Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, January 7, 2009

Sejarah Mengajar Kita...

Salam,

Aku baru sahaja tamat kelas IR. Namun masih tak ader mood nak balikrumah. So, pergilah ke library. Discussion untuk kelas IR hari memberikan banyak input untuk aku. Lecturer yang mengajar pulak tidak penah menjemukan aku kerana dia boleh aku kategorikan sebagai the king of philisopher. brilliant.

antaranya dia mengingatkan aku kepada kepentingan sejarah. rasanya dalam entri yang lepas aku ada bercakap mengenai kita dan sejarah. ya, tanpa sejarah dimana lah kita. sedangkan kemajuan Jepun pada hari ini adalah kerana kejayaan mereka belajar daripada kesilapan silam. namun, dalam kealphaan rakyat malaysia terutamanya warga sebangsa dengan ku adakah mereka melihat dan mengkaji semual sejarah kita?

Lihat sahaja detik 27 disember 2008 yang menyaksikan tentang pertumpahan darah mereka yang tidak berdosa kerana kerakusan jentera zionis di genting gaza. bersyukurlah kita berada di bumi malaysia ini. namun pernahkan kita rasa bertuah?? Malahan kita mempermainkan pula serta mengambil sikap sambil lewa dengan tuah yang kita ada. Sedarlah, kita sekadar negara kecik yang bila-bila masa sahaja boleh diserang oleh mereka.

Dalam, buku Obama : Islam dan Amerika yang aku beli ada mengatakan bahawa presiden Bush pernah membincangkan dan mencari sebab untuk mereka menyerang negara Islam. Mungkin kah kita kan terkecuali??

pikirlah sama-sama, jangan terlalu mengejarkan harta dan pangkat sehingga kita lupa bahawa bumi Malaysia ini bukan sekadar untuk 2020 sahaja. apa yang kita lakukan untuk anak dan masa depan generasi kita. Jangan sehingga generasi akan datang mempersalahkan kita...

1 comment:

DeaN said...

trimas..
i juz wrote wat i thought i should..
tol x ayat ni?
kalo salah wat malu jer...
huhuhuhu