Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, April 15, 2009

Tragedi Malam 10 April....

salam... skanag aku dalam minggu study week.. first paper aku akan bermula 24 april ni. sorry dah lama tak update sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan..

k korang nak tahu apa dah jadi kat aku ni.. meh aku kongsi cerita ni...

Jumaat 10/04/09

hari ni seawal pagi aku pergi hantar Nat dan ronda-ronda gi cari umah sewa untuk Jack.. then tengah hari balik.. lepas magrib aku gi Giant beli barang untuk esoknya sebab aku ader camping rekreasi kat Pantai Merdeka. Nak dijadikan cerita, on the way balik lebih kurang pukul 9.30 malam, ujan turun renyai2.. jalan yang aku lalu tu macam biasa lah.. gelap semacam jer.. tetibe lepas petronas Taman Intan.. semasa aku sedang memecut sebab nak samapi cepat dan secara tak sengaja (uikkss.. dah macam cerita antu)...

"Pooommpp.." bunyi letupan kuat dari motor aku.. kak nurul menjerit "Zaimah kenaper motor ni???" Alamak aku pun dah cuak... motor melelong nasib baik aku dapat kawal dengan baik (mujur aku ni bekas minah drift..hahahaha.. Adushh.. dah lah ujan semakin merih ni.. mototr aku pancit di tengah jalan gelap ni. Aku panik seketika. Aku call amar, dia gi jalan plak. Tak tau nak buat aper.. then ader satu pajero berhenti.. dia nak tolong. aku dengan bersyukur lah. tapi dari percakapan dier, macam bukan orang melayu tapi muka melayu. dia call orang amik motor aku. aku kasi kunci. then dia hantar balik. on the way balik aku bersembang dengan encik tu. Mr Lu namanya.. Cindian.. Sampai umah aku rasa sedikit lega. Tapi tetiba aku teringat, beraninya aku kaci motor aku kat orang yang aku tak kenal.pulak tu kau tak g tengok pun ke mana dier bawak motor aku. Tidor aku tak lena mengenangkan motor aku.


Inilah kesan hentakan pada soprtrim aku.. huhuhuhuhuhu

Esoknya aku pergi camping dalam keadaan paksa rela. dalam hati tuhan jer tahu aku dok piukir pasal motor. aku janji ngan Mr. Lu nak amik petang. kengkawan aku yang g tgok tapi memang memeranjatkan keadaan motor aku.. tak sangka betul... Tayar pancit satu hal, Sportrim aku crack... huhuhuu memang tak guna betul... Lopak yang aku langgar tu memang dalam... sampai crack akunnyer sportrim.. melayang rm2xx... huhuhuhuhuhu dapatlah aku pakai sportrim baru..

Aku dan khemah yang aku buat dalam praktikal perkhemahan


Adik-adik junior yang membuat aku tak kering gusi


Aler.. Si Nick ngan Kayak dier.. uuikss.. jangan tengelam tengah pantai dah.. pueh nak gi selamatkan..dahlah bawak anak dara orang hehehhee...


itulah alkisahnya aku dan cuti study week aku.. hehehehehehe,, Thanx Mr.Lu.. lu memang baik lah bro... and thanx kengkawan... (syokkan dapat makan malam samer2.. boss belanja)...

No comments: