Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, January 30, 2009

Baby Yang Comel

hum.. biler aku tenung balik, comelnyer baby baru aku ni(usb modem plus). dan seawal pagi ni aku cube menggunakkan nya. alhamdulillah connection ok. Baby baru amu bewarna hitam. Warna kegemaranku. Dia ader provide 2 G microSD. tapi aku dah tukar guna untuk phohe. Warh.. macam-macam bleh masuk kat phone aku. OK lah objective hari ini nak siapkan semua assignment, report BASIC dan Proposal aku. so tal dapat nak tulis panjang-panjang lah nampak gayanya.

WELCOME MY NEW BABY

Salam,...

Semalam aku dapat baby baru.. alah si nick ingat dier jer ader family baru.. hehehehe... aku pun ader. pelengkap hidupku.. iaitu USB HO2 Blue Cube with 2G microSD. hehehehe.. mahal giler siot.. melayang aku nyer RM567.. takper.. at least aku menggunakan alat ini untuk kepentingan pelajaran ku. mudah-mudahan ia boleh membantu aku dalam melebarkan lagi pembacaan aku.

Skang aku kat KL Sentral tengah tunggu member aku. Aler mak aihh.. first time baby aku expose dier wat hal pulak. yerlah aku guna internet security memang macm2 hal lah dier kalu jumper orang baru. terpaksa aku call uncle alan. Nasib baik aku ni celik IT jugak cuma kadang-kadang rabun skit jer.. so berjaya jugak aku. hehehehehe.. k lah aku nak main tnet lagi ni. wat asgment.

Wednesday, January 28, 2009

Blog Semakin Menyeronokkan

Salam..

Alamak cuti midterm aku semakin habis.. Jumaat ni aku akan balik ke kedah.. menyambung campus life aku. Assignment yangdiberi in progress hhehehehehe entah biler nak siap. aku pulak dah semakin seronok berkongsi blog dengan kawan-kawan yang semakin menunjukkan minat terhadap blog.. Alhamdulillah akhirnya mereka diberi kesedaran tentang ilmu blog ini.

aper pun kepada kawan-kawan yang masih belum mula menjadi blogger, luangakn masa anda untuk menjadi seorang blogger walaupun diperingkat basic supaya kita tak ketinggalan dek zaman... ok.. ChaiYok!!

Sunday, January 25, 2009

Cuti Untuk Bercuti

Salam,

Hari ini merupakan hari ke-4 aku bercuti. Assingment yang melambak itu nampaknyer belum berusik lagi hehehehehehe... itulah namanya Cuti Untuk BErcuti. Hari kedua aku bercuti aku dah bertolak ke Tanjung Karang, umah Pak Long. Pada mulanya aku tak mahu ikut tetapi mak mendesak jugak. terpaksa laha kau pergi.

hari ketiga aku berada di teluk intan menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku dan selepas itu aku ke Padang Tembak melawat nenek saudara yang tidak sihat. Pada sebelah malam pulak aku dan family makan besar di Teluk Intan. Untuk journey kali ini, mak aku bawa bakal anakm tirinya. Hum dia pun terkejut dengan cara kitorang yang semamangnya kuat berjalan n bershopping... dan saudara mara aku yang suker bersembang kuat-kuat (orang banjar lah kate kan..) dan gelak kuat-kuat denagn happeningnya..

Masa kat Teluk Intan mak aku membeli belah untuk persiapan perkahwinannye.. mak aku tak mengagak, kahwin macam orang muda ma.. sekor lembu tumbang. kitorang mencari baju untuk family yang sedondon. mak mengikut pilihan baju yang aku buat. hehehehehe...

k lah aku pun nak buat assignment yang banyak ni.. ehh luper nak kasi tau, skang aku ader kat lumut umah kak long.. nanti jap lagi nka jalan-jalan. mayb g mandi kat marina or teluk batik jer...

Last but not least, TO ALL CHINESE, HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!
GONG XI FA CHAI...

Thursday, January 22, 2009

Happy Holiday

Salam,

ketika aku menulis entri ini sebenarnya aku baru sahaja samapai di KL Sentral. HUm midterm break seminggu.. huhuhuhuhu.. perjalanan aku kali ni menaiki keretapi yang cukup lama itu bersama kak nurul. macam biasa lah 12 jam dalam keretapi.

walau bagaimanapun perjalanan kali ni agak menarik jugak. tak sangka aku dapat jumpa junior aku. Husna. dia on the way gi taiping. jadi aku pun belanja dier makan BM Double Cheese Burger. aku ni memang pemurah. hehehehehe.. k la aper nak merepek pagi2 ni.

jap lagi aku nak mandi2 and siap2. siang skit baru nak geran n g jalan-jalan KL beli barang. huhuhuhuhuhuuu.....

Tuesday, January 20, 2009

UiTM Hari Ini..

Salam,

hari ini macam cerita nak kusampaikan. daripada gembira dan berakhir dengan kesedihan. hari ini kelas IR cancel jadi aku ada free time untuk pulang kerumah dahulu. Pada waktu petang pulak aku pergi ke campus sekali lagi kerana ada kelas kokurikulum. aku pulak balik jam 7 petang. Tapi terpaksa tunggu sebentar sebab kak nurul n hilda nak tumpang. ape lagi balik pantak 3 nasib baik yang hilz tu sekeping ajer.. hehehehhe...

pada malam pulak aku rancang nak gi cc dengan ija. tapi hajat aku tak kesampaian sebab aku and the gang ader paln lain nak buat suprize parti kat umah kak linda. memang best..

tapi lepas tu aku pergi pulak ke cc depan. tetibe aku terkejut sebab ader kemalangan baru terjadi. aku pulak buat-buat berani pergi tengok rapat-rapat dan cuber membantu. tanyer punyer tanyer rupernya student uitm. DPA part 6. sorang ok lah jugak tapi yang selagi entahlah.. aku panjatkan doa agar umur dia dipanjangkan. bayangkan lah, motor kriss masuk bawah treller.. dasyat ar jugak. entah lah.. kiter tunggu perkembangan esok. oklah dah malam .. aku pun dah seram.. nak balik ni. ok.. tata.. selamat malam.. salam...

Saturday, January 17, 2009

Gathering at Taman Rekreasi TUPAH




Salam...

Hari ni kumpulan kami telah mengadakan gathering di samping sambutan bezday dua ahli kelab.. chup sebenarnya 4 orang tapi du lagi tak dapat datang. majlis itu telah dibuat di Taman Rekreasi Tupah yang cuma 5km dari taman perumahan kami.

antara menunya ialah .. spegeti, chizetta, kek blueberry dan air manggo. SO thanx to all frens yang terlibat secara lansung atau tak and lain kali kita g lagi yek.. yang penting "Tarik Duit Kat Tengah" eg..

Semangat BASIC's


SALAM ,

Semalam telah berlansung Pilihanraya Kampus bagi UiTM Kedah. Selain itu telah berlansung jugak AGM BASIC’s tapi malangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana ada kelas. Walau bagaimanapun aku telah dilantik menjadi one of MT kelab BASIC’s. Terima kasih bagi kawan-kawan yang menyokong aku. InsyaAllah sokongan anda semua akan aku bayar dengan memperjuangkan hak korang semua.

First thing first, aku nak cakap mengenai ketidakpuasan yang terbuku dihati aku. Sejujurnya, aku memang minat berpersatuan ini tapi yang aku kurang minat ialah apabila ada pihak yang cuba campur tangan dan juga menjadi pembuat keputusan bagi kelab tersebut… tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Namun dalam pemerhatian aku kelab ini seolah-olah tidak bergerak secara bebas oleh MT nya malahan ia adalah seperti kelab Kerbau DiCucuk Hidung. Maaf sekira kata-kata ini keterlaluan tetapi itulah suara hati ahli yang kudengar dan ini menjadi faktor kenapa kelab ini kian jauh dihati ahli kelabnya..

Seperti mana yang pernah aku cakapkan sebelum ini bahaya prosedur aku adalah sangat mudah iaitu “ I’m Not Working For U” “U are not Working For Me” “BUT..we are working together to achieve our objective”. Dan sepanjang pengalaman aku bergelar pemimpin dalam sesebuah kelab, aku lebih sukakan suasana yang keterbukaan antara MT dan ahli. Bagi aku, Kelab takkan hidup tanpa ahlinya yang komited dan sayangkan kelab.

Ya, jangan lah hidup dalam hipokrit, sedangkan ahli kelab sendiri sedang tersepit dan semakin menjauh. So, aku harap sangat to all members… tell all the BASIC’s club members, kita akan hidupkan “SEMANGAT BASIC’s”. Masih belum terlambat untuk kita membuat perubahan. Kita akan cuba perbaiki prestasi kita. Dengan harapan sentiasalah bekerjasama dan buat yang terbaik..

Anyway, segala maklum balas boleh dibuat ke www.suarabidadari.blogspot.com
ATAU
email kepada bidadarisz@yahoo.com
A
TAU
sms kepada 019-4132078.

Pandangan serta luahan hati anda amat saya perlukan untuk memperbaiki prestasi kelab kita.

Wednesday, January 14, 2009

Kehangatan Pilihanraya Kampus & BASIC

Salam,
ni kira laporan situasi lah ni. Hari ni pada jam 6 ptg telah diadakan pilihanraya bagi kelab BASIC's. Walaupun ringkas tapi boleh lah. keputusan akan diumumkan pada AGM esok. yang sedihnya aku tak dapat datang sebab ader kelas. Aku pun bertanding jugak untuk Kelab BASIC's.

Pada sesi malam pulang aku dan kawan-kawan bersemangat untuk menghadiri majlis manifesto untuk bakal MPP baru dimana kelab kami telah menghantar calon tunggal iaitu KUDIN.. so Vote For Kudin ok....

Tuesday, January 13, 2009

Pilihanraya Kampus UiTM Kedah

Salam

Hari ni kat UiTM Kedah sibuk perang poster. dah macam dekat KT pulak. Yelah pilihanraya JPP dah dekat. Aku teringat time mase aku dulu. Alhamdulillah aku berpengalaman membina JPP dahulu di PoliTek Perlis. Dan aku merupakan kumpulan perintis iaitu JPP penaja. aku juga telah menyandang NYDP selama 4 semester. Banyak penglaman kepimpinan yang aku pelajari.

berbeza di campus kedah ini. pada pemikiran aku pilihanraya kampus di UiTM seakan pilihanraya di Universiti dimana ada parti-parti pro dan kontra. tapi sebaliknya ia sama seperti sistem politeknik. malahan mungkin lebih baik. entahlah. aku pun tak tahu sangat kerana JPP di sini kurang aktif dan aku tak tahu bagai mana nak mengubahnya. siapalah aku ini. Mungkn aku boleh mengubahnya secara perlahan-lahan kerana aku kesian jugak dengan pengurusan kepimpinan pelajar di sini. Bukan tunjuk pandai tapi tak salah berkongsi pengalaman demi kebajikan semua pelajar.

yang nyata aku masih berpeganga kepada prinsip kepimpinanku iaitu "JPP dari pelajar kepada pelajar". JPP (MPP) bukanlah merangka aktiviti semata-mata tetapi memperjuangkan hak-hak serta kebajikan pelajar. Apa pun, diucapakan selamat mengundi kepada warga Campus UiTM Kedah iaitu pada 15-01-09 bertempat di Court Yard. Kepada para bakal JPP (MPP) yang bakal dipilih, jalankanlah tugas anda sebaik mungkin.

The key points here is :

"JPP : Daripada Pelajar Kepada Pelajar"
" JPP Tidak Bekerja Untuk Pelajar, Pelajar Tidak Bekerja Untuk JPP Tapi.. Kita bekerjasama untuk semua.."

Sunday, January 11, 2009

Di Mana Nak Cari Melayu

*

Dulu aku pernah keluarkan entri ni.. tapi bila ejuputera menulis entri terbarunya, aku terpanggil nak siarkan sajak ni sekali lagi. harap maklum, petikan in di ambil dari suatu sumber yang tidak pasti.. bukan rekaan saya. tp sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca..


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu

4 Hajjah Komtar...



Salam,

Tajuk entri kali ni nampak pelik kan??? saper pulak hajjah komtar?? ada ka?? sebenarnya nak cerita kat semua, weekends hari tu my fren n i g jalan2 penang. Saja ja nak melawat tempat2 sejarah.. nak dijadiikan cerita, kitorang semua tak tau jalan. so kitorang cadang cari tourist centre kat komtar tu..

keluar jer dari komtar, hampir 5 kali kitorang pusing tempat yang sama... kelakar betul... jalan dier meragukan n town ni croud sangat... macam-macam peal kitorang buat. nak pecah perut gelak dalam kete.

Akhirnyer ktorang sampai jugak di Bukit Bendera. alahai .. dekat jer sebenarnya.. jalan terus ajer. naik bukit bendera ,memang best untuk release tention. kitorang jugak ader jumper family jepun. Anak dier around 2 years old memng comel. yg specialnyer baby ni dier kerdil type.. macam param lah.. so kitorang amik kesempatan tangkap pic dier..

Lepas turn daripada bukit bendera kitorang semua dah lapar. so destinasi seterusnyer ialah Pdang Kota Lama... satu hal lagi nak mencari tempat ni... pusing punyer pusing.. akhirnyer jumpe jugak... disebabkan hari masih awal.. kitorang ubah plan untuk cari masjid dulu.. pusing lagi.... jumper jugak.. pas magrib.. siap2.. then main pusing2 lagi sampai jumper pdg kota lagi.. memang jalan2 cari jalan.. takl tau berapa kali tawaf town ntah..

then,... masa yang dinantikan ....Makan.. kitorng order pasembor, sate, n chikenchop.. yummy.. sampai tapau bawak balik ler.. otw balik kitorang naik feri.. memang bestlah.. kenangan terindah...

ok kawan2, jalan pun sudah.. kembali lah kiter ke campus...

Wednesday, January 7, 2009

Sejarah Mengajar Kita...

Salam,

Aku baru sahaja tamat kelas IR. Namun masih tak ader mood nak balikrumah. So, pergilah ke library. Discussion untuk kelas IR hari memberikan banyak input untuk aku. Lecturer yang mengajar pulak tidak penah menjemukan aku kerana dia boleh aku kategorikan sebagai the king of philisopher. brilliant.

antaranya dia mengingatkan aku kepada kepentingan sejarah. rasanya dalam entri yang lepas aku ada bercakap mengenai kita dan sejarah. ya, tanpa sejarah dimana lah kita. sedangkan kemajuan Jepun pada hari ini adalah kerana kejayaan mereka belajar daripada kesilapan silam. namun, dalam kealphaan rakyat malaysia terutamanya warga sebangsa dengan ku adakah mereka melihat dan mengkaji semual sejarah kita?

Lihat sahaja detik 27 disember 2008 yang menyaksikan tentang pertumpahan darah mereka yang tidak berdosa kerana kerakusan jentera zionis di genting gaza. bersyukurlah kita berada di bumi malaysia ini. namun pernahkan kita rasa bertuah?? Malahan kita mempermainkan pula serta mengambil sikap sambil lewa dengan tuah yang kita ada. Sedarlah, kita sekadar negara kecik yang bila-bila masa sahaja boleh diserang oleh mereka.

Dalam, buku Obama : Islam dan Amerika yang aku beli ada mengatakan bahawa presiden Bush pernah membincangkan dan mencari sebab untuk mereka menyerang negara Islam. Mungkin kah kita kan terkecuali??

pikirlah sama-sama, jangan terlalu mengejarkan harta dan pangkat sehingga kita lupa bahawa bumi Malaysia ini bukan sekadar untuk 2020 sahaja. apa yang kita lakukan untuk anak dan masa depan generasi kita. Jangan sehingga generasi akan datang mempersalahkan kita...

Tuesday, January 6, 2009

BMD401 yang menyeronokkan

salam,

minggu ni merupakan minggi kedua kuliah. Nampaknya, bilangan classmate kami semakin bertambah kepada 16 orang. hum baru seronok. tapi ada jugak kekurangannya. mungkin masih belum serasi.

Nak cerita pasal BMD401- mandein language 1. subject ni memang menyeronokkan. aku suka sangat. berkobar-kobar. first class, laushi ajar mengira 0 (ling) sampai 10 (shi) tapi kerana semangat yang membara, aku pun berusaha untuk belajar sampai 100 (ye bai). untuk subject ni jugak aku dah beli 3 buku rujukan.

ok lah tak sabar aku nak tunggu hari esok sebab esok ader kelas BMD401.

Friday, January 2, 2009

First Day Outing in Sem 3

Salam, semalam ialah firstday outing aku. sedih betul, disebabkan nak bayar duit umah berjumlah rm480 itulah, aku terpaksa menghadapi satu tragedi yang menyakitkan hati. aku nak draw kat atm maybank guna kad bank islam. lama ku tunggu. tetibe, resit kuar n bercatit .. witdraw rm 500. tehn kad plak kuar... tapi.. aik duitnyer tak kuar. aku dah menggelabah. nak tak nak aku call bank, dier ckap gi repot kat Bank Islam.. jadi aku pun outinglah semalam.

semalam bezday ammar, tapi aku pinjam kereta dier and kuar dengan kawan-kawan gul ajer. selain menyelesaikan masalah bank itu, kitorang sempat g shopping. aku beli peti ais baru and rak untuk untuk umah aku. seronoknyer umah dah ader peti. semester ni rezeki aku lebih skit, so dapat lah membeli barang keperluan skit

untuk lunch, nat belanja kat ikan bakar. best jugak makan kat citu. mayb dier nazar sebab dapat dl kot. petang baru balik. tapi untuk ammar kitorang tak lupa. aku beli kek tiramisu, and skit kuih. kitorang celebrate kat kedai cik shahidan.\

begitulah ceritanya permulaan semester aku...