Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Sunday, March 8, 2009

Kenyataan Ini Perlu Diterima...

Hari ini aku nak ajak korang melihat kenyataan yang perlu kita terima sebagai rakyat malaysia...renungkan bersama-sama.. Petikan Bernama..


70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia
08/03/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan meningkat kepada hampir 500,000 orang, termasuk 2,000 wanita.


bacaan lanjut di


KOMEN DARI AKU..

1. Sedangkan kita rakyat Malaysia pun terpaksa diberhenti.. mereka nak masuk.. tapi bukan salah mereka.. permintaan mereka tinggi kerana anak muda kita tidak mampu bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan seperti mereka.. jadi apa kita perlu lakukan??

2. Kemasukan mereka membawa pelbagai jenis penyakit dan juga meningkatkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara kita.. Apa tindakan pihak berkuasa??

3. Semakin ramailah si dara melayu kita yang kawin dan lari ke bangladesh.. huhuhu ni pun isu berat gak ni.. apa kata dr. yen yen????

4. Ntahlah korang fikirlah sendiri.. bagi anak Malaysia, terutamnya pemegang diploma dan ijazah.. mereka sememangnya tak mahu dan terlebih layak untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan.. tapi jika mereka pandai mereka akan create benda baru yang bleh menggantikan man power supaya kadar kemasukan pekerja asing dikurangkan..

3 comments:

DeaN said...

tepuk dada tanya hati..

tepuk dahi,hai bilalah aku nak dapat keje..

goyang kaki,dok lepak lagi best dari keje..

tepok poket,xpa boleh mintak ngan bapak..

miss comel said...

mane leh mcm tu din.. lain lah kalau anak tokai balak.. aduh sapo nak bayar loan ni..

DeaN said...

aik..jpa pon nk kena bayor kew?
komen tuh untuk di pikir2..