Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, December 31, 2008

Welcome 2009

Salam semua.. WElcome 2009!!!!

Sempena Tahun Baru ni, selalunya .. orang akan cerita pasal azam baru.. tapi bgi saya azam samer jer macm tahun lepas. Kira Long term planning lah.. hehehe aper pun kan
hari ini saya nak share tentang software movie making iaitu Wonder share photo Story Platinium. Software ni memang best lah.. tapi yang sedihnye.. trial 1 bulan dah tamat.. huhuhhuhuuu i try lah cari nak cari sotware ni.. saper2 yang ader info tolng inform ya...

Tuesday, December 30, 2008

Sakit Sendi lah...

salam.. hari ni hari kedua kuliah.. alamak nampaknya sendi-sendiku telah sakit. ini semua kesan daripada demam yang ku alami sebelum ini. hum memang menyeksakan. hanya tuhan yang tahu... sebenarnya tengahs risau pasalm yuran ni.. samada bnak byar byhand atau tunngu dulu coz PTPTN process mesti lambat.. kalau aku baya rbyhand.. aku berisiko untuk double payment.. dah kena buat refund.. sebab scholar aku pun masuk lambat.. huhuhuhhuhuhuuuu just wait ajer lah..

Monday, December 29, 2008

Permulaan Semester 3....

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah and welcome 2009...

Hari ni first day kelas bermula.. Saya masih berusaha lagi untuk mengatur jadual kelas. alhamdulillah lah permohonan kami untuk masuk advance paper CSC280 and ADS 510 diterima. Tapi nampaknya jadual untuk hari selasa peak skit ler.. ok lah kelas nak start dah.. bye..bye..bye..

Saturday, December 27, 2008

Cabaran Seorang Perantau

Salam semua. akhirnya cuti sem 2 ni habis jugak hari ni saya nak kongsi cerita. Saya dah beli tiket balik sp bertarikh 26/12/08 pukul 11.30malam. kononnya nak sampai subuh sebelum kak nurul. sebab kunci rumah saya pegang. tapi malang betul nasib hari tu, bas di nanti tak tiba2. bila tanya kaunter, dia cakap bas rosak and mayb sampai pukul 12.30mlam. ok sabar .. tunggu lagi.. 12.30am pun dah sampai.. tapi basnya ... bumbung pun tak nampak. sekali lagi saya g tanyer kaunter , dia cakap tunggu je kat platform 21... mayb dalam 1.30am.. wah dah lebih ni... badan pun dah letih..

kebetulan ader plak tourist korean naik bus yang sama. dan memang diorang dah bengang giler lah. Saya sebagai rakyat malaysia rasa malu jugak dengan perkhidmatan bus ni.. punyer la lama tunggu sampai tertido kat tangga pudu tu.. lastly, pukul 3 pg, diorang panggil ckap bus datang. memang sabar aje lah.

bus double deckle. first time naik. gayat jugak.. akhirnya pukul 8.30pg sampai sp. nasib baik terjaga. sampai jer terus amik prebet sapu n balik tido..

Sunday, December 21, 2008

Hari-Hari semakin Hampir

Salam sumer... nampaknya keadaan saya sudah semakin sihat... nampaknya kepala saya buntu apa yang hendak ditulis.. entah lah.. tapi ada lah.. hari-hAri yang semakin hampir dan sangat penting untuk saya, antara....

1. hari pulang ke campus.. 28/12/08 register, tapi tiket tak beli lagi.. tak tau nak balik biler...

2. Kristmas... 25/12/2008... kena wish kat member yang sambut.. and on that date jugak ialah bezday miah...

3. Majlis perkahwinan Linda... 27/12/2008.. kawan saya.. pada hari yang sama jugak kak dayu and kak dayah kawin...

4. Awal Muharam... 29/12/08... selain menyambut Tahun baru kite jgan luper Tahun Baru Islam...

5. NEW YEAR... 01/01/09.. WELCOME 2009

jadi, kenalah rancang jadual awal-awal...

Thursday, December 18, 2008

Demam Chikugunya

salam semua. Apa khabar? dah lama saya tak menulis dlam blog ni. Nak tahu kenaper? sebab saya telah dijangkiti demam Chikugunya. Ingat tak dulu, saya pernah suspek chikugunya sahaja, tapi balik cuti kali ni,betul-betul kena.

Chikugunya oohh.. chikugunya.... memang seksa badan. minggu pertama saya demam sahaja, teruk jugak lah. Lemah satu badan. hari ke-6, habis naik merah-merah badan ... sakit sendi tak payah cakap lah.. saya makan ubat dan tidur...

ok.. lah ni pun semester break dah nak habis lah... k... welcome back to Campus....

Friday, December 5, 2008

Demam VS Jalan-jalan

salam, sejak balik ke kampung MEMPAGA ni kesihatan sya kurang memberansangkan. Demam. Nampaknya virus chikugunya masih ada di Mempaga ni. Jiran tetangga ramai ah kena. dan kini family saya sedang mengalami sintomp awal.. aduh, walau bagaimanapun, orang yang aktif, walau pun demam, saya tetap kuat merayau.berjalan-jalan. hari-hari turun town. huhhhuuuuu

Monday, December 1, 2008

Sibuk pernikahan orang.. kiter biler lagi erg..



Salam, hum nampaknya cuti ini sibuk g kenduri kawin dan uruskan orang kawin .. seronok jugak . kiter dah menurun beberapa bakatg dari mak kiter. antara yang menjadi favorite ialah menginai dan menggubah. huhuhuhu seronok urus orang, kiter entah biler. jodoh tak sampai lagi. k lah.. banyak lagi keje nak buat.

Thursday, November 27, 2008

Cuti Semester yang sibuk

Salam sumer.. dah lama tak menulis dalma blog ni. Almaklumlah sibuk sangat. Hari ini baru samapai ke pahang sejak 18hb yang lalu bila last paper for this sem tamat. Dari lumut ke kuala lumpur untuk hantar Pak Andak dan familynya menunaikan haji. Then, terus ke UiTM Malaysia untuk persidangan mahasiswa FSPPP memang satu program yang betul-betul membuka minda. Rasanya untuk hari ini sampai disni saje lah saya menulis kerana kepenatan.

Saturday, November 15, 2008

Penantian Last Paper

salam semua. hum sedihnya kawan-kawan rumah semua dah balik. tinggalah saya dengan beberape lagi junior final diploma. tapi masing-masing dah habis paper. saya ader saru lagi paper. premiership. hum nway.. hopefully everithing will be done successful lah. takutnyer..

Sunday, November 2, 2008

Permulaan Final Sem 2

Salam. lama sungguh tak mencoretkan kata-kata dalam blog saya ini. hum, almaklumlah fin al dah mula. Alhamdullillah 2 paper yang berlalu memang boleh buat. tapi sebelum tiba ke dewan exam, macam2 peal lah yang kami buat. gementar mungkin. next paper 10hb 11 so masih semapt lagi. tapi next paper ni mungkin boleh score kecuali paper premiership yang banyak membaca. huhuhuhu cukup lemah untuk membaca. hehehehehe k kepada kawan-kawan semua, GoodLuck!!

Friday, October 24, 2008

Konvokesyen PTSS




hari saya dpt load pic konvo sya. sebab pic tu ader kat kakak sya. so nak share ngan semua.

Thursday, October 23, 2008

Usiaku semakin dewasa

Salam, Malam ini jam 1.30 am genaplah usiaku 22 tahun.dan tiba-taba secara kebetulan hari kelahiran ku adalah sama. JUMAAT. Sudah besar rupanya aku ini. tapi di mana hala tuju ku? tidak pasti. Namun ku panjatkan kesyukuram kerana berpeluang mengecapi hari ini. mohon restu mu Ya Allah agar kehidupan yang bakal ku lalui mendatang lebih mendewasakan ku. Selamat Ulang tahun kelahiran bidadari..

Monday, October 20, 2008

Perjalanan yang memenatkan

salam, hari ini saya akan menempuh satu lagi perjalanan yang memenatkan. Penat semalam masih lagi teresa namun ditambah dengan penat hari ini. hum hari ini kena siapkan asigment QMT 212- statistic. hum and prepare for da quiz. huhuhuhuhuhuhu takper balik kelas nanti saya pulun. l, gotta go now..

Tahniah semua kawan2..

Salam, tahniah diucapkan kepada semua kawan DPM PTSS dan yg lain2 lah sempena majlis konvokesyen PTSS kali ke-2. Syukur alhamdullilah.. akhirnya kita konvo jugak. Memang satu kenangan manis walau pun Raja Perlis tak dapat hadir. Tapi yang diraikan tetap diraikan. tAk sangka saya telah menjadi salah seorang daripada mereka. saya telah menerima anugerah pengarah politeknik dan anugerah kecerlangan akademik dan kokurikulum . kiranya 3x naik pentas. dan paling terharu saya berpeluang bawa emak dan kakak sekali. tapi gambar tak dapat tunjuk lah. nantilah kita load. hum berseronok sudah, sekarang kiter wat asigment lak yerk......

Saturday, October 18, 2008

Nak pi KOnVo!!!!

Salam, saya dah tak sabar nak gi konvo. Jap lagi mak sampai. Huhuhuhu ni baru jer pas test HDP 132- pemikiran pemimpin negara. Soalan not bad walaupun tak study sangt. huhuhuhu tapi success!! gerenti A. hehehehehe

Friday, October 17, 2008

hatiku bukan disini...

Salam, hari yang ku nantikan semakin hampir. Tak sabar rasanya. sehinggakan hati ku tidak lagi di campus ini. sudah terbang dibawa kepada kenangan pahit getir di PTSS. Rindu pada warganya dan suasananya. teman-teman asyik telefon dan msg. masing-masing tak sabar seperti diriku. Susah payah bertungkus lumus mencapai peringkat diploma kan terbayar dengan istiadat konvokesyen yang akan dijalankan pada 20 oktober ini. tahniah kepada semua.

Tuesday, October 14, 2008

Alamak sengal Btul la!!!

Alamak apa dah jadi dengan blogku ini. Aduh kerana kesalahan teknikal blog ini telah menjadi haru biru. sya sedang berusaha menjadikannya seperti sedia kala. dan mungkin lebih baik daripada ini.

Monday, October 13, 2008

Idealogi atau Perkauman?

salam. Hari ini adanya kelas CTU553. Ustaz memulakan kelas soalan perbincangan semasa yang diajukan oleh kawan-kawan kelas. kebanyakkan merupakan soalan assignment ADS509.namun saya cukup tertarik dengan pendapat ustaz yang meminta kita sama-sama berfikir mengenai hal ini. Parti politik di Malaysia antara berasaskan ideologi atau perkauman, yang mana satu akan survive untuk masa akan datang.

tidak dapat dinafikan, generasi sekarang merupakan generasi bijak pandai. mereka lebih kepada pemikiran ideologi berbanding perkauman.pada pendapat saya, ini kerana kebanyakkan generasi muda berfikir bahawa kedudukan kaum di Malaysia adalah sudah menjadi satu kaum perpaduan, kaum Malaysia. namun persoalannya disini, adakah parti berasaskan kaum sudah tidak relevan lagi? atau mungkin mereka harus re-branding parti tersebut dengan menyelit ideologi yang boleh diterima oleh semua generasi.

adanya idea untuk menukarkan parti kompenen dengan menjadikan hanya satu iaitu parti B* sahaja. dan pada pandangan saya amat sukar kerana ia memerlukan keputusan yang amat teliti serta pengurusan yang amat cekap. walau bagaimana pun, sama-samalah kita fikirkan.

Sunday, October 12, 2008

Minggu Meletihkan

Salam. Minggu ini baru sahaja bermula. Tapi telah terbayang dalam kepala saya yang ia akan menjadi minggu yang meletihkan. Terlalu banyak asigment yang perlu dihantar. di hujung minggu pula satu test statistikd dan final exam untuk Pemikiran Mahathir menanti. Selain itu, hati ini berkobar-kobar untuk ke istiadat konvokesyen pada 20hb di PTSS. tapi apa pun perkara penting perlu diselesaikan dahulu. Final is coming. I must be prepared. My time is very limited now. NO PLAY!! NO SLEPT IN THE EVENING, NO GOSSIP WITH FREN AND NO.. JUST FOCUS ON YOUR STUDY..STUDY..STUDY...

Saturday, October 11, 2008

Perpuakan atau Factionalism ?

Salam, saya terbaca satu article mengenai TPM yang memberi amanat bahawa beliau berharap tidak terjadi gejala perpuakan dalam UMNO. Saya amat bersetuju. pada pandangan saya perpuakan atau Factionalism hanyalah akan melemahkan sesebuat parti. kebetulan, pada minggu lepas, saya terlibat dengan perbentangan bagi subjek ADS509- Tun Hussien Onn : Political and Social Challenges.

Salah satu Cabaran utama yang dihadapi oleh Tun Hussien Onn ialah masalah perpuakan dan masalah ini sebenarnya dibawa daripada era pentadbirann Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Antara sebab terjadnya masalah perpuakan ini ialah perbezaan pendapat golongan elit dan junior dalam parti tersebut. Selain itu perlantikan Dr.M sebagai Timbalan turut menjadikan jurang peruakan antara mereka semakin ketara. Tetapi yang pastinya, kehadiran Tun Hussien Onn yang boleh dikategorikan sebagaai "the person who unfortunately to bcum the PM at that time" kerana beliau ketika itu masih belum bersedia dan terlalu banyak kebetulan yang dilalui sehingga belaiu menjadi PM Malaysia yang ke-3. Walau bagaimanapun kita bersyukur kerana ketegasan dan kewibawaan beliau mampu memberikan sumbangan kepada MALAYSIA.

Kesimpulan yang boleh dikatakan disini ialah, pertembungan pendapat dalam satu komuniti atau parti adalah satu perkara yang normal. Para pemimpin perlu melihat setiap luahan atau tentangan tentang sesuatu keputusan sebagai satu idea baru yang perlu dibincangkan. Perpuakan bukanlah jalan yang baik kerana gejala ini membawa unsur negatif yang boleh menyebabkan kejatuhan parti tersebut.

Friday, October 10, 2008

Demam vs Jalan-jalan


Salam,alhamdulillah demam saya semakin ok. Hari ni cuti dinegeri utara ini. Kami telah mendapat jemputan ke Open House di umah sahabat kami di Yan. Jauh jugak. Kami telah menyewa kereta. Macam-macam halangan yang dilalui. Demam-demam pun stay bleh jalan-jalan. ok lah tu. Setelah hampir 2 tahun tak menjejakkan kaki ke alor star akhirnya hari ini sampai jugak. hum.. balik je terus mandi dan solat. online sekejap. lepas ni nak rehat. Badan letih. Esok banyak assignment yang menanti.

Wednesday, October 8, 2008

Suspected CHIKUGUNYA?????

Salam, hari dah berape hari tak menulis dalam blog ni. saya tak sihat. Demam. Permulaan demam disebabkan lutut yang injured dulu bengkak. pastu keesokan harinya saya demam. Saya call mak dan mak risau. sebab orang kampung saya dah ramai dijangkiti CHIKUGUNYA. so dia suruh saya g klinik. bile MA check everything ok. demam biasa jer. Nasib baik Hilda pinjam kete baby nak g hantar saya. risau jugak. hehehhehehehehehee

Monday, October 6, 2008

Di mana silapnya ???

Ramadhan telah pun berlalu menutup tirai. Kini masanya kita menyambut kehadiran Syawal. Telah menjadi tradisi di Malaysia, perayaan rasmi dikongsi bersama. Rumah terbuka Aidilfitri di sana sini. Namun kejadian beberapa hari lalu amat meyedihkan anak muda-mudi yang menyaksikan agenda pihak-pihak tertentu. Semakin keliru jadinya. Salah siapa? Salah yang membenarkan dan menjemput atau salah mereka yang tidak kena tempatnya.

Dikala ekonomi semakin merudum, politik pula semakin goyah. Dimana jalan penyelesaiannya? Apa perlu kita buat? Tunggu dan lihat sampai bila? Benarkah adanya perpecahan kaum di negera kita ketika ini? Atau dari kumpulan minoriti sahaja?

Apa yang saya perhatikan, tiga kaum di Malaysia ini masih lagi duduk semeja di kedai makan, sama-sama membuat study group, sama-sama merayakan rumah terbuka Aidilfitri, berekreasi sama-sama... dimana pecahnya?? RAKYAT MALAYSIA MISKIN? Mungkin ada tapi apa sebabnya?? Pihak berwajib tak membantukah?? Macama-macam dasar dilaksanakan, pelbagai tawaran dan latihan dibuat...

PERCAYA ATAU TIDAK ??? Pendatang tanpa izin (PATI) dan yang berpermit mampu memperolehi aset kerana usaha mereka di MALAYSIA. Bukan itu sahaja malahan hasilnya mereka hantar ke negara mereka buat perbelanjaan keluarga disana. Wah, MISKIN kah MALAYSIA ini? Malahan sebenarnya ia merupakan lubuk emas. Pokoknya, mahu berusaha atau tidak!

Sesetengah pihak mempertikaikan, jangan terlalu banyak berpolitik, tumpukan pada kebajikan dan pembagunan ekonomi negara. Masalahnya, kedua-dua ini saling bergantungan.

Hari ini saya mendapat satu kunci yang difikirkan ada logiknya. Menurut pensyarah saya, Rasullullah ada berpesan, peganglah pada prinsip "SEDERHANA" nescaya segalanya akan berjalan lancar. Ya, saya mula berfikir ada juga benarnya. Tapi ini sekadar pemikiran saya, seorang puteri negara yang masih lagi mencari hala tuju dicelah-celah keharu-biruan keadaan negara.

Diari Hari Raya



25-09-08

Selepas tamat kelas ADS509, saya pulang ke 54d untuk membuat persiapan balik. Hum tak sabar nak tunggu saat itu. Tiket train dah standby. Lepas solat Asar, Fatin hantar saya dan nurul ke stesen train. Sempat jugak beli KFC sebagai bekalan buka puasa dalam train nanti. Hum tapi hampanya, train yang sepatutnya bertolak jam 7,12 ptg dah lewat hingga 7.50 pm. Alamatnyer berbuka tepi landasan lah kami semua. Bagaikan jamuan berbuka. Terasa kemeriahan raya itu beli para perantau semuanya berkumpulan berbuka puasa di tepi landasan. Manis sungguh saat itu. Train dah sampai. Memang berkobar. Bile baik train terasa sungguh raya itu. Dalam train perantau2 utara ni, ramai pasang lagu raya. Terharunyer…

26-09-08

Akhirnya tiba jugak di kota metropolitan ini, tapi perjalanan saya masih jauh lagi. Selepas mandi di KL Sentral, kami menaiki monorail ke Pekeliling. Memang on time, orang tak ramai dan bus ader je. Kak nurul balik ke temerloh dan saya ke bentong tibe di bentong terus balik Mempaga walau pun plan awal nak pergi ke LHDN dulu.

27-09-08

Lepas berbuka ader solat terawih di rumah. Mak dan jiran lain memang menjalankan solat terawih dirumah sahaja. Mak teh menjadi imamnya. Saya turut serta sekali. Memang terharu rasanya. Di hari lebaran makin tiba ni macam-macam persiapan la kena buat. Hati pun makin terharu. Rindu pada orang tersayang yang telah pergi meninggalkanku, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan sentiasa ditempatkan disisi-NYA.

28-09-08

Hari ini, saya masak makanan special buat family saya, ayam bakar bermadu dan tom yam. Dah lama tak masak dan sememangnya mak dan family suka bila anak kesayanagannya balik sebab dapat makan macam kat kedai. Order aje. Pada sebelah malam pula kami pergi membeli belah di Pasarayaku. Danial memang tak sabar-sabar dan dia yang melebih-lebih. Biasalah, kanak-kanak.

29-09-08

Hari ini saya try buat muffin, menjadi memang mudah sebab guna tepung segera. Zaman sekarang semuanya segera. Hari ini kami sekeluarga berbuka di kedai makan. Saja akak belanja sebab dapat bonus. Damiri pula berbuka puasa bersama rakan-rakan vespanya. Adik yang seorang ini semangnya sentiasa menguji kesabaran kami semua. Moga suatu hari nanti dia akan lebih maju kehadapan.

30-09-08

Hari ini hari terakhir bangun sahur untuk Ramadhan ini. Abang dah pun sampai seawal jam 4.00 pagi. KFC terhidang sebagai menu sahur kami sekeluarga. Abang sesungguhnya seorang yang pemurah dan bertanggung jawab. Kami saying abang kami. Tapi awal-awal sahur ni topiknya memang amat menyentuh kisah peribadiku. Biasalah dia ambil berat. Siang itu, 3 adunan kuih tersedia buatku. Sampai nak patah pinggang buat kuih. Kelakar betul. Termakan kuih la, terpaksa kumur. Almond London kakak pulak tak jadi, coklat keras. Kuih ratna menjadi kuih “ratnor” sempena nama timangan ku, nor, sebab bahan yang sepatutnya tiada dan ku adunkannya megikut kehendak hati.

01-10-08
Takbir raya telah menyairkan dengan penuh syahdu. Pilu rasa hati. Malam tadi kami sekeluarga sibuk menyiapkan juadah hari raya. Tahun ini menunya rendang hijau dan merah serta kuah kacang. Makan bersama nasi impit nona dan mak order lemang biasa dan lemang pulut itam. Memang best. Sebelum pergi solat hari raya kami bermaafan serta mengambil gambar di Aidilfitri. Selapas pulang dari masjid kami ke pusara ayahanda tercinta. Seperti biasa sayalaha yang akan menyediakan bunga dan air pusara. Sudah lama hidup tanpanya. Rindu benar rasanya. Siang just raya di sekitar umah jer. Malam raya umah mybest friend, Nora. Kat sana jumpa la Mat dan Gafur.

02-10-08
Menu hari ni lontong dengan kuah lemak. Hari ni memang ramai tetamu yang datang. Alhamdullilah la. Tak membazir makanan. Petang kami buat ronda-ronda umah kawan-kawan sekolah. Kelakar bile cerita pasal dulu-dulu tu. Malam prepare untuk balik

03-10-08
Pagi ni bertolak ke KL. Mula-mula pergi beraya umah Pak Ngah. Cadangnyer nak tegok SENARIO baru tapi tak sempat. Mak ajak pergi shopping plak. Kami onn jer… petang family ku hantar ke KL Sentral. Kecian betul. Dah nak balik. Sadis….

Thursday, October 2, 2008

Salam Aidilfitri....

Selamat hari raya semua. hum akhirnya raya ditunggu tiba jugak . raya tahun ni tah berape meriah mungkin sebab masing-masing dah besar. Anyway .. esok dah nak kena balik campus. banyak lagi tugasa yang perlu diselesaikan.. tak dapat nak cerita banyak . nantikan aja diari raya saya nanti.

Wednesday, September 24, 2008

syonknyer raya

waawawawaaaa... syoknyer rayer ... bleh balik dah ....

Tuesday, September 23, 2008

Menanti Balik Kampung

tak sabar rasanya menanti tarikh balik kampung. dua hari lagi. hari ini saya telah selesaikan 1 kuiz macroeconomy dan 1 test hunbungan etnik. Esok plak yang menanti test2 law dan lusa kuiz stattistik. ni la campus life. tapi hati dah berkobar-kobar nak balik raya. untuk makluman saya dah buka akaun baru gmail. iaitu bidadarisz@gmail.com so bleh la antar email kat alamat baru ni.

BALIK KAMPONG.. OHH HOO HOO BALIK KAMPONG.. HATI GIRANG........

Sunday, September 21, 2008

Ohhh Penga*** Campus ku....

Salam, Apa khabar semua. hari ni saya nak cerita pasal pengalaman semalam. Sepatutnya ada kuiz tetapi terpaksa dibatalkan kerana kereta Puan rosak. So, Postpone, selamat.. tapi agaknya ada alamat kot, semasa kitorang menunggu Pak teh, Penga*** campus masuk di pintu utama UiTM. akibatnya Driver kitoran telah dihalang darip[ada masuk ke UiTm. Aduh sedihnyer. dah la jauh.. Apa harus kami lakukan?????

Friday, September 19, 2008

bubur lambuk Vs spegeti

Salam hari ini, myhouse mate n x-housemate nak masak untuk berbuka puase. tu lah dier hidup bujang. sepanjang ramadhan, ni kali pertam kitorang masak. setelah difikirkan kitorang ader 2 menu pilihan, bubur lambuk or spegti, hum nampaknyer terpaksa pilih bubur lambuk sebb nanti senang nak cari bahan. jadi hari ini nak kongsi samer2 resepi bubur lambuk Versi Bidadari:

Bahan-bahannya:

Beras 2 pot (dibasuh n ditanak hingga jadi bubur)
Santan (blend, dapatkan pati)
Udang Kering - secukup rase
Rempah halba - skit jer
serai - sebtg ok
Daun pandan - 1 helai memadai
halia - skit jer
Pati ayam - secukup rase
carot - ikut suke
daun sup - buat penyedap
Bawang goreng - pelengkap hidangan



selepas beras jadi bubur, masukkan santan dan kesemua bahn kecuali daun sup n bawang goreng. masuk last sekali. itu jelah. Mudah n sedap. selamat berbuka

Wednesday, September 17, 2008

lawak PORKE???

Salam. Hum hari ni segalanya berjalan lancar. Punyer la kawan-kawan buat lawak, tetibe keluar satu word yang kelakar "PORKE'. Porke merupakan bahasa Mexico yang membawa maksud why atau kenape. Ntah lah macam mane bleh dapat ilham PORKE ni.

Pak Lah Letak Jawatan???????

Salam. Hari ini Malaysia digemaparkan dengan perletakkan jawatan Pak Lah sebagai Menteri kewangan dan penukarannya kepada Menteri Pertahanan.Berita ini mungkin menjadi satu berita gembira kepada pihak-pihak tertentu. Mungkin ada yang berpandangan bahawa kepimpinan negara mula takut dan sebagainya. dan mungkin juga ada yang berpendapat, cita-cita pihak tertentu semakin menuju ke puncak..

Namun bagi saya, ia sekadar proses permulaan dan sedikit perubahan yang mungkin dijadikan sebagai perintis kepada peralihan tampuk kepimpinan yang akan dilaksanakan menjelang Tahun 2010. Saya melihat perubahan ini sebagai satu usaha yang baik disamping kita mahu meredakan keadaan politik yang sedang mengalami kegawatan dari segi perpaduan dalam parti itu sendiri.

Sama-samalah kita berdoa agar negara kita dijauhi daripada sebarang kekacauan yang akan meruntuhkan kepimpinan negara ini. Sesungguhnya, ianya akan di atasi sekiranya, pihak tertentu dengan ikhlas hati sanggup sama-sama membantu dalam sumbangan idea dan sebagainya untuk menaikkan serta membangunkan negara. dan tidak lah mengejar tampuk kepimpinan semata-mata.

Monday, September 15, 2008

Melayu, Kemana Arah Tuju..???

Sedih dan terlalu sedih melihat perkembangan politik semasa. Tercalar jiwa muda ini disebabkan oleh tindakan golongan tertentu yang cuba menjatuhkan bagsa sendiri demi kepentingan peribadi. Ini lah namanya Melayu. Bangsa lain terkenal kerana pelajaran tinggi mereka dan mereka memiliki PHD kedoktoran dalam pelbagai bidang. begitu juga Melayu, mempunyai PHD maha agong yang tak dapat diatasi oleh kaum lain. Malangnyer PHD itu disalah gunakan untuk merosak bangsa dan negara sendiri. Kita sering mahu menjadi seperti orang lain. Tetapi kita selalu tersalah memilih perkara yang buruk untuk diikut.

Kita sentiasa mengamalkan persaingan tetapi persaingan kita secara tidak sihat. Sebenarnya bangsa Melayu merupakan bangsa paling kuat. Tetapi dek kerana terlalu taksub dan tamakkan harta serta mengejar sesuatu untuk kepentingan diri, kita sanggup mencalarkan maruah bangsa sendiri. entahlah, Apa yang Melayu ini mahukan. Tak faham benar.

Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi masing masing tidak mahu berganding tenaga untuk bersatu memajukan bangsa. Kuasa bukan segalanya. Kuasa sebenar yang akan memakan diri kita sendiri. Kemana Kita cube membawa MELAYU kita? adakah untuk ke puncak kejayaan atau kita akan dijadikan tangga untuk kejayaan orang lain?? sama-samalah kita fikirkan...

Sunday, September 14, 2008

Mood Raya VS Mood Kuliah

Salam, hari ini dah masuk 15 Ramadhan, hum tak sabar nak tunggu raya. Tiket train dah melambai menanti untuk di ambil dan diberikan kepada pakcik KTM. huhuhuhu tak sabarnya. padahal banyak lagi test menanti. Tapi rasenya ramai dah tak berpijak dibumi Merbok. Saya sendiri dah terasa baahaw saya dah sampai ke Bentong. apa pun, kuliah is still on so ... sabar aje lah.

Friday, September 12, 2008

KELIRU??? Sejarah Mungkin Berulang....


Salam, semalam merupakan hari yang paling meletihkan dalam hidup saya. Tamat sajer pertandingan kuiz yang kami kelolakan, saya pulang kerumah tetapi pada pukul 2.30 ada kelas ganti ADS509-Premiership. Kami telah menamatkan chapter tun Hussien dan masuk sedikit intro kepada chapter Tun Chedet. Topic paling menarik dalam subjek ini.

Apa pun dalam kelas, lec asyik menekankan tentang "Sejarah Mungkin Berulang" dan beliau banyak berpesan kepada kami agar jadilah pemimpin yang baik kerana masa depan anka bangsa seterussnya terletak ditangan kami. Balik saja dari kelas, selepas berbuka dan solat, saya menonton TV3- berita. Opening dengan kes Raja Petra dan komen daripada Pak Lah. Melihat wajahnya sahaja terpampang jelas keletihan dan pelbagai perasaan yang ditanggungnya. Hati ini berat mengatakan, amat tertekannya menjadi "PAK LAH". Di mana agaknya kunci penyelesaian kepada semua konflik ini.

Jika dahulu, Tun Hussien terpaksa menanggung pelbagai krisis yang ditinggal di zaman pemerintahan Tun Razak, tapi yang jelas dan nyatanya, krisis yang wujud di zaman pemerintahan Pak Lah bukanlah lanjutan daripada Tun Che det, tapi kerana perubahan yang beliau lakukan. Entahlah sebagai anak mentah terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan. namun apa yang ditulis ini lahir dari hati saya.

Semakin hari semakin keliru jiwa anak muda dengan keadaan politik Malaysia sekarang. Dalam jiwa muda rata-ratanya malas mahu memikirkan masalah ini. Alasannya, "biarlah ayah-ayah, atok-atok yang fikirkan. kita jangan masuk campur hal orang tua. kita muda. masa ni lah nak enjoy buat apa nak semak-semak fikiran pikir pasal dunia Malaysia yang berserabut ni" Ouh jauh benar bezanya perjuangan anak muda sekarang dengan perjuangan anak muda lalu.

Saya terfikir, jika bukan anak muda yang fikirkannya, apakan jadi dengan kita di masa akan datang. kita hidup bukan sentiasa muda. malah makin hari semakin tua. Dan siapakah orang tua pada masa akan datang? bukankah mereka ialah orang muda pada masa ini? Ya, kitalah orang itu, jadi kita perlu sama-sama memikirkan masalah ini. Lupakah kita? Sejarah telah menunjukkan, kerana kesilapan pemimpin tua, maka tanah air kita dijajah dan dibelenggu masalah. Mengapa? kerana Anak muda hanya duduk sahaja. Dan kini kita menyalahkan pemimpin lepas. Tidak mustahil, pada masa akan datang, anak muda akan menyalahkan kita pula kerana Sejarah Mungkin Berulang.

Jadi, sama-samalah kita berfikir. Adakah kita hanya mahu terus dihanyut oleh dunia yang serba kekalutan? atau kita cuba mengatasi kekalutan untuk memiliki sebuah dunia yang aman....

Thursday, September 11, 2008

Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2008 BASIC's

Hari ini kami telah mengadakan pertandingan juiz kemerdekaan anjuran kelab BASIC's Walaupun hanya dengan AJK berjumlah 12 orang sahaja namun ia dapat dijalankan dengan jayanya. Pada permulaan pertandingan nampak seperti ada sedikit masalah kerana masa berlalu begitu pabnats namun masih dapat dikawal. TAHNIAH kepada para pemenang dan yang tidak berjaya boleh cuba dilain masa.

p/s Lepas tamat majlis ader plak sesi bergambar (diorang memang pantang namapk camera) nasib baik MP4 aku tak bawak, naknyer HiLL,rosak pixel...) jangan marah...
p/s kawan2 keje kite tak settle lagi tau.. report.. sijil... n lain2.

Wednesday, September 10, 2008

MSC ?? alamak dah lupa la....

Hari ini saya telah menghadiri kelas HPD132-Pemikiran Pemimpin Malaysia dan topik yang dibincangkan ialah mengenai Multimedia Super Corridor(MSC). Lama juga la tak dengar perkataan MSC ini. saya sendiri hampir lupa rupanya MSC di negara kita telah berusia hampir 12 tahun. Mungkin saya akan cari perkembangan terbaru mengenai MSC untuk ditulis. insyaallah.

Monday, September 8, 2008

Kontrak Sosial di Malaysia

Semalam dalam kelas ADS509-Malaysia Premiership kumpulan pertama perbentangan telah membentangkan tajuk Kontrak Sosial Di Malaysia.

"Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu." (wikipedia)

persoalan yang telah saya ajukan kepada presenter ialah sampai bilakah kontrak sosial ini relevan di praktikkan di Malaysia? dan jawapan yang saya terima ialah ia akan kekal selagi perlembagaan malaysia tidak digubal dan slagi Melayu kekal di tanah Malaysia sebgai penduduk majoriti.

Pada hari ini, sekali lagi dalam kelas CTU553-Hubungan etnik D Malaysia, isu ini dibincangkan dan menurut Ustaz, insiden yang terjadi ke atas ucapan dan YB BB mengenai kaum cina n tindakan memohon maaf yang dibuat perlu dpertimbangkan. melihat dari perspektif sejarah melayu sendiri mengatakan bahawa kaum ini merupakan kaum yang datang dari luar. saya juga amat bersetuju untuk mengatakan bahawa banyak unsur yang mengambil kesempatann terhadap klaum melayu yang dominan dengan sikap lemah lembut dan baik hati. Sehinggakan kadang2 kala mereka dipijak. fikir-fikirkanlah...

Sunday, September 7, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa kerja Pop Kuiz Kemerdekaan 2008

Program : Pertandingan Pop Kuiz Kemerdekaan 2008
Tempat : Dewan Sarjana 1, UiTM Kedah
Tarikh : 12 September 2008

Pada hari ini AJK kerja untuk program pop kuiz telah mengadakan meeting bagi melihat progress terhadap program ini. Nampaknya semuanya berjalan lancar walau pun ader banyak kurangnya lagi. takper mase masih ader. lagipun AJK nyer ader lah 11 org. jadi masing-masing perlu memainkan peranan penting untuk semua kerja. aper pun kawan-kawan jangan sedih dan putus asa. Struggle to achieve our goal. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. GOODLUCK EVERYBODY!!!

Friday, September 5, 2008

Inilah Pelajar Melayu Kita

Salam sumer. Hari ini saya nak bincangkan mengenai attitude pelajar Melayu kita. Usah pergi jauh, cukuplah sekadar melihat peristiwa yang terjadi terhadap kelab BASIC's di campus saya. Kelab yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Namanya sahaja dah cukup gah. Masa depan mereka pula sudah semestinya akan menjadi golongan-golongan executive. Yang penuh dengan protokol dan bakal mendapat penghormatan yang tinggi dikalanagan masyarakat. Namun nama hanya tinggal pada nama. Rata-rata siswa-siswi dalam fakulti ini masih belum menunjukkan bahawa mereka sepatutnya harus menjadi ggolongan tersebut.

Hari ini, kelab BASIC's telah mengadakan seminar keusahawanan untuk para ahlinya. Walaupun hujan lebat namun sambutan boleh dikatakan 50%. Entah kemana perginya mereka. Sedangkan saya dan rakan-rakan lain terpaksa datang berhujan menaiki teksi namun kerana semangat menunutut ilmu itu, kami tetap hadir. Penceramahnya pula seorang yang berpengalaman dan amat bagus dalam penyampaiannya. Namun yang menyedihkan ialah para siswa-siswi yang datang mungkin kerana terpaksa sehingga menyebabkan pelajar lain hilang fokus. apabila tamat aktiviti, kami diminta tunggu sebentar. Penasihat kelab telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap tindaka para ahli BASIC's.

Aduh sedih dan sadis sekali. Apalah nasib anak bangsaku. Inilah Pelajar Melayu kita. Tiba-tiba saya teringat akan kenangan semesta lepas, dikala saya cuba menyuarakan pendapat mengenai etika pemakaian dan sosial para ahli BASIC's lalu saya telah di gelakkan. Hari ini, setelah berlakunya tragedi ini, saya telah mendapat satu andaian bahawasanya antara kami dalam Fakulti ini boleh dikatakan hanya 45% sahaja yang mungkin akan samapai ke destinasi yang dituju.

Saya mendapat gambaran bahawa pelajar BASIC's dalam bahaya. Pelajar UiTM dalam bahaya, Pelajar MELAYU dalam bahaya. Apa bahaya yang menimpa? Apa yang telah kami lakukan? Siapa yang akan peduli hal kami? Jawapannya ada pada kita semua kerana kita semua adalah Pelajar Melayu. Apabila dikhabarkan 10% kuota bukan bumiputera akan memasuki UiTM, mereka bantah. Sanggup berhujan berpanas mempertahan dan memperjuangankan hak itu. Ya secara patriotismanya mereka memang bagus namun ilmiyahnya, mereka sentiasa mengabaiakan diri sendiri. Mereka amat pintar mengkritik kelemahan urusetia program TETAPI amat susah memberikan komitmen dalam mana-mana program. Mereka mahukan pelbagai kemudahan namun belum tentu kemudahan itu dapat dimanfaatkan dengan baik. Apa sebenarnya mahumu wahai Pelajar Melayu. Hiburan? ya hiburan tidah salah dalam dunia ini selagi mengikut syarak. tetapi bagi Pelajar Melayu Hiburan adalah nyawa mereka.

Sakit!!! Kritikal!!! Bagaimana nak bantu kami Pelajar Melayu??? Ditegur? Depan senyap tunduk tak terkata, dibelakang kutuk dan protes. Namun sejauh mana kuasamu? Pokok pangkalnya tanyalah diri sendiri. Adakah kita mahu kekal sebegini. Tamat Ijazah, berhutang dengan PTPTN tetapi kemajuan diri serupa dengan para pelajar SPM. lebih baik kita cukup sekadar SPM sahaja.

Wahai Pelajar Melayu sekalian... terutamanya pelajar BASIC's, bukalah mata anda, fikirkan masa depan anda. Masih jauh namun bekalannya perlu disediakan pada hari ini. masa tidak pernah menunggu kita dan amat mustahil untuk dia kembali semula. Rebutlah peluang bermanfaat yang ada didepan mata kita. Hidup ini bukan sekadar kita mencari hiburan. Hiburan itu adalah perkara terakhir yang perlu kita fikirkan. Walhal masih banyak lagi perkara yang menanti kita, yang akan mendai teman kita hingga ke akhir hayat. Fikir Fikir kan.............

Thursday, September 4, 2008

Bersama Hayati Fathilat Ramadhan


Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.”

Sumber: www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

Test 1 QMT 212

hari Ini ader test QMT 212 statistic. aku memang minat subjek calculation ni dan memang aku score subjek ni. Happy giler biler aku dpat jawab soalan tapi aku memang lemah topic intoduction dier .. malas sebenarnyer. teori.hahahaa.. Tetibe teringat nak cerita pasal Kelas Premiership semalam. hum sejak amik subjek ni, semangat lain macm tambahan plak lecturer aku memang master dlm bidang ni. Banyak info yang aku pelajari samada secara sulit atau sebaliknyer.. harap subjek ni pun ku score walaupun bacer kena banyak

Wednesday, September 3, 2008

Biasiswa JPA

Salam .. Alhamdulillah syukurlah berkat bulan baik ni, permohonan aku untuk mendapat biasiswa JPA telah diluluskan. tak perlu lah aku tambah lagi duit PTPTN yang dah pun aku pinjam mase diploma dulu .. RM 15000. kalau tak bertambah RM19500 untuk degree. tapi memang rezekilah. pada kawan2 yang tak buat semakan lagi baik buat sekarang mungkin berita gembira ini menanti anda jua.

Monday, September 1, 2008

Amal di pagi Ramadhan

Salam. Hari ini pagi-pagi lagi saya dan kawan2 telah membuat amal. kitorang ditugaskan untuk menjaga tabung derma Program anak yatim Rumah Budi anjuran Basic's. kelab falkulti kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. untuk syiff seterusnya disambung oleh zuwairi dan kawan2nya.

Sunday, August 31, 2008

Juadah Mubarak


PUDDING GULA HANGUS

Petua bila buat pudding gula hangus ini, sewaktu kukus tutup kukusan kena balut dengan kain, api kena kecil sekali dan tidak boleh dikukus terlalu lama. Jika dikukus terlalu lama atau api besar akan menghasilkan pudding yang berkerawang seperti contoh gambar.Pudding harus dikukus menggunakan api kecil selama 20 minit.
Ini pula pudding yang dikukus terlalu lama, ia berkerawang dan rasanya pun tidak sesedap yang gambar atas.

Bahan-bahan

15 biji telur
4 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/4 cawan gula
sedikit esen vanilla
sedikit garam
sedikit pewarna

2 cawan gula, dihanguskan
1/4 cawan air

Cara-caranya
Hanguskan gula dengan api kecil kemudian campurkan air sedikit demi sedikit kena hati-hati kalau letak air semua nanti letup macam gunung berapi, kacau sehingga semua sebati. Kalau bekas taufu fa tu boleh dapat 6 bekas satu bekas letak 2 sudu makan gula hangus kat dasarnya dan 3/4 bekas tersebut diisi dengan pudding telur.
Untuk puddingnya, telur dipukul sedikit jangan terlalu dipukul nanti dia kembang kukus tak lawa, campurkan gula, susu cair, air, garam dan inci kuning. Kacau hingga sebati. Kukus menggunakan api kecil selama 20 minit.

salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Semoga hidup kita lebih diberkat. tahun ni tahun keempat aku menjadi perantau utara dan tahun keempat jugaklah aku taki dapat pegang puasa dengan mak n famili dirumah. rindu rasenyer. jap lagi mesti call mak. hum aku harap dibulan yang mulia ini, akan memberi lebih ketenangan dalam jiwa ku yang tengah berserabut ni. aku pun tak tahu. mungkin aku amat jauh denganNYA dan bulan ini ku kira paling sesuai untukku terus merapatkan dan mengabdikan diri kepadanya. insyaallah.

Thursday, August 28, 2008

bubur lambuk sempena Ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri kita. Selain kita menyahut seruan Illahi menunaikan sebulan puasa tak lupa juga kita dengan adat resam Melayu serta juadah yang semestinye menjadi menu pilihan di bazar Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa. antara juadah yang sangat terkenal sempena bulan puasa ni ialah bubur lambuk. memang sedap dan menjadi pembuka selera kepada semua orang. hari ini aku cuba membuat bubur lambuk tu. kalau mase kecik dulu, bila berkunjung ke rumah Pak Ngah Mahpot kat Kg Barutu kitorang mesti pergi ambil bubur lambok masjid jamek. yang paling popular SeMalaya dan sehingga hari ini, adat turun temurun ini masih kekal di masjid tersebut. oh indahnya kedamaian Malaysia ni.. harap sempena Ramadhan ini jugak para pemimpin politik kita akan terbuka hati mereka untuk mengubah fikiran serta menjadi pemimpin-pemimpin yang terbaik buat kita semua. tak kira agama, tak kira kaum dan bangsa, kedamaian harus kita kecapi. walau pun rambut sama hitam dan hati lain-lain tapi hati lain-lain itu sebenarnya mampu berjalan di atas jalan yang sama jika matlamat yang di kejarnya adalah sama. ekh alamak aper ni .. itulah dia disebalik bubur lambuk yang di masak dan dicampur dengan pelbagai rencah membuat aku teringat, ini lah MALAYSIA, dalamnye ada pelbagai bangsa, tapi mampukan ia menjadi seperti bubur lambuk, adunan yang menjadi idaman setiap orang.

Holiday ke Lumut

salam.. hari ni tetiber jer rasa nak gi umah mukisz. rindu kat dier. lepas balik kelas jer terus aku g buterwot amik bus kat sana. kul 6.30 sampai lumut. tapi aku lepak kedai mamak jap coz akak aku bleum siap lagi . mengajor.. mukis tu anak sedara aku ... hehehehehee ni kat kedai mamak lah ni. wifi free.. erggkkk... kenyang makan tosai.. huhuhuhuhuhuhuu.. ramai jugak kat kedai ni .. aku dah la rimas dah ni. hum pgi td mandi awal coz ader meeting. k la nanti kalau rajin aku tulis lagi.. da..

Wednesday, August 13, 2008

UiTM dHatiKu


Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia



CERITA HIDUP INI




Sebenarnya dalam hidup ini ada cerita

suka duka pedih dan ceria

apa sebenarnya yang berlaku aku tak tahu

cuba kita renung sejenak

pekak orang teriak kebebasan dicampak dalam semak

Sebenarnya hidup ini ada cerita

apa yang berlaku semuanya derita

serabut dalam kepala yang entah apa sebenarnya kita yang cipta

ketentuaannya Illahi yang kira

hidup ini bukannya senang

walau jauh kita sebarang

belum pasti sampai ketunjang

percaya atau tidak kita adalah malang

sejauh mana kita terbang

kita bukan layang-layang

ditarik guna benang terlepas kita tak pegang

kita adalah kita

tak semua buat diterima

kita mampu teroka sampai ke dasar

namun kita tak sedar semuanya ada onar

belum tentu dapat bayar

jasa dan pengorbanan mereka berdua yang sabar

dapatkah kita berfikir

peluh setitik ibarat pasir

jadi jangan kita mungkir

hidup ini bukannya senang

Sebenarnya dalam hidup ini ada cerita

suka duka perit ceria

tak mampu kita mungkir

tak mampu melawan takdir

Sunday, August 10, 2008

Imbas kembali


Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye
laa...hehehe

KENAPA PERLU FIKIR TENTANG MELAYU???


Suara itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya tatkala soalan itu diaju kepada saya. Soalan daripada seorang sahabat istimewa. Ya saya akui kedudukaan saya sebagai seorang Melayu sering diperkatakan oleh kerana saya terlalu akrab dengan rakan-rakan bukan Melayu. Perlukah saya berasa rendah diri berada disamping mereka? Kadang kala apabila kami berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, adalah suara-suara sinis yang lalu dengan menyatakan seakan ejekan kepada saya “cakap pun broken, nak berlagak”, namun rakan-rakan bukan Melayu itu menguatkan semangat saya “It’s ok friend, at least you’ve try your best”!.

Kembali kepada peristiwa di suatu petang, ketika saya dan kawan-kawan keluar beriadah, rakan saya seorang India, berkata kepada saya, “lihat siswi di sana, pakai baju menjolok mata. Mereka tak malu ke? Saya pun tak berpakaian seperti itu”. Kritikan itu benar-benar menyentuh sanubari saya dan ia tidak berakhir disitu, seorang lagi rakan Cina menyambung dengan mengajukan soalan kepada saya, ”apa perasaan kamu sebagai seorang Melayu? Kamu tak berasa malu kah melihat keadaan orang Melayu yang kini sudah jauh ketinggalan daripada bangsa lain?”. Dengan spontan saya menjawab ”Inilah masalah yang membelenggu fikiran saya, jika saya ada kuasa yang hebat saya sudah pasti saya akan membetulkan keadaan. Seperti Sailormoon. Tapi apakan daya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Cukup susah nak belajar dari pengalaman orang, mungkin bila sudah kena pada hidung sendiri, baru mereka akan sedar”.

Begitulah jawapan saya, walau pun diselitkan sedikit kelakar namun sahabat-sahabat itu sudah faham dengan setiap kata yang saya luahkan. Meraka sudah sinonim, saya suka meninggalkan kata-kata saya dengan persoalan dengan harapan mereka akan berfikir lebih. Itu sudah menjadi cara saya agar mereka berfikir. Namun mereka tidak pernah mengeluh. Kami memang sentiasa bersikap keterbukaan malah saya sendiri membenarkan mereka memberikan kritikan kepada saya walaupun pada awalnya mereka bimbang saya akan terasa namun pada pandangan saya kritikan mereka akan membuat minda saya terus berfikir lebih jauh.

Setelah setahun lebih kami terpisah kerana menyambung pelajaran di institusi yang berbeza, kerinduan itu melintas di hati saya tatkala saya saya sedang berfikir mengenai nasib bangsa saya. MENGAPA SAYA PERLU BERFIKIR MENGENAI NASIB MELAYU?. Sedangkan rakan-rakan sebangsa saya selalu berkata, ”kau ni berfikir benda yang tak sepatutnya. Kita masih muda, banyak lagi yang perlu kita fikir. Nak pergi membeli belah di mana, bercerita tentang jejaka-jejaka atau pensyarah-pensyarah muda dan sebagainya.” Secara bersahaja saya menbidas ”biarlah, hal itu kamu semua dah fikirkan, dan hal Melayu tak ada siapa nak fikirkan, biarlah aku tolong fikirkan, kesian aku tengok MELAYU ini.” Ya itulah kuncinya ”KASIHAN MELIHAT BANGSA MELAYU”.

Dalam satu kuliah, satu persoalan telah ditanya ”perlukan MELAYU mendapat subsidi?”, aku menjawab tidak. Pensyarah bertanya lagi ”apa alasan kamu berkata demikian?” aku menjelaskan secara terperinci,”Seboleh-bolehnya elakkan. Walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan tentang hak keistimewaan Melayu namun sebenarnya itulah juga yang menjadi faktor utama melemahkan kaum Melayu. Hidup bergantung dengan subsidi. Zaman kita sudah jauh berbeza dengan keadaan masa silam. Jika dahulu ya, subsidi perlu bagi membantu orang Melayu kerana dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh British. Tapi itu dahulu, kini kita sudah jauh dalam arus kemodenan dimana setiap kita berpeluang mencapai apa sahaja yang ada. Namun kerana sikap kebergantungan orang Melayu kepada subsidilah membuatkan kita lemah. Orang Melayu menjadi manja, tidak mahu berdikari kerana pada mereka tidak mengapa kerajaan ada bagi membantu mereka, jika tidak buat apa mereka mengundi kerajaan.” pensyarahku nampak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Beliau menyambung persoalannya, ”jadi kamu fikir subsidi harus dihapuskan?” Saya menjawab tapi kali ini agak mengambil masa ”Itulah yang menjadi masalahnya. Jika kita hapuskan maka habislah bangsa Melayu akan terus ketinggalan. Saya fikir kita perlu mengubah persepsi terhadap subsidi dan mengubah pemikiran Melayu agar mereka lebih hidup berdikari. Anggaplah subsidi adalah sumber terakhir bagi orang Melayu”

Saturday, August 2, 2008

Dimana Keamanan,Dimana Kemerdekaan

Hari merupakan minggu pertama dalam bulan Ogos. Nampaknya Malaysia sudah hampir kepada Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 51, namun aku tak namapak adanya kemerdekaan itu. Di mana ia? dulu ada sekarang terasa hialng dan suram. Macam biskut chipsmore pulak rasanya. Kejap ada kejap tiada. Pelik aneh. Sudah 50 tahun merdeka, takkan kita nak lupakan begitu sahaja. Tapi tak mustahilkan? memang tak mustahil jika kemerdekaan yang kita kecapi akan hilang. Seperti kehebatan Pahlawan Melayu Melaka. dulu empayarnya cukup gah sehingga bahasa Melayu menjadi salah satu bahsa pengantara dalam dunia. Hebat Melayu kini. Tapi dimana Melayu yang hebat itu sekarang ?? pahlawan dulu tak menyangka tanah air yang mereka pertahankan akhirnya jatuh ketangan penjajah dek kerana ketamakan pemimpin Melayu. Eh, bukankah situasi ini hampir sama dengan situasi yang kita hadapi sekarang? Ya, lebih kurang sama yang bezanya waktu, perwatakan dan caranya. Jadi, kita juga akhirnya akan dijajah?? Persoalan itu mempunyai 1001 satu jawan. Ada yang kata, kita sebenarnya bebas dari penjajahan, ada yang kata kita masih dijajah. Tapi jawapan yang terbaik yang ku pilih ialah kita sebenarnya telah dijajah dalam pelbagai bentuk. Pemikiran terutamanya. ooohh beitu....
Sampai bila agaknya kita kan dijajah??? Kita akan dijajah selagi kita tidak punya budaya sediri. selagi kita tak bersatu padu, selagi pemimpin kita asyik betelagah. Tapikan kita sudah ada budaya tersendiri? bukankah kita sudah bersatu padu? Memang kita ada tapi semua itu ibarat plastik semata-mata. pernahkah kita sanjung budaya kita?? Jarangkan, semuanya agungkan budaya penjajah. Betul jugak, susah benar nak mendapat kemerdekaan kan? Salah tu!! mendapat kemerdekaan nampak mudah tapi mengekalkan kemerdekaan itu, yang amat susah. Jadi dibulan kemerdekaan ini sama-samalah kita bersatu padu untuk mengekalkan kemerdekaan Malaysia untuk generasi akan datang.

Friday, July 18, 2008

Petikan dari Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, Isnin, 16 Jun 2008.

Suasana ekonomi dan politik negara kita selepas pilihan raya umum (PRU), 8 Mac 2008 lalu kurang baik. Hal ini ditambah dengan kenaikan mendadak harga komoditi makanan dan bahan api.

Dalam keadaan begini adakah kita harus menambah kekeruhan dan menyokong dakyah pihak tertentu semata-mata mahu kerajaan yang memerintah terus dikritik dan dipersalahkan.

Setelah pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat, namun masih ada yang menyebarkan khabar angin dan cerita palsu.

Dengan kewangan negara turut terkena tempias kesan kenaikan subsidi untuk menampung lonjakan harga minyak dunia, pun begitu kerajaan masih mampu membiayai projek pembangunan.

Rakyat harus yakin kepada kepimpinan negara sekarang dan kerajaan bahawa kita mampu menguruskan ekonomi negara tanpa meminjam wang dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Memang kita mempunyai pelbagai projek mega di koridor-koridor pembangunan wilayah tetapi ia sedang dikaji semula dan dilaksanakan mengikut kemampuan.

Sebab itu dalam keadaan sekarang, rakyat jangan mendengar spekulasi yang tujuannya hanya untuk melemahkan keyakinan kepada kerajaan.

Ada pihak hanya tahu sebar cerita palsu tanpa memberi idea membina. Jika begitu, biarlah pemimpin negara memikirkan dan mencari jalan keluar daripada kemelut ekonomi dunia.

Dalam kemelut sekarang, beri mereka masa untuk menguruskan ekonomi politik negara.

Seperti mana keyakinan diberi kepada kerajaan dalam menghadapi kemelut mata wang pada tahun 1997/98 dahulu, diharap begitu juga dalam masa sekarang.

Rakyat perlu bersama-sama kerajaan dan menjauhi daripada mempercayai khabar angin oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan meminjam beratus-ratus billion ringgit daripada IMF dan Bank Dunia untuk tujuan membangunkan koridor-koriodor ekonomi.

Pinjaman daripada badan dunia yang tidak pedulikan bantuan kepada rakyat miskin dan mementingkan pasaran bebas sesungguhnya tidak sesuai untuk negara kita. Selagi kita mampu mengelak meminjam daripada IMF dan Bank dunia, kita harus usahakannya.

Perkataan IMF dan Bank Dunia memang tidak enak didengari, seolah-olah kerajaan kita sudah jatuh papa. Cerita palsu yang disebarkan pihak tertentu elok dihentikan daripada menambah rasa susah hati kalangan rakyat.

Sebenarnya Malaysia mampu bangkit daripada kegawatan ekonomi dan politik ini tanpa campur tangan asing. Rakyat perlu yakin kepada pemimpin yang bertekad untuk memelihara kebajikan hidup semua pihak.

Fahamilah langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara sekarang. Selagi rakyat teguh bersama-sama dengan kerajaan, kita yakin akan dapat keluar daripada suasana krisis ekonomi ini.

Sementara itu, berilah masa untuk kerajaan menguruskan ekonomi negara tanpa dicampuri cerita-cerita palsu.