Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, March 13, 2009

Berhati Hati bila Menulis..

Penulisan merupakan satu niat yang sahih lahir dari hati kita dan kite terjemahkan die menjadikan perkataan. Jadi apa sahaja yang kita tulis adalah dengan niat. aku nak kongsi dengan korang semua supaya lebih berhati-hati bila menulis hendaknya bila korang menulis entri atau komen yang melibatkan isu-isu sensetif. Buktinya, korang bacelah laporan akhbar utusan online ni...

ARKIB : 13/03/2009
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
13/03/2009 12:08pm

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan

Dan beberapa kes lagi yang korang bleh baca berkaitan dengan isu ini di akhbar utusan. So moral of the story, ingatlah "BAHASA JIWA BANGSA", korang jangan keterlaluan mengata orang sedangkan diri korang belum mencapai tahap yang terlalu baik.

No comments: