Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, January 13, 2009

Pilihanraya Kampus UiTM Kedah

Salam

Hari ni kat UiTM Kedah sibuk perang poster. dah macam dekat KT pulak. Yelah pilihanraya JPP dah dekat. Aku teringat time mase aku dulu. Alhamdulillah aku berpengalaman membina JPP dahulu di PoliTek Perlis. Dan aku merupakan kumpulan perintis iaitu JPP penaja. aku juga telah menyandang NYDP selama 4 semester. Banyak penglaman kepimpinan yang aku pelajari.

berbeza di campus kedah ini. pada pemikiran aku pilihanraya kampus di UiTM seakan pilihanraya di Universiti dimana ada parti-parti pro dan kontra. tapi sebaliknya ia sama seperti sistem politeknik. malahan mungkin lebih baik. entahlah. aku pun tak tahu sangat kerana JPP di sini kurang aktif dan aku tak tahu bagai mana nak mengubahnya. siapalah aku ini. Mungkn aku boleh mengubahnya secara perlahan-lahan kerana aku kesian jugak dengan pengurusan kepimpinan pelajar di sini. Bukan tunjuk pandai tapi tak salah berkongsi pengalaman demi kebajikan semua pelajar.

yang nyata aku masih berpeganga kepada prinsip kepimpinanku iaitu "JPP dari pelajar kepada pelajar". JPP (MPP) bukanlah merangka aktiviti semata-mata tetapi memperjuangkan hak-hak serta kebajikan pelajar. Apa pun, diucapakan selamat mengundi kepada warga Campus UiTM Kedah iaitu pada 15-01-09 bertempat di Court Yard. Kepada para bakal JPP (MPP) yang bakal dipilih, jalankanlah tugas anda sebaik mungkin.

The key points here is :

"JPP : Daripada Pelajar Kepada Pelajar"
" JPP Tidak Bekerja Untuk Pelajar, Pelajar Tidak Bekerja Untuk JPP Tapi.. Kita bekerjasama untuk semua.."

2 comments:

DeaN said...

btol..
coz saya pon dr kampus lain sebelum nih..
dan saya dpt rasakan perbezaan yang ketara kat sini..bukan nk perlekehkan mpp kt sini,tp serius,saya sendiri xkenal saper mpp,n aper yang dorg wat untuk kite sbgai non-resident..
nothing..
harap2 mpp baru yg bakal terpilih,jgn khianati amanah yng di berikan,kelak akan dihitung di akhirat..
that the price that u should pay if u wanna be a leader..
do ur job nicely,sincerely,..

nukesavvy said...

Menjadi wakil (pemimpin) kepada orang lain bukan suatu perkara yang mudah. Menjadi pemimpin merupakan suatu amanah yang sangat besar, dan akan ditanya oleh Allah pada waktu penghakiman di Mahkamah Agung Masyar kelak.
Saya harap para pelajar yang bakal menjadi pemimpin pelajar mempunyai niat yang baik. Bukan apa saya telah lihat dari kacamata saya sendiri ada sesetengah MPP (tidak semestinya UiTM, universiti lain juga) menggunakan populariti sebagai wakil pelajar untuk kepentingan diri sahaja. Ada yang menggunakan populariti untuk memikat gadis-gadis manis untuk dijadikan teman. Bukanlah salah kerana itu hak peribadi, tetapi saya hendak tanya, adakah sebab itu kami mengundi untuk anda? Itu suatu contoh yang biasa. Ada juga ahli MPP yang asyik dan obses dengan segala kerenah aktiviti dalaman mereka sahaja. Rancang pelbagai aktiviti dan sebagainya, itu tak jadi masalah tetapi adakah itu sudah mencukupi?
Bagaimana dengan suara kita sebagai pelajar? Adakah kita hanya suatu mesin yang hanya menerima bulat-bulat sesuatu informasi tanpa suatu wadah untuk melahirkan suatu manifestasi untuk pembaharuan sosial dan kebajikan pelajar?
Berapa kerat sangat MPP sebelum ini yang pernah membuat survey tentang masalah pelajar, duduk semeja berbincang tentang masalah kita? Memang ada, tetapi sayangnya ia tidak menyeluruh dan bersatu.
Bukanlah niat saya disini untuk memeperlekehkan barisan MPP terdahulu, malah saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah menjalankan tugas dengan baik.
Harapan kita semua agar barisan MPP yang akan ditentukan oleh kuasa undi kita pada Khamis ini akan lebih progresif dan peka dengan permasalahan pelajar....