Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, September 12, 2008

KELIRU??? Sejarah Mungkin Berulang....


Salam, semalam merupakan hari yang paling meletihkan dalam hidup saya. Tamat sajer pertandingan kuiz yang kami kelolakan, saya pulang kerumah tetapi pada pukul 2.30 ada kelas ganti ADS509-Premiership. Kami telah menamatkan chapter tun Hussien dan masuk sedikit intro kepada chapter Tun Chedet. Topic paling menarik dalam subjek ini.

Apa pun dalam kelas, lec asyik menekankan tentang "Sejarah Mungkin Berulang" dan beliau banyak berpesan kepada kami agar jadilah pemimpin yang baik kerana masa depan anka bangsa seterussnya terletak ditangan kami. Balik saja dari kelas, selepas berbuka dan solat, saya menonton TV3- berita. Opening dengan kes Raja Petra dan komen daripada Pak Lah. Melihat wajahnya sahaja terpampang jelas keletihan dan pelbagai perasaan yang ditanggungnya. Hati ini berat mengatakan, amat tertekannya menjadi "PAK LAH". Di mana agaknya kunci penyelesaian kepada semua konflik ini.

Jika dahulu, Tun Hussien terpaksa menanggung pelbagai krisis yang ditinggal di zaman pemerintahan Tun Razak, tapi yang jelas dan nyatanya, krisis yang wujud di zaman pemerintahan Pak Lah bukanlah lanjutan daripada Tun Che det, tapi kerana perubahan yang beliau lakukan. Entahlah sebagai anak mentah terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan. namun apa yang ditulis ini lahir dari hati saya.

Semakin hari semakin keliru jiwa anak muda dengan keadaan politik Malaysia sekarang. Dalam jiwa muda rata-ratanya malas mahu memikirkan masalah ini. Alasannya, "biarlah ayah-ayah, atok-atok yang fikirkan. kita jangan masuk campur hal orang tua. kita muda. masa ni lah nak enjoy buat apa nak semak-semak fikiran pikir pasal dunia Malaysia yang berserabut ni" Ouh jauh benar bezanya perjuangan anak muda sekarang dengan perjuangan anak muda lalu.

Saya terfikir, jika bukan anak muda yang fikirkannya, apakan jadi dengan kita di masa akan datang. kita hidup bukan sentiasa muda. malah makin hari semakin tua. Dan siapakah orang tua pada masa akan datang? bukankah mereka ialah orang muda pada masa ini? Ya, kitalah orang itu, jadi kita perlu sama-sama memikirkan masalah ini. Lupakah kita? Sejarah telah menunjukkan, kerana kesilapan pemimpin tua, maka tanah air kita dijajah dan dibelenggu masalah. Mengapa? kerana Anak muda hanya duduk sahaja. Dan kini kita menyalahkan pemimpin lepas. Tidak mustahil, pada masa akan datang, anak muda akan menyalahkan kita pula kerana Sejarah Mungkin Berulang.

Jadi, sama-samalah kita berfikir. Adakah kita hanya mahu terus dihanyut oleh dunia yang serba kekalutan? atau kita cuba mengatasi kekalutan untuk memiliki sebuah dunia yang aman....

1 comment:

Unknown said...

Jawab kat sini boleh?
Tentang aktiviti konvo memang susah kalau nak suruh Run By The Students. Awak sendiri pun tahu berapa ramai student yg realy commited on doing their jobs. It differ from U whereby activities being organized by students, lecturer jadi penaung/penasihat je. Baca blog awak pun saya rasa awak pun susah nak dapat komitment...kan?Tu bebudak U yg mostly excellent on academic, Budak poli? not most yg excellent.

Bab BAGET..Gov memang suruh kita berjimat-cermat. This sem badget tak tinggi. Bayaran pelajar pun atas perkara2 yang patut je seperti jubah,gambar,cenderahati dsbnya. Contract Out? Lagi la tinggi kos nya kalau nak appoint Event Management Company. Lagipun apa nak kisah, dalam organizing event2 ni..staff poli ni expecially Lecturer memang terror macam-macam.(dah terbukti bukannya nak riak). Jadi MC, Jadi arsher(betul ke ejaan ni), kawal trafik, JK gerai, temubual radio,design Banner mcm2. lagi

Bab Politik
Hati2 jugak kalau tulis kat blog kalau-kalau menyentuh sensitiviti kaum. Tak pasal2 nanti ex student PTSS kena tahan ISA(Gurau je ye...)
Komen sikit boleh no..