Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, March 13, 2009

Berhati Hati bila Menulis..

Penulisan merupakan satu niat yang sahih lahir dari hati kita dan kite terjemahkan die menjadikan perkataan. Jadi apa sahaja yang kita tulis adalah dengan niat. aku nak kongsi dengan korang semua supaya lebih berhati-hati bila menulis hendaknya bila korang menulis entri atau komen yang melibatkan isu-isu sensetif. Buktinya, korang bacelah laporan akhbar utusan online ni...

ARKIB : 13/03/2009
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
13/03/2009 12:08pm

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan

Dan beberapa kes lagi yang korang bleh baca berkaitan dengan isu ini di akhbar utusan. So moral of the story, ingatlah "BAHASA JIWA BANGSA", korang jangan keterlaluan mengata orang sedangkan diri korang belum mencapai tahap yang terlalu baik.

Wednesday, March 11, 2009

Dugaan Seorang Ketua Projek

Hum.. tajuk dengar pun dah ketaq lutut.. dan buat semua tertanya-tanya.. ape ke hal lah minah ni kan.. oklah nak dijadikan cerita, sebenarnya aku suka dapat mendokong tugas dan buat kerja-kerja amal ni. Tinggal lagi yang aku tak suke ialah bila terlalu banyak birokrasi.

Baru-baru ni aku mengalami masalah dengan proposal Social Marketing apabila ia dijadikan bola ping-pong (.. aiks.. macam diplomasi pingpong plak..)ditolak ke sana sini untuk menentukan tabung yang perlu digunakan hanya kerana tajuk kempen yang dibuat itu lebih kepada sukan dan rekreasi yang membuatkan ia tidak relevan untuk dimasukkan dibawah tabung fakulti. Walau bagaimanapun penjelasan aku tegas yang mana aku mahu mempromosikan aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Muda (suci aper niat aku ni.. huhuhuhu).

Sebenarnya ilham kempen rakan muda ni aku dapat bila aku tahu yang

Sunday, March 8, 2009

Kenyataan Ini Perlu Diterima...

Hari ini aku nak ajak korang melihat kenyataan yang perlu kita terima sebagai rakyat malaysia...renungkan bersama-sama.. Petikan Bernama..


70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia
08/03/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan meningkat kepada hampir 500,000 orang, termasuk 2,000 wanita.


bacaan lanjut di


KOMEN DARI AKU..

1. Sedangkan kita rakyat Malaysia pun terpaksa diberhenti.. mereka nak masuk.. tapi bukan salah mereka.. permintaan mereka tinggi kerana anak muda kita tidak mampu bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan seperti mereka.. jadi apa kita perlu lakukan??

2. Kemasukan mereka membawa pelbagai jenis penyakit dan juga meningkatkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara kita.. Apa tindakan pihak berkuasa??

3. Semakin ramailah si dara melayu kita yang kawin dan lari ke bangladesh.. huhuhu ni pun isu berat gak ni.. apa kata dr. yen yen????

4. Ntahlah korang fikirlah sendiri.. bagi anak Malaysia, terutamnya pemegang diploma dan ijazah.. mereka sememangnya tak mahu dan terlebih layak untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan.. tapi jika mereka pandai mereka akan create benda baru yang bleh menggantikan man power supaya kadar kemasukan pekerja asing dikurangkan..

jiwang karat tahap maharaja....

hahahaha.. tajuk entri dia pun dah mampu menggugat jiwa kan.. sebenarnya aku balik umah sewa awal.. so aku tak tau nak buat per.. nak dijadikan cerita.. ku buka laptopku dan ku open window words dengan nawaitu... aku dapat siapkan text speaking aku yang mana aku telah pilih tajuk.. the secret of mona lisa.. aleh-aleh angpa tau aper yang aku karang.. ni nak tunjuk kat angpa ni.. betul-betul bearing lari lah aku ni.. apa nak jadik pun tak tau... angpa baca lah.. pastu komen erg...




Engkau bukan yang pertama kutemu…
Namun ku ingin kau menjadi yang terakhir dalam hidupku…
Setiap detik bersamamu ku tunggu…
Hati ku kini hanya milikmu………

Walau engkau jauh beza dariku..
Namun kita masih punya persamaan sayang…
Berdetik hatiku saat terpandang lirik matamu..
Senyuman yang terukir meruntum jiwaku….

Di kala ku dahaga kasihmu…
Kau hadir membawa sinar bahagia buatku..
Terpesona oleh belaian darimu..
Tak ingin ku terpisah jauh darimu….

Sayang… bukan untuk sesaat cintaku ini..
Kasih .. bukan untuk seketika Cuma…
Keihklasan dirimu dan kejujuran diriku
Mengikat kita ke alam bahagia…..

Friday, March 6, 2009

Sultan Selangor Murka

petikan daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.


So.. Komen dari aku..


aku turut terasa sedih dengan situasi politik malaysia skang ni. Entahlah.. sampai bile kemuelut yang melanda ini akan selesai terutamanya di perak. aku pun turut terfikir agenda siapakan ini yang agak seronok melihat segala kemelut yang melanda. bagiku ini sebuah agenda bukan secara kebetulan.. hum.. korang nak cakap aper lak?? luahkan hati muda korang tu.. kita berhak kerana pentadbiran hari ini mencerminkan pemerintahan akan datang.. saper yang akan datang itu kalau bukan kiter...

Thursday, March 5, 2009

Mencari Arah Kiblat...

Hari ni agak memboringkan sebab anak buah aku duk umah pengasuh dier n akak aku kerja. so aku pun ape algi togk tv.. cerekapilihan sempena Maulidur rasul.. tajuk cerita hari ni Mencari Arah Kiblat.. lakonan seorang pemuda cina(hensem gak macm aqashah) n heroin dier Eja. Cerita tu memang best dan menginsafkan kanlah. aku tak beraper tahu sangat nak ulas cerita dier macam maner tapi.. memang best dan menjadi tauladan. aku harap cerita ni dapat ditayang lagi dihari lain.. biar semua orang mendapat tauladannya...

Wednesday, March 4, 2009

Aduh aKu TerTidur..

hahahaha.. hari ini aku letih sangat. Pagi aku kuliah kul 8. Walau pun ujan aku redah jugak. pakai rain coat.. yelah skang ni ujan jer. risua aku. nasib baik aku samapi dalam kul 8.10 am tak lah lambat sangat.

pas kelas aku gi pusing town SP cari tiket dan servey barang kawin. then aku g beli lah Radix FC. Alamak memang tak sedap ler. hehehe no komen. Hum pastu aku ader kelas kul 2ptg sampai 4ptg. Memang kelas petang amat mengantuk bagi aku.

balik dari kelas aku pun sembang2 ngan kak nurul dan akhirnya aku naik ke tempat aku beradu. Sebelum tu aku tengok ler cerita mengarut dalam tv3 tu.. cerita baru.. ganti anak betong. ala cerita Jula-Juli bintang berapa pun aku luper.. ke tak ader bintang ntah..

then akhirnya... aku pun terlelap dengan bermimpikan cerita yang mengarut tu.. hahahaha bila aku sedar akak aku call. Alamak dah pukul 7 rupenyer... Aeiseymen.. aku terlepas meeting Basic ler.. itulah masalahnyer kalau dah tidur petang gerenti tak leh kawal punyer lah.. huhuhuhuhuuhu so..aku nak mintak maaf banyak2 pada MT yang lain bak kater dek natrah dalam arab.."ana, asiff ya MT Basic"

Tuesday, March 3, 2009

kelas rekreasi




Aku nak cerita pasal kelas rekreasi minggu lepas. Memang aku dah ada niat nak ponteng kelas tersebut sebab nak study untuk test. dan apabila nik msg dan ckap kelas tak ader aku pun punyer lah happy tahap gaban.. nak dijadikan cerita hari ni aku ada kelas rekreasi. terkejut aku, ruper2nyer kelas minggu lepas ader seperti biaser. aku pulak memang terpana sekejap. Lepas habis kelas aku jalan balik dengan nik. Nik puh hairan siapa yang msg dier and cakap kelas tak ader, bila bukak balik msg tu, msg tu berbunyi "SALAM. CLASS RECREASI ADA X HARI NI" ler rupernyan yang masuk dalam kepala nik yang tengah peningakibat demam tu ialah "salam. class rekresi x ada hari ni".. huhuhuhuhuuu dah dapat cuti percuma.

ok lah.. well hari ni aku belajar ikatan... korang nak tgok hasil kerja aku?? huhuhuhu bleh ler skit2.. terkenang zaman rebina dulu.. huhuhuhu

Monday, March 2, 2009

PIC BULAN INI...


PIC BEBUDAK KELAS AKU....




NI PIC BEBUDAK BAS PART 3 SEM NI.. DAH LAMA NAK MASUK TAPI TAK BERJAYA...

Sunday, March 1, 2009

Maklumat Traffic UiTM Kedah..

Ni nak maklum kepada semua pelajar UiTM Kedah erg... Peraturan baru Traffic telah dikeluarkan dan berkuatkuasa 01 mac 2009.. semalam.

nak kongsi ceriter sedih erg.. aku adalah antara orang yang dah kena compound sebab tak dapat info terbaru ini.. jadi hebah kan erg.. sebab bermula saat dan detik ini aktiviti saman menyaman akan berlansung tanpa nego-nego. So saper tak nak ikut nasihat kenalah gi unit keselamatan dan kewangan, bayar saman dan mintaklah kenderaan yang disita itu dilepaskan..

antara yang dah kena sita ialah redmanje aku.. CAV 8284.. lokasi .. Parking UK dekat depan mahsuri.. kawasan tak leh park dah erg.. nak park kat dataran ilmu, food court and kolej malinja jer tau (bagi kereta).. untuk motor kat tempat park motor.. saper main double park pun kena lock jugak erg..

so harap maklum..

Menghitung hari...

Hari demi hari silih berganti.. terasa semeter ini amat singkat.. ya kita saling berkejar dengan masa. Namun dalam kesibukan itu kita masih sempa tersenyum dah bergurau senda sedangkan kita tahu ada yang masih belum diselesaikan.

hari demi hari,
terasa semester ini bagai baru bermula. rupanya kita sudah hampir ke penghujungnya. hanya tinggal satu bulan lebih sahaja menuju ke final. Aduh kita mula resah.. Hari-hari melihat kalendar. Listkan segala kerja yang masih belum selesai.

hari demi hari,
Hari yang ku tunggu semakin hampir. Duit belanja perkahwinan telah diberi. Mesyuarat blog akan menyusul 8hb Mac ini. Majlis pernikahannya tinggal 20 hari lagi. aku semakin gementar.. hum.hum..hum.. jangan salah faham, bukan aku kawin erg.. mak aku.. hahahah..

dah lah..semakin aku menghitung hari-hari yang bakal aku lalui..seben arnya kau tak ke mana selagi aku terus menghitung dan berdiam diri.. baik selesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan.