Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, July 18, 2008

Petikan dari Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, Isnin, 16 Jun 2008.

Suasana ekonomi dan politik negara kita selepas pilihan raya umum (PRU), 8 Mac 2008 lalu kurang baik. Hal ini ditambah dengan kenaikan mendadak harga komoditi makanan dan bahan api.

Dalam keadaan begini adakah kita harus menambah kekeruhan dan menyokong dakyah pihak tertentu semata-mata mahu kerajaan yang memerintah terus dikritik dan dipersalahkan.

Setelah pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat, namun masih ada yang menyebarkan khabar angin dan cerita palsu.

Dengan kewangan negara turut terkena tempias kesan kenaikan subsidi untuk menampung lonjakan harga minyak dunia, pun begitu kerajaan masih mampu membiayai projek pembangunan.

Rakyat harus yakin kepada kepimpinan negara sekarang dan kerajaan bahawa kita mampu menguruskan ekonomi negara tanpa meminjam wang dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Memang kita mempunyai pelbagai projek mega di koridor-koridor pembangunan wilayah tetapi ia sedang dikaji semula dan dilaksanakan mengikut kemampuan.

Sebab itu dalam keadaan sekarang, rakyat jangan mendengar spekulasi yang tujuannya hanya untuk melemahkan keyakinan kepada kerajaan.

Ada pihak hanya tahu sebar cerita palsu tanpa memberi idea membina. Jika begitu, biarlah pemimpin negara memikirkan dan mencari jalan keluar daripada kemelut ekonomi dunia.

Dalam kemelut sekarang, beri mereka masa untuk menguruskan ekonomi politik negara.

Seperti mana keyakinan diberi kepada kerajaan dalam menghadapi kemelut mata wang pada tahun 1997/98 dahulu, diharap begitu juga dalam masa sekarang.

Rakyat perlu bersama-sama kerajaan dan menjauhi daripada mempercayai khabar angin oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan meminjam beratus-ratus billion ringgit daripada IMF dan Bank Dunia untuk tujuan membangunkan koridor-koriodor ekonomi.

Pinjaman daripada badan dunia yang tidak pedulikan bantuan kepada rakyat miskin dan mementingkan pasaran bebas sesungguhnya tidak sesuai untuk negara kita. Selagi kita mampu mengelak meminjam daripada IMF dan Bank dunia, kita harus usahakannya.

Perkataan IMF dan Bank Dunia memang tidak enak didengari, seolah-olah kerajaan kita sudah jatuh papa. Cerita palsu yang disebarkan pihak tertentu elok dihentikan daripada menambah rasa susah hati kalangan rakyat.

Sebenarnya Malaysia mampu bangkit daripada kegawatan ekonomi dan politik ini tanpa campur tangan asing. Rakyat perlu yakin kepada pemimpin yang bertekad untuk memelihara kebajikan hidup semua pihak.

Fahamilah langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara sekarang. Selagi rakyat teguh bersama-sama dengan kerajaan, kita yakin akan dapat keluar daripada suasana krisis ekonomi ini.

Sementara itu, berilah masa untuk kerajaan menguruskan ekonomi negara tanpa dicampuri cerita-cerita palsu.

HADIAH SEMPENA MALAYSIA 51



Apakah Hadiah buat Ulangtahun Malaysia ke -51?

Tarikh keramat itu akan kembali lagi. Setiap tahun, ia akan diraikan dengan gilang-gemilang. Percikan bunga api, perarakan kereta berhias serta perbarisan wakil-wakil kerajaan, badan beruniform serta NGO diiringin dengan pelbagai siulan mendayu yang kedenganran daripada kumpulan pancaragam. Suasana itu diperbaiki lebih baik dari tahun ke tahun. Ada sahaja gimik-gimik yang dilakukan bagi melambangkan keharmonian dan kepelbagaian budaya yang terdapat di MALAYSIA. 50 tahun sudah kita mendpat kemerdekaan itu dan sekali lagi, INSYA ALLAH usianya dipanjangkan pada tahun ini.

Imbas memori silam, teringat akan cerita ibu ketika zamannya dahulu. Ibu di lahirkan sebelum kemerdekaan. Katanya ”untung benar kamu ini bila dilahirkan, segalanya lengkap di depan mata. Pilih sahaja apa mahumu, segalanya akan dituruti. Tidak seperti kami dahulu. Arwah atuk dan opah bersusah payah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan ibu dan pakcik-pakcik mu. Makan pun ubi kayu sahaja. Sekarang, paling kurang, sebulan sekali anak muda mesti makan di restoran makan segera atuk kesayangan mereka (MR.COLONEL – KFC)”. Memang benar cakap ibu. Itulah antara hobi aku serta rakan-rakanku. Sambung ibu lagi, setiap kali perayaan sambutanan kemerdekaan tiba, seawal pagi atuk akan menggerakkan ibu serta pakcik-pakcik ku yang lain untuk di ajak memeriahkan hari tersebut yang disambut serata MALAYA. Dengan berpakaian segak, tidak lepas memegang bendera negara yang menjadi lambang kebanggan ketika itu, ibu bercerita lagi mereka paling suka melihat perbarisan oleh barisan unit beruniform. Pada ketika dalam setiap hati kanak-kanak MALAYA, pada masa akan datang pastinya mereka akan menjadi salah seorang daripada pahlawan negara itu. Pasukan beruniform menjadi suatu pekerjaan yang sangat dibanggakan ketika itu.

Tidak seperti rata-rata remaja pada hari ini, baru dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang mengambil masa selama 3 bulan itu pun pelbagai masalah yang ditimbulkan. Ketika warga Malaysia berpusu-pusu ke Dataran Merdeka menyaksikan perbarisan di pagi merdeka mereka lebih senang tidur kerana sudah letih terkinja-kinja menari serta berpesta meraikan hari kemerdekaan mereka dengan cara sendiri. Perayaan yang kalau dahulunya diakhiri dengan semangat patriotisma yang berkobar-kobar dalam diri anak muda pada zaman dahulu sudah jauh beza situasinya dengan remaja pada zaman sekarang.

Tidak dinafikan, mereka turut hadir menantikan detik jam 12 malam itu namun, penghabisannya? Selepas segalanya berakhir, Jalur Gemilang bertaburan, sampah sarap, nasib untung kita dapat menyaksikan puluhan kondom bertaburan di Dataran Merdeka itu. Sungguh memalukan sebagai rakyat Malaysia terutamnya bangsa Melayu. Apa nak jadi dengan anak Melayu kita? Di mana erti kemerdekaan itu pada mereka? Putera harapan bangsa, Puteri tiang negara. Kini telah bertukar Putera ibarat hamparan, berpelesiran dan adakalanya disepak diterajang diibarat mayat busuk dan tetap tidak berganjak. Puteri pula sentiasa menjadi ibarat tiang. Lansung tidak berganjak, hanyut terus apabila dibelai malah nilai harga diri meraka kini entah kemana. Siapakan akan menyelamatkan mereka? Tulis lah sejuta arkitkel, jalankan lah sejuta program namun peningkatan mereka semakin bertambah. Dimana silapnya? Mungkin juga kita terlalu berpegang kepada ”mencegah lebih baik daripada mengubati” tanpa kita sedari ”kalau tak diubati yang dicegah ikut menuruti”.

Kita masih mengira detik kemerdekaan ke 51 yang akan diraikan tak lama lagi. Jika kita mengaplikasi ilmu kitaran hayat dalam erti sebuah negara, kita percaya bahaya setiap kitaran akan melalui beberapa peringkat. Dimulakan dengan permulaan, dimana sesuatu itu baru sahaja bermula. Kebiasaannya pada peringkat ini, usaha yang lebih serta komitmen diperlukan bagi menaikkan negara. Seturusnya setelah berpenat lelah, kita kan mencapai perinhgkat klimaks, dimana kita berjaya menempa beberapa kemenangan dan kita perlu menstabilkan prestasi itu. Namun lama kelamaan kita tidak boleh lari dengan kenyataan bahawa kita akan jatuh. Jika tidak berhati-hati perkara ini tetap akan terjadi. Bezanya, cepat atau lambat sahaja. Begitulah kemerdekaan yang kita perolehi di MALAYSIA sehingga hari ini. Hanya kita yang menentukan bila akan berakhirnya kemerdekaan kita atau kita akan merdeka untuk selamanya. Sebagai anak malaysia, saya berharap sangat kita akan memberikan hadiah yang lebih bermakna buat tanah air kesayangan kita ini. Jika dihari ulangtahun kelahiran kita, kita dihadiahkan pelbagai hadiah yang bermakna, begitulah tanah air kita kerana MALAYSIA adalah KITA semua. Warganegaranya. Tanpa kita, tiada MALAYSIA tanpa MALAYSIA siapalah kita.

Wednesday, July 16, 2008

di mana melayu

* harap maklum, petikan in di ambil dari suatu sumber yang tidak pasti.. bukan rekaan saya. tp sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca..

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu,

cuma baca nak halau hantu

di mana melayu

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

MENGGAMIT MEMORI PERJUANGAN

Pengenalan

Perjuangan menentang penjajah dan keinginan membebaskan diri daripada cengkaman colonial telah berlaku seawal pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Penentangan-penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuangh yang bergerak secara bersendirian mengikut negeri dan berkepentingan masing-masing sehingga menyebabkan setiap kemaraanm mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Inggeris. Namun perubahan masa telah menyaksikan bahawa perjuangan menentang pihak penjajah beransur-ansur berkembang secara menyeluruh di seluruh Tanah Melayu ekoran wujudnya medium media seperti akhbar dan majalah. Akhirnya perjuangan yang bersifat setempat telah bergerak secara berkumpulan seterusnya melalui parti politik bagi membolehkan Negara yang telah lama ddijajah oleh pelbagai kuasa bebas bergerak sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

Era Kebangkitan ( 1831-1915)

Bagi perjuangan yang telah berlaku dalam abad ke 19 dan awal abad ke -20 (1831-1915), kebanyakan motif pemberontakan terhadap kuasa penjajah adalah campur tangan Inggeris dalam semua urusan negeri melalui pengenalan Sistem Residen. Sistem ini menyebabkan pembesar tempatan dan juga sultan telah hilang kuasa tradisi mereka. Antara tokoh-tokoh poejuang yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said di Naning, Dato’ Shahbandar dan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, Raja Mahadi di Selangor, DAto’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Pandak Induk/Lam, dan Seputum di Perak, Dato Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau di Pahang serta Tok Janggut di Kelantan.

Di Terengganu pula Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh Al-Aidrus telah bangun menentang Inggeris manakal di Sarawak pula ramai pejuang bangsa muncul mengikut suku kaum seperti Rentap (Dayak Laut), Sharif Masahor, Abdul Gapur, Banting (Iban) dan Asun (Dayak). Pejuang-pejuang ini memberontak untuk menjaga kepentingan dan memelihara kehidupan tradisi kaum masing-masing. Situasi yang sama berlaku di Sabah apabila muncul Mat Salleh (Bajau) dan Antanum (Murut) yang telah memberontak pada Februari 1915. Perjuangan tokoh-tokoh di peringkat ini belum bermatlamatkan kemerdekaan tetapi bersifat setempat dan berjuang untuk kepentingan peribadi masing-masing seperti hak kutipan cukai dan hak mempunyai hamba sehingga menyebabkan setiap perjuangan mereka berjaya dipatahkan oleh Inggeris.

Era Pra Kemerdekaan (1906-1938)

Dalam era seterusnya (1906-1938) wujud faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku penentangan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Penentangan-penentangan ini boleh dibahagi mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap keagamaan, tahap sosioekonomi dan tahap politik. Dalam era ini perjuangan mula dipelopori oleh golongan yang berpendidikan keagamaan, Inggeris dan juga Melayu (Institusi Perguruan Sultan Idris). Golongan berpendidikan ini menyebabkan perjuangan ini mula menunjukkan bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Golongan berpendidikan ini mula sedar bahawa pendudukan Inggeris di Tanah Melayu merugikan penduduk tempatan dengan segala macam campur tangan Inggeris termasuk dalam soal sosial, ekonomi dan politik. Antara tokoh-tokoh yang hebat berjuang ialah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi yang berjuang melalui Kaum Muda. Mereka menggunakan medium majalah dan akhbar seperti Al-Iman, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka dan juga menyalurkan krikitikan mereka kepada kerajaan Inggeris. Pejuang-pejuang ini memperjuangkan konsep Pan-Islakm iaitu membebaskan Islam daripada fahaman kuno. Bagi golongan yang berpendidikan Maktab Perguruan Sultan Idris dan golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris pula, mereka berjuang untuk memulihkan sosioekonomi orang Melayu. Antara tokoh yang terlibat ialah Mohamad Eunos Abdullah, Syed Alwi, S.M Zainal Abidin dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi. Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad pula memperjuangkan konsep ”Tanah Melayu untuk Orang Melayu”. Antara persatuan Melayu yang kuat berjuang ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1983. Akhbar Warta Malaya dan Majlis merupakan wadah mereka menyebarkan idea perjuangan.

Bersambung....

Dipetik daripada Jabatan Penerangan Malaysia

HERBALIFE For Life

Assalam mualaikum.. apa khabar semua? Hari ni Comel nak cerita pasal penemuan terbaru dalam hidup Comel. Tak pernah la rase segembira ini. Nak dijadikan cerita pada 3 bulan lepas, seorang buddy online Comel kerap sms untuk ajak Comel join satu talk pasal produk kesihatan. Mase tu Comel kat Merbok so takder mase nak turun KL.

Bile cuti semester bermula, kakak Comel buat kejutan. Bayangkan dua bulan lebih tak jumpe dia, akak dah kurus skit. Best nyer. Nak jugak!!!!!!! So pada 11 Mei 2008 akak bawak Comel g Quickstart Program kat Hotel Flamingo, Ampang. Seronok giler majlis tu. Tak sangka bleh jumper dengan ramai orang. Memang best produk ni. Keesokkan harinya, 12 Mei 2008 kiter terus ikut program pemakanan nutrisi tu kat Club Nutrition Bentong. Kawan-kawan kat club tu memang best. Peramah. Lansung tak kedekut ilmu tau!!!

Memang langkah kanan, pada 15 Mei 2008 kita di ajak join ke lawatan Dr. Luigi Gratton, Felow Kedoktoron Lanjutan dalam nutrisi klinikal di Sekolah Perubatan David Geffen, University California, Los Angeles (UCLA). Handsome orangnyer. Beliau juga merupakan pakar penasihat pemakanan bagi David Beckam. Bertambah keyakinan kiter terhadap produk ni. Bayangkan Comel boleh dikatakan orang paling baru dalam event tu. Kebanyakkan yang datang berpangkat supervisor. Masa tu Comel pakai tag “ I’m on diet”. Comel buat sendiri. Ramai orang tegur dan merasa teruja dengan name tag yang Comel pakai. Mereka turut memberi peransang kepada Comel untuk tampil unggul. Yang lagi menggembirakan, Comel dapat ramai kawan baru. Dari dalam dan luar Negara.

Hari ni genap tiga minggu comel ambil makanan nutrisi ni. Memang syok nak share ngan kawan-kawan kerana Comel dah Turun 3kg dan hilang keselurhan lilitan sebanyak 12.5 inc. Memang tak sangka. Mak pun dah mula tegur cakap ada sedikit perubahan. Comel akan sentiasa berazam untuk lebih sihat dengan makanan nutrisi ini. Walau pun Comel banyak mengikuti banyak aktiviti luar sepanjang cuti ini, tapi tak pernah menghalang diet yang sedang Comel amalkan skang ni. Tak sangka plak semester break kali ni memberikan kenangan manis buat Comel. Skang Comel rajin bersukan. Tapi biasela cuti sekolah ramai plak orang kawin. Makan la jugak tapi berpada. Hahahahha…..

Penulisan Blog Menambah Ilmu Kepada Siswa Siswi


Saya telah memulakan pengalaman pertama saya dalam penulisan blog secara tidak formal seawal umur 19 tahun. Di mana ketika itu saya menulis melalui blog peribadi saya beralamat www.bidadarisz.multiply .com. Pengalaman pertama itu secara tidak lansung memberikan idea kepada saya tentang dunia blogger. Namun penglibatan saya dalam penulisan blog adalah secara tidak aktif dan sekadar untuk suka-suka dan memenuhi masa lapang. Setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma, saya mengambil kesempatan untuk bekerja sementara di beberapa firma swasta dan sememangnya penagalaman yang bermakna itu telah mendewasakan diri saya dalam situasi Malaysia yang sebenarnya. Nasib saya amat baik kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah IPT di utara semenanjung malaysia. Pengalaman sebagai perantauan bukan perkara baru bagi saya kerana sebelum ini saya juga telah menghabiskan 3 tahun di negeri darul sunnah dan kini hanya turun sedikit memasuki negeri jelapang padi.

Berlatarkan panorama Gunung Jerai serta sekilas angin sepoi dari Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai meningkatkan semula semangat saya untuk teruskan usaha dalam bidang blogger. Saya telah mempelajari serba sedikit ilmu blogger melalui teman lama saya yang cukup synonym dengan blognyer, www.syamsulariff.com. Daripda tipsnya saya mengambil masa terluang yang ader dalam semester pengajian yang pertama untuk memahami etika seorang blogger. Di permulaan semester kedua ini saya harap ada peningkatan dalam penulisan saya.

Selarasnya dengan pengumaman yang dibuat oleh VC UiTM yang mula memberikan minat dalam penulisan blog ini, saya harap penglibatan saya dalam bidang ini akan mendapat tarikan daripada mahasiswa dan mahasiswi. Penglibatan dalam penulisan banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya dan menjadikan saya seorang yang peka terhadap isu-isu semasa. Walau pun penulisan saya pada awalnya dalam bahasa malaysia namun saya harap peningkatan diri saya juga akan tertumpu kepada penulisan dalam bahasa inggeris.