Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, July 16, 2008

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

MENGGAMIT MEMORI PERJUANGAN

Pengenalan

Perjuangan menentang penjajah dan keinginan membebaskan diri daripada cengkaman colonial telah berlaku seawal pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Penentangan-penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuangh yang bergerak secara bersendirian mengikut negeri dan berkepentingan masing-masing sehingga menyebabkan setiap kemaraanm mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Inggeris. Namun perubahan masa telah menyaksikan bahawa perjuangan menentang pihak penjajah beransur-ansur berkembang secara menyeluruh di seluruh Tanah Melayu ekoran wujudnya medium media seperti akhbar dan majalah. Akhirnya perjuangan yang bersifat setempat telah bergerak secara berkumpulan seterusnya melalui parti politik bagi membolehkan Negara yang telah lama ddijajah oleh pelbagai kuasa bebas bergerak sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

Era Kebangkitan ( 1831-1915)

Bagi perjuangan yang telah berlaku dalam abad ke 19 dan awal abad ke -20 (1831-1915), kebanyakan motif pemberontakan terhadap kuasa penjajah adalah campur tangan Inggeris dalam semua urusan negeri melalui pengenalan Sistem Residen. Sistem ini menyebabkan pembesar tempatan dan juga sultan telah hilang kuasa tradisi mereka. Antara tokoh-tokoh poejuang yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said di Naning, Dato’ Shahbandar dan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, Raja Mahadi di Selangor, DAto’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Pandak Induk/Lam, dan Seputum di Perak, Dato Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau di Pahang serta Tok Janggut di Kelantan.

Di Terengganu pula Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh Al-Aidrus telah bangun menentang Inggeris manakal di Sarawak pula ramai pejuang bangsa muncul mengikut suku kaum seperti Rentap (Dayak Laut), Sharif Masahor, Abdul Gapur, Banting (Iban) dan Asun (Dayak). Pejuang-pejuang ini memberontak untuk menjaga kepentingan dan memelihara kehidupan tradisi kaum masing-masing. Situasi yang sama berlaku di Sabah apabila muncul Mat Salleh (Bajau) dan Antanum (Murut) yang telah memberontak pada Februari 1915. Perjuangan tokoh-tokoh di peringkat ini belum bermatlamatkan kemerdekaan tetapi bersifat setempat dan berjuang untuk kepentingan peribadi masing-masing seperti hak kutipan cukai dan hak mempunyai hamba sehingga menyebabkan setiap perjuangan mereka berjaya dipatahkan oleh Inggeris.

Era Pra Kemerdekaan (1906-1938)

Dalam era seterusnya (1906-1938) wujud faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku penentangan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Penentangan-penentangan ini boleh dibahagi mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap keagamaan, tahap sosioekonomi dan tahap politik. Dalam era ini perjuangan mula dipelopori oleh golongan yang berpendidikan keagamaan, Inggeris dan juga Melayu (Institusi Perguruan Sultan Idris). Golongan berpendidikan ini menyebabkan perjuangan ini mula menunjukkan bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Golongan berpendidikan ini mula sedar bahawa pendudukan Inggeris di Tanah Melayu merugikan penduduk tempatan dengan segala macam campur tangan Inggeris termasuk dalam soal sosial, ekonomi dan politik. Antara tokoh-tokoh yang hebat berjuang ialah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi yang berjuang melalui Kaum Muda. Mereka menggunakan medium majalah dan akhbar seperti Al-Iman, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka dan juga menyalurkan krikitikan mereka kepada kerajaan Inggeris. Pejuang-pejuang ini memperjuangkan konsep Pan-Islakm iaitu membebaskan Islam daripada fahaman kuno. Bagi golongan yang berpendidikan Maktab Perguruan Sultan Idris dan golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris pula, mereka berjuang untuk memulihkan sosioekonomi orang Melayu. Antara tokoh yang terlibat ialah Mohamad Eunos Abdullah, Syed Alwi, S.M Zainal Abidin dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi. Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad pula memperjuangkan konsep ”Tanah Melayu untuk Orang Melayu”. Antara persatuan Melayu yang kuat berjuang ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1983. Akhbar Warta Malaya dan Majlis merupakan wadah mereka menyebarkan idea perjuangan.

Bersambung....

Dipetik daripada Jabatan Penerangan Malaysia

No comments: