memboringkan sebab anak buah aku duk umah pengasuh dier n akak aku kerja. so aku pun ape algi togk tv.. cerekapilihan sempena Maulidur rasul.. tajuk cerita hari ni Mencari Arah Kiblat.. lakonan seorang pemuda cina(hensem gak macm aqashah) n heroin dier Eja. Cerita tu memang best dan menginsafkan kanlah. aku tak beraper tahu sangat nak ulas cerita dier macam maner tapi.. memang best dan menjadi tauladan. aku harap cerita ni dapat ditayang lagi dihari lain.. biar semua orang mendapat tauladannya...

Wednesday, March 4, 2009

Aduh aKu TerTidur..

hahahaha.. hari ini aku letih sangat. Pagi aku kuliah kul 8. Walau pun ujan aku redah jugak. pakai rain coat.. yelah skang ni ujan jer. risua aku. nasib baik aku samapi dalam kul 8.10 am tak lah lambat sangat.

pas kelas aku gi pusing town SP cari tiket dan servey barang kawin. then aku g beli lah Radix FC. Alamak memang tak sedap ler. hehehe no komen. Hum pastu aku ader kelas kul 2ptg sampai 4ptg. Memang kelas petang amat mengantuk bagi aku.

balik dari kelas aku pun sembang2 ngan kak nurul dan akhirnya aku naik ke tempat aku beradu. Sebelum tu aku tengok ler cerita mengarut dalam tv3 tu.. cerita baru.. ganti anak betong. ala cerita Jula-Juli bintang berapa pun aku luper.. ke tak ader bintang ntah..

then akhirnya... aku pun terlelap dengan bermimpikan cerita yang mengarut tu.. hahahaha bila aku sedar akak aku call. Alamak dah pukul 7 rupenyer... Aeiseymen.. aku terlepas meeting Basic ler.. itulah masalahnyer kalau dah tidur petang gerenti tak leh kawal punyer lah.. huhuhuhuhuuhu so..aku nak mintak maaf banyak2 pada MT yang lain bak kater dek natrah dalam arab.."ana, asiff ya MT Basic"

Tuesday, March 3, 2009

kelas rekreasi




Aku nak cerita pasal kelas rekreasi minggu lepas. Memang aku dah ada niat nak ponteng kelas tersebut sebab nak study untuk test. dan apabila nik msg dan ckap kelas tak ader aku pun punyer lah happy tahap gaban.. nak dijadikan cerita hari ni aku ada kelas rekreasi. terkejut aku, ruper2nyer kelas minggu lepas ader seperti biaser. aku pulak memang terpana sekejap. Lepas habis kelas aku jalan balik dengan nik. Nik puh hairan siapa yang msg dier and cakap kelas tak ader, bila bukak balik msg tu, msg tu berbunyi "SALAM. CLASS RECREASI ADA X HARI NI" ler rupernyan yang masuk dalam kepala nik yang tengah peningakibat demam tu ialah "salam. class rekresi x ada hari ni".. huhuhuhuhuuu dah dapat cuti percuma.

ok lah.. well hari ni aku belajar ikatan... korang nak tgok hasil kerja aku?? huhuhuhu bleh ler skit2.. terkenang zaman rebina dulu.. huhuhuhu

Monday, March 2, 2009

PIC BULAN INI...


PIC BEBUDAK KELAS AKU....




NI PIC BEBUDAK BAS PART 3 SEM NI.. DAH LAMA NAK MASUK TAPI TAK BERJAYA...

Sunday, March 1, 2009

Maklumat Traffic UiTM Kedah..

Ni nak maklum kepada semua pelajar UiTM Kedah erg... Peraturan baru Traffic telah dikeluarkan dan berkuatkuasa 01 mac 2009.. semalam.

nak kongsi ceriter sedih erg.. aku adalah antara orang yang dah kena compound sebab tak dapat info terbaru ini.. jadi hebah kan erg.. sebab bermula saat dan detik ini aktiviti saman menyaman akan berlansung tanpa nego-nego. So saper tak nak ikut nasihat kenalah gi unit keselamatan dan kewangan, bayar saman dan mintaklah kenderaan yang disita itu dilepaskan..

antara yang dah kena sita ialah redmanje aku.. CAV 8284.. lokasi .. Parking UK dekat depan mahsuri.. kawasan tak leh park dah erg.. nak park kat dataran ilmu, food court and kolej malinja jer tau (bagi kereta).. untuk motor kat tempat park motor.. saper main double park pun kena lock jugak erg..

so harap maklum..

Menghitung hari...

Hari demi hari silih berganti.. terasa semeter ini amat singkat.. ya kita saling berkejar dengan masa. Namun dalam kesibukan itu kita masih sempa tersenyum dah bergurau senda sedangkan kita tahu ada yang masih belum diselesaikan.

hari demi hari,
terasa semester ini bagai baru bermula. rupanya kita sudah hampir ke penghujungnya. hanya tinggal satu bulan lebih sahaja menuju ke final. Aduh kita mula resah.. Hari-hari melihat kalendar. Listkan segala kerja yang masih belum selesai.

hari demi hari,
Hari yang ku tunggu semakin hampir. Duit belanja perkahwinan telah diberi. Mesyuarat blog akan menyusul 8hb Mac ini. Majlis pernikahannya tinggal 20 hari lagi. aku semakin gementar.. hum.hum..hum.. jangan salah faham, bukan aku kawin erg.. mak aku.. hahahah..

dah lah..semakin aku menghitung hari-hari yang bakal aku lalui..seben arnya kau tak ke mana selagi aku terus menghitung dan berdiam diri.. baik selesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan.

Tuesday, February 24, 2009

Jauh disudut hati...

Hum nak kongsi lah skit kesibukan aku dengan semua kawan-kawan supaya lapang skit rasa bebanan di hati and kepala ni. aku ader beberapa luahan nak aku cakap kan :

1. Aku skang cukup bengang dan tidak puas hati dengan bebudak class aku terutamanya beberapa golongan tertentu (aku rasa korang tahu), bukan cuba untuk membenci mereka tetapi sikap mereka yang tidak menghormati orang itu (terutamanya golongan aku)membuatkan aku sedih.

2. Aku mula rindukan kedamaian kelas lama aku yang jauh lebih menyeronokkan walaupun dalam komuniti yang kecil tapi hidup sepakat dan bahagia serta disayangi oleh ramai pensyarah...walaubagaimanapun segalanya berubah sejak kehadiran mereka.. sedihnyer..

3. Selain terbeban dek perasaan tentang budak kelas, aku jugak tengah pening kepala sebab aku tengah update fail-fail club. biaselah baru bertukar pucuk pimpinan.
4.Yang letihnye, aku tak tau macam maner diorang punyer standard kerja. 3hari aku tidur ngan fail sebab aku nak cari jalan membetulkan keadaan dan membuat standard yang betul. nasib baik koordinator memberikan kuasa veto untuk aku tentukan format aku. (aku memang straight bab audit ni.. alamatnye jadi boss letihlah pekerja aku)

4. Selain itu, aku terbeban dengan perasaan sendiri.. masalah peribadilah aper lagi.. aku bukan anak yang jahat, tapi aku tak berapa bolehe terima kenyataan bahawa aku akan mendapat ayah baru.. susah tu.. so the solution aku wat2 happy.. prepare macam-macam untuk wedding mak aku. ikhlas memang ikhlas tapi.. entahlah.. susah nak cakap lah..

oklah.. aku tak mau menulis panjang-panjang, banyak masa terbuang nanti..

Sunday, February 22, 2009

Senyum Dalam Tekanan

Kadang Kala
kita menangis sebab sedih..
kita menangis sebab gembira.
dan kita menangis sebab air mata itu telah dijadikan untuk ditangisi...

Tapi.. Minggu ini...
Aku tersunyum....
Aku senyum sebab gembira...(adalah perkara yang berbunga dihati)
Aku senyum sebab aku tention .. (motivasi diri .. so terpaksa senyum)
dan aku senyum dalam kenangan kerinduan.. (teringat memori silam, so senyum kerinduan)

kadang kala aku ni terlalu rumit dan tersirat..
senyum aku kerana sedih..
dan tangisan aku kerana aku gembira..
namun tak saper tahu.. hati aku sentiasa sedih buat masa ini.. (entahlah, sabar aje)

Tuesday, February 17, 2009

Entry Ke 100

salam....

nampaknya kehidupan life campus aku semakin mencabar dengan datangnya lambakan tugasan yang perlu diselesaikan. aku juga terpaksa memontengkan diri dalam banyak aktiviti. Yelah sejak2 kena maeah dengan penasihat peribadi aku tu. huhuhuhuhuhu..

Aper pun aku nak kaci tau semua.. aku curi2 maser untuk menulis entri aku yang keseratu ini. sepanjang aku menjadi blogger yang kadang kala tenggelam timbul ni. tapi aku banyak belajar. hehehehe cumer tak ader maser jer.. mungkin nanti aku akan update maser cuti nanti..

ok lah kepada semua blogger keep writing in tour blog.. dan selalulah singgah kat blog ni..

Saturday, February 14, 2009

Sudah Sampai

ketika aku mnenulis entri ni aku ada di atas katil kesayanganku. Rombongan kami tiba dirumah pada jan 1.30 pagi. walaupun keletihan tapi aku sempat membuka laptop. Macam tak kenal aku dan laptop memang susah nak dipisahkan.

apa pun mengenai trip kali ini memang cukup seronok bagi aku walaupun ader beberapa insiden yang tak dapat dielakkan serta cerita-cerita mistik yang membuat aku kecut perut. biasalah kami melawat memorial. tempat bersejarah.

ok lah mungkin cerita itu akan aku ceritakan untuk entri akan datang dan sakng aku pun dah keletihan. nak tidor.. ok semua gudnite.

Friday, February 13, 2009

Lawatan ke IDFR & Pejabat Kedutaan Indonesia

Salam,

hari aku sangat letih sekali. So tak mau nak cerita panjang tapi trip ni memang seronok. Seawal pagi aku dan kawan-kawan bersiap untuk ke IDFR - Institut Diplomasi dan Hubungan LUar Negeri, Kementerian Luar Negeri. Pelbagai informasi mengenai diplomat yang kitorang dapat serta berkaitan dengan dasar hubungan luar di malaysia.

Selepas solat jumaat, kitorang ke kedutaan indonesia. Disana kami diberi taklimat mengenai indonesia dan mengadakan sesi Q n A. Selepas itu kami pun bertolak pulang.

p/s entri ni kurang cerita sebab aku dah letih..

Thursday, February 12, 2009

Let's Join To TheTrip

Salam,

waktu aku tulis blog ni.. cube teka aku ader kat maner?? huhuhuhhuhu maner lagi, kolej alamanda kat jalan kelang. Minggu ni aku ader trip bersama Kelas IR dan Primership. setelah bersusah payah nik n yamin berusaha, akhirnya kami telah sampai ke destinasi yang dituju. thanx ya yamin n nik.

Walau bagaimanapun, kitorang memang excitedlah. aku tak tidur dalam bus. sepanjang jalan macam-macam cerita kitorang bualkan. Sebelum pegi, lebih tepat lagi sebelum mandi, masing2 duk try blezer, dan hasilnyer.. semua pose depan camera...

alamak, maaflah.. aku tak dapat nak load lah.. ader problem.. tak per nanti aku loadkan erg.. k nak tidur , esok kena bangun awal pagi untuk next xtiviti...

Tuesday, February 10, 2009

MAJLIS SEKRETARIAT MPP (MASEK)

Salam,

aku baru sahaja pulang dari meeting Majlis Secretariat MPP (MASEK), dan melalui pemahaman aku, badan ini diwujudkan sebagai kata lainnya ad-hoc kepada MPP uitm kedah. Walau bagaimanapun aku sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan dalam bada ini iaitu sebagai T.Presiden 2. Apa yang aku harapkan, aku boleh menggunakan medium ini untuk membangunkan pelajar di campus ini.

Walaupun penasihat peribadiku telah memberikan nasihat kepadaku dengan menyuruhku memberikan penumpuan sepenuhnya kepada pelajaran namun hati aku yang telah sebati dengan kepimpinan ini tidak dapat lari. Walua bagaimanapun, aku aka memberikan keutamaan kepada pelajaran aku kerana ini tujuan aku ader di camnpus dan bidang kepimpinan ini aku jadikan sebagai platform untuk menimba ilmu kehidupan yang mungkin tak boleh diperolehi di kuliah.

ok lah badan dah letih, aku nak sudahakn assignment aku.

Monday, February 9, 2009

Aku g UK, Bilik kena pecah....

Salam, minggu ini sungguh sibuk bagi aku. Macam2 kena buat. Sampai kurang rehat. Akibatnya semalam aku ke U.K (unit kesihatan uitm ni sebenarnya....hehehehehe. Dapatlah aku rehat sepetang. (ponteng 2 kelas tapi ader time slip jer..)

Balik dari Uk (aku g ngan hilz, hil meraung sebab kaki dier luka) aku pun dalam keadaan yang peniing2 tu aku persan jugak pintu slaiding aku terbuka tapi tak suspek aper2 coz aku fikir budak2 junior ader. Biler masuk bilek aku perasan laci dan wllet aku terbuka. Wallet tu aku letak pendrive. mula dah terdetik macam ader orang selongkar, tapi memandangkan camera digital aku elok tak terusik aku pun wat derk..

aku tidur sampai petang pas makan ubat. Then, bila natrah tegur baru aku perasan, dan aku cerita kat dier. Kesimpulannya sah bilik kitorang di masuki orang.. Risau jugak aku dibuatnyer. Nasib baik semalam kitorang bawak laptop g kelas.

So nak peringat kat kengkawan NR semua, hati-hatilah...

Friday, February 6, 2009

Pre Basic Day

Salam, maaflah kawan2 sebab dah tak update beberapa hari coz bz ngan pre basic day. Di samping tu, server yang sangat lembab kat taman lembah bujang ni menyebabkan aku tak leh nak update. hum.. anyway, aku nak kasi tau yang perjalanan Pre Basic Day berjalan sangat l;ancar.Dan ketika aku tulis entri ini. Aku ada kat Park evenue untuk tournament Boling.

Untuk makluman korang semua, geng aku dah menang untuk Street Soccer perempuan tempat ketiga dan Volleyball temapat kedua. Walaupun geng kitorang sangat minoriti tapi sekali berentap memang jadi tumpuan.

ok next time aku akan masuk kan pic2 sepanjang program ni. untuk hari ini, cukup takat ni je kot.

Wednesday, February 4, 2009

Mengapa begini???

Salam

hari ini kita benar-benar terkejut dengan gelodak politik yang terjadi dinegara kita. Apakah silapnya?? Mungkinkah ia nya telah dirangcang?? Siapa yang merancang?? tapi motifnya memecahkan Melayu. Merugikan kaum Melayu..

Sedikit demi sedikit mereka cuba meracuni pemikiran melayu... pada pandagan aku strateginya mungkin begini... Mereka duduk dibelakang Melayu... Mula menghasut untuk memecah belahkan Melayu dan kemudian mereka mewujudkan pelbagai konflik sehingga membuatkan Melayu terkeliru dan terus membenci arena politik.. Sedangkan mereka saban hari semakin kaya dan terus kaya. Melayu pula terpaksa bertikam lidah mempertahankan kuasa politik...

Hati-hatilah... dalam diam mereka bertindak...

p/s ayat ini terlalu dalam untuk difahami, tapi fahamilah kenyataan ini.

Tuesday, February 3, 2009

Melayu.. bangsa buli


salam...

hari ini aku terlewat membaca akhbar online utusan kegemaranku. Namun bila sahaja aku membukanya alangkah terkejutnya aku melihat anak bangsaku. Hampir sahaja air mata ini mengalir mengenangkan nasib mereka. Jika anda juga membaca berita yang sama iaitu mengenai sebuah sekolah tadika yang dikunci dan para pelajarnya terpaksa belajar di panas terik. Masyaallah.... tolonglah rakyat malaysia sekalian terutamanya dinegeri-negeri yang kononnya nak perubahan dan angin baru tu.. lihat lah.... dengan beraninya mereka cuba membinasakan bangsa kita.

Pendidikan itu menjadi tonggak kekuatan sesuatu bangsa. Tapi lihatlah, bagaimana dengan sewenang-wenangnya mereka memperlakukan anak bangsa kita. Jika mahu diambil bangunan tersebut, sediakanlah bangunan lain sebagai ganti. Anak bangsa kita terutamaya tidak dari golongan sederhana dan susah ini tidak mampu menghantar anak kecil yang berkobar-kobar mahukan pendidikan ini ke KUMON, SMART READER mahupun sekolah tadika swasta yang lain. Tadika Kemas lah yang banyak berjasa.. namun lihatlah.. Fikirkanlah sendiri.. jangan sampai kita menjadi pengemis tegar di tanah kelahiran sendiri.

Al-Fatihah buat Mak Long Siti

Salam,

Hari ini aku mahu berkongsi kesedihan dengan kawan-kawan semua. Malam semalam aku baru sahaja mendapat satu masej daripada kakak aku yang mengkhabarkan bahawa ibu saudara ku, iaitu kakak kepada arwah ayah ku telah pun pulang ke rahmahtullah kerana sakit tua.

Mujurlah aku sempat menziarahi arwah pada cuti raya cina yang lepas. Pada hemat aku, mak long ku telah diserang demam chikugunya pada bulan lepas dan tetap berasa sakit sendi-sendinya ketika kami menziarahinya. selain itu beliau mempunya penyakit diabetis. Allah lebih menyayangi arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

p/s Aku semakin risau dengan penyakit keturunan ini.. mohon dijauhkan..

Monday, February 2, 2009

Kerja Last Minutes......

Salam,

Walau pun minggu ni sangat pack dengan assignment yang perlu dihantar pada minggu hadapan serta sibuk dengan preparation untuk presentation namun aku cuba meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini.

Kesedaran ini wujud ekoran insiden yang terjadi dalam kelas aku hari ini dan hampir menjebak aku dalam perangkap yang aku bina sendiri. Mujurlah laptop kesayangan aku ini menyelamatkan aku. Untuk pengetahuan korang hari ini Mdm Bel but rehearsal sempena presentation public speaking untuk 2 minggu lagi. memang kami telah sedia maklum. namun biasalah kami masih bersikap sambil lewa.. (itulah masalah aku sebenarnya).. kerja last minut.

aku sendiri tak tahu macam maner harus ku ubah attitude buruk aku ini. Akibat daripada attitude buruk ini, rehearsal aku dan kawan-kawan kebanyakannya cuma dapat gred c- sahaja. Hum itulah dia.. Kerja Last minutes. tapi aku rasa aku masih berpotensi untuk membuat pembaikan terhadap teks aku sebab presentation yang sebenar ada 2 minggu lagi.. So... aku nak buat kerja aku sekarang.. tata..titi..tutu..

Ps :- kawan2 tolong lah tegur saya yang suka buat kerja last minute ni.. ok.. samer2 tegur2 erg..

Sunday, February 1, 2009

Pre Basic Day

salam..

Aku nak cerita pasal Pre Basic Day yang akan diadakan. Melalui meeting yang aku attend, AJK memang berkobar-kobar. tapi risau jugak dengan student2 nya. Ok di sini aku nak seru kepada ahli Basic datanglah ramai-ramai ke aktiviti yang kita adakan. Hum insyaallah lah ia menjanjikan keseronokan. kehadiran korang yang akan buat ia seronok. So mai jangan tak mai tau..

"Pre Basic Day"
05 - 07 Februari 2009

Friday, January 30, 2009

Baby Yang Comel

hum.. biler aku tenung balik, comelnyer baby baru aku ni(usb modem plus). dan seawal pagi ni aku cube menggunakkan nya. alhamdulillah connection ok. Baby baru amu bewarna hitam. Warna kegemaranku. Dia ader provide 2 G microSD. tapi aku dah tukar guna untuk phohe. Warh.. macam-macam bleh masuk kat phone aku. OK lah objective hari ini nak siapkan semua assignment, report BASIC dan Proposal aku. so tal dapat nak tulis panjang-panjang lah nampak gayanya.

WELCOME MY NEW BABY

Salam,...

Semalam aku dapat baby baru.. alah si nick ingat dier jer ader family baru.. hehehehe... aku pun ader. pelengkap hidupku.. iaitu USB HO2 Blue Cube with 2G microSD. hehehehe.. mahal giler siot.. melayang aku nyer RM567.. takper.. at least aku menggunakan alat ini untuk kepentingan pelajaran ku. mudah-mudahan ia boleh membantu aku dalam melebarkan lagi pembacaan aku.

Skang aku kat KL Sentral tengah tunggu member aku. Aler mak aihh.. first time baby aku expose dier wat hal pulak. yerlah aku guna internet security memang macm2 hal lah dier kalu jumper orang baru. terpaksa aku call uncle alan. Nasib baik aku ni celik IT jugak cuma kadang-kadang rabun skit jer.. so berjaya jugak aku. hehehehehe.. k lah aku nak main tnet lagi ni. wat asgment.

Wednesday, January 28, 2009

Blog Semakin Menyeronokkan

Salam..

Alamak cuti midterm aku semakin habis.. Jumaat ni aku akan balik ke kedah.. menyambung campus life aku. Assignment yangdiberi in progress hhehehehehe entah biler nak siap. aku pulak dah semakin seronok berkongsi blog dengan kawan-kawan yang semakin menunjukkan minat terhadap blog.. Alhamdulillah akhirnya mereka diberi kesedaran tentang ilmu blog ini.

aper pun kepada kawan-kawan yang masih belum mula menjadi blogger, luangakn masa anda untuk menjadi seorang blogger walaupun diperingkat basic supaya kita tak ketinggalan dek zaman... ok.. ChaiYok!!

Sunday, January 25, 2009

Cuti Untuk Bercuti

Salam,

Hari ini merupakan hari ke-4 aku bercuti. Assingment yang melambak itu nampaknyer belum berusik lagi hehehehehehe... itulah namanya Cuti Untuk BErcuti. Hari kedua aku bercuti aku dah bertolak ke Tanjung Karang, umah Pak Long. Pada mulanya aku tak mahu ikut tetapi mak mendesak jugak. terpaksa laha kau pergi.

hari ketiga aku berada di teluk intan menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku dan selepas itu aku ke Padang Tembak melawat nenek saudara yang tidak sihat. Pada sebelah malam pulak aku dan family makan besar di Teluk Intan. Untuk journey kali ini, mak aku bawa bakal anakm tirinya. Hum dia pun terkejut dengan cara kitorang yang semamangnya kuat berjalan n bershopping... dan saudara mara aku yang suker bersembang kuat-kuat (orang banjar lah kate kan..) dan gelak kuat-kuat denagn happeningnya..

Masa kat Teluk Intan mak aku membeli belah untuk persiapan perkahwinannye.. mak aku tak mengagak, kahwin macam orang muda ma.. sekor lembu tumbang. kitorang mencari baju untuk family yang sedondon. mak mengikut pilihan baju yang aku buat. hehehehehe...

k lah aku pun nak buat assignment yang banyak ni.. ehh luper nak kasi tau, skang aku ader kat lumut umah kak long.. nanti jap lagi nka jalan-jalan. mayb g mandi kat marina or teluk batik jer...

Last but not least, TO ALL CHINESE, HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!
GONG XI FA CHAI...

Thursday, January 22, 2009

Happy Holiday

Salam,

ketika aku menulis entri ini sebenarnya aku baru sahaja samapai di KL Sentral. HUm midterm break seminggu.. huhuhuhuhu.. perjalanan aku kali ni menaiki keretapi yang cukup lama itu bersama kak nurul. macam biasa lah 12 jam dalam keretapi.

walau bagaimanapun perjalanan kali ni agak menarik jugak. tak sangka aku dapat jumpa junior aku. Husna. dia on the way gi taiping. jadi aku pun belanja dier makan BM Double Cheese Burger. aku ni memang pemurah. hehehehehe.. k la aper nak merepek pagi2 ni.

jap lagi aku nak mandi2 and siap2. siang skit baru nak geran n g jalan-jalan KL beli barang. huhuhuhuhuhuuu.....

Tuesday, January 20, 2009

UiTM Hari Ini..

Salam,

hari ini macam cerita nak kusampaikan. daripada gembira dan berakhir dengan kesedihan. hari ini kelas IR cancel jadi aku ada free time untuk pulang kerumah dahulu. Pada waktu petang pulak aku pergi ke campus sekali lagi kerana ada kelas kokurikulum. aku pulak balik jam 7 petang. Tapi terpaksa tunggu sebentar sebab kak nurul n hilda nak tumpang. ape lagi balik pantak 3 nasib baik yang hilz tu sekeping ajer.. hehehehhe...

pada malam pulak aku rancang nak gi cc dengan ija. tapi hajat aku tak kesampaian sebab aku and the gang ader paln lain nak buat suprize parti kat umah kak linda. memang best..

tapi lepas tu aku pergi pulak ke cc depan. tetibe aku terkejut sebab ader kemalangan baru terjadi. aku pulak buat-buat berani pergi tengok rapat-rapat dan cuber membantu. tanyer punyer tanyer rupernya student uitm. DPA part 6. sorang ok lah jugak tapi yang selagi entahlah.. aku panjatkan doa agar umur dia dipanjangkan. bayangkan lah, motor kriss masuk bawah treller.. dasyat ar jugak. entah lah.. kiter tunggu perkembangan esok. oklah dah malam .. aku pun dah seram.. nak balik ni. ok.. tata.. selamat malam.. salam...

Saturday, January 17, 2009

Gathering at Taman Rekreasi TUPAH




Salam...

Hari ni kumpulan kami telah mengadakan gathering di samping sambutan bezday dua ahli kelab.. chup sebenarnya 4 orang tapi du lagi tak dapat datang. majlis itu telah dibuat di Taman Rekreasi Tupah yang cuma 5km dari taman perumahan kami.

antara menunya ialah .. spegeti, chizetta, kek blueberry dan air manggo. SO thanx to all frens yang terlibat secara lansung atau tak and lain kali kita g lagi yek.. yang penting "Tarik Duit Kat Tengah" eg..