Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Sunday, January 11, 2009

Di Mana Nak Cari Melayu

*

Dulu aku pernah keluarkan entri ni.. tapi bila ejuputera menulis entri terbarunya, aku terpanggil nak siarkan sajak ni sekali lagi. harap maklum, petikan in di ambil dari suatu sumber yang tidak pasti.. bukan rekaan saya. tp sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca..


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu

3 comments:

DeaN said...

setuju sgt dengan miss comel kiter nih..
kalo sebut jer pasal melayu sumer yang tersebut, tercatit, tersurat ada dalam sajak di atas..
kalo yang bek2 lak, melayu mesti nk yang "TER" jer..

nik ah said...

jika melayu itu gagal kerana tutur lidahnya,
jika melayu itu gagal kerana cara pemikirannya,
tetapi melayu tetap menyentuh jiwa kita,
kerana sesungguhnya kita masih belum memiliki 'kemelayuan' yang sejati

nukesavvy said...

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

Melayu bukan bangsa yang lemah!!! Sekalipun kita pernah dijajah, namun itu hanyalah sejarah...maka sekarang kita mara ke hadapan dan tinggalkan segala kejahatan. Kunci kekuatan kita adalah perpaduan dan penghayatan agama. Bila suatu bangsa tinggalkan tuntutan agama maka jatuhlah bangsa itu.
Janganlah kita menuding jari ke atas orang lain jika timbul sesuatu masalah tapi cerminlah diri sendiri.
Satu lagi, ingat pesan ini "tutuplah keaiban saudara kita kerana Allah akan menutup keaiban kita". Jadi janganlah begitu mudah menceritakan keburukan bangsa terhadap orang lain. Nasihatilah dengan cara terbaik kerana maruah bangsa tiada nilainya.....