Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Saturday, January 17, 2009

Semangat BASIC's


SALAM ,

Semalam telah berlansung Pilihanraya Kampus bagi UiTM Kedah. Selain itu telah berlansung jugak AGM BASIC’s tapi malangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana ada kelas. Walau bagaimanapun aku telah dilantik menjadi one of MT kelab BASIC’s. Terima kasih bagi kawan-kawan yang menyokong aku. InsyaAllah sokongan anda semua akan aku bayar dengan memperjuangkan hak korang semua.

First thing first, aku nak cakap mengenai ketidakpuasan yang terbuku dihati aku. Sejujurnya, aku memang minat berpersatuan ini tapi yang aku kurang minat ialah apabila ada pihak yang cuba campur tangan dan juga menjadi pembuat keputusan bagi kelab tersebut… tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Namun dalam pemerhatian aku kelab ini seolah-olah tidak bergerak secara bebas oleh MT nya malahan ia adalah seperti kelab Kerbau DiCucuk Hidung. Maaf sekira kata-kata ini keterlaluan tetapi itulah suara hati ahli yang kudengar dan ini menjadi faktor kenapa kelab ini kian jauh dihati ahli kelabnya..

Seperti mana yang pernah aku cakapkan sebelum ini bahaya prosedur aku adalah sangat mudah iaitu “ I’m Not Working For U” “U are not Working For Me” “BUT..we are working together to achieve our objective”. Dan sepanjang pengalaman aku bergelar pemimpin dalam sesebuah kelab, aku lebih sukakan suasana yang keterbukaan antara MT dan ahli. Bagi aku, Kelab takkan hidup tanpa ahlinya yang komited dan sayangkan kelab.

Ya, jangan lah hidup dalam hipokrit, sedangkan ahli kelab sendiri sedang tersepit dan semakin menjauh. So, aku harap sangat to all members… tell all the BASIC’s club members, kita akan hidupkan “SEMANGAT BASIC’s”. Masih belum terlambat untuk kita membuat perubahan. Kita akan cuba perbaiki prestasi kita. Dengan harapan sentiasalah bekerjasama dan buat yang terbaik..

Anyway, segala maklum balas boleh dibuat ke www.suarabidadari.blogspot.com
ATAU
email kepada bidadarisz@yahoo.com
A
TAU
sms kepada 019-4132078.

Pandangan serta luahan hati anda amat saya perlukan untuk memperbaiki prestasi kelab kita.

7 comments:

Anonymous said...

INSYAALLAH..
kadang-kadang kita perlu berubah bagi memastikan kesinambungan BASIcs..
kembali kepada matlamat asal penubuhan kelab untuk kepentingan dan menjaga ahli..

nukesavvy said...

Sokongan yang padu daripada semua ahli BASICs juga amatlah penting dan sangat dihargai.
Berilah segala pandangan, kritikan atau komen yang membina kepada kelab ini.
Tanpa sokongan daripada anda semua, BASICs tidak boleh bergerak kerana ahli kelab ini bukanlah ramai sangat. Jika semua ahli memboikot sebarang aktiviti, BASICs akan terkubur.
Satu lagi, kami juga mengharapkan lebih ramai ahli yang berani tampil ke hadapan untuk menyuarakan sebarang pendapat atau komen demi kemajuan kelab dan kebajikan ahli juga....

Anonymous said...

kalau segala komen dan pendapat kami hanya disimpan dalam fail atau yang lebih teruk terus di buang dalam tong smapah tak bemakna juga.

dalam fasa perpaduan,pencapaian kelab dan anugerah seharusnya di bekukan dulu.cukuplah dulu dengan anugerah yang diterima.kita dah berada ditempat yang tersendiri sebagai kelab yang aktif.tak akan hilang bisa ular jika menyusur akar.

carilah jalan penyelesaian dan punca kenapa ahli kelab semakin jauh dan boikot aktiviti.mencegah lebih baik dari megubati.

Anonymous said...

komen dan pandangan mmg penting dlm memastikan kelab sntiasa bergerak maju, tp yg menjadi masalah apabila pihak yg berada di atas itu yg sentiasa menjadi penyebab knp kes2 boikot ini terjadi..

xheran bila byk anugerah yg diperolehi utk mgambarkan kelab ini aktif krn stiap kali hndak mngadakan aktiviti mst ader proses ugut mngugut di kluarkan oleh pihak atasan..(xhadir, kn denda dgn bayaran tertentu, potong mrkah exm lah...nsb baik xkn dismiss je!)

kelab basics kelab terkaya, tp setiap kali hndak melakukan aktiviti, byk modal yg student kn kluarkan dan student kn dahulukan..pengarah projek nk lakukan ape2 kerja pun terpaksa dahulukan duit sdiri..bl nk claim, xdpt spt yg dipinta..akhirnya duit itu sentiasa terperap dan akan sentiasa bertambah, apabila denda berupa duit dikenakan untuk student bila xhadir ke xtvt yg dijalankan, malah xpakai baju basics jg kn bayar!!!

student pasti akan terbuka hati untuk hadir sebarang xtvt dgn rela hati dan xakan ada sebarang "bisik2" dibelakang yg mgkin akan menjadi doa, jika tiada sebarang paksaan dan ugutan krn student jg mmpu untuk berfikir yg mana baik dan yg mana buruk!!

(sekadar meluah perasaan)

Anonymous said...

Yang korang kata duit basics banyak tuh kita kena kaji dulu....
Sebenarnye yang budak-budak kata basics ada duit sampai 50000 ringgit tuh macam ini ceritanya. Kita tiap-tiap semester kan kena bayar dalam 400 lebih utk yuran. Sebenarnya 100 ringgit daripada itu akan ditolak untuk tabung UiTM dan duit itulah yg jadi 50000 tuh.... tapi mslhnya duit itu bukan dalam kawalan Basics atau FSPPP tapi adalah dalam kwln UiTM...jadik nak buat macamana?
Lagi satu, jgnlah anggap yg Basics suruh korg pakai baju Basics sebgai satu ugutan, tetapi suatu suruhan. Kalau Basic tak kenakan denda, korang semua dgn rela hati nak pakai ka? Aku ingat exco2 sendiri pun tak akan pakai.
And korg kata kata kalau "org atasan" tak paksa/ugut, budak2 akan datang dengan rela hati....aku bukan nak nak memperlekehkan korg tapi betul ke? Kalau ikut logik, kalau tak suruh datang, saper yang relah hati n baik hati sangat nak datang, tambah-tambah bebudak NR? kalau aktiviti mula pukul 8 hari sabtu, dalam-dalam duk kena 'paksa' pun masih ramai yg lmbt dan ramai yang tak datang.....
Satu lagi korg jgn ler berkira sgt pasl nak keluarkan duit yang tak seberapa untuk kelab kita...Takkan aktiviti nak kena 5 hinggit pun dah nak bising tapi boleh beli top-up 5 ringgit hari-hari? Kelab kita sebenarnya bukannya disponsor oleh UiTM secara langsung (kelab tidak diberi wang gaji atau elaun oleh UiTM). Jadi kalau nak buat akitiviti mmglah kita trpksa guna duit sendiri.
Cuba korg tanya kwn2 korg kat U lain selain UiTM? Dahlah yurn pengajian smpai beribu2 ringgit dan kos hidup tinggi tmbh lg kat area KL n klang...kat kedah dah kira sgt murah....bersyukurlah...

Anonymous said...

Betul ke BASIC /pihak atasan "mengugut" korg....
Rasanya itu suatu perkataan yg sgt keras dan tidak sesuai...

Ini hanya kerana:
"It is necessary to be cruel in order to be kind"....

Fikir-fikirkanlah...

miss comel said...

wah nampaknya bicara semangat BASIC ni semakin hangat lah.. takper nanti saya akan ulas..