Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Friday, July 18, 2008

HADIAH SEMPENA MALAYSIA 51



Apakah Hadiah buat Ulangtahun Malaysia ke -51?

Tarikh keramat itu akan kembali lagi. Setiap tahun, ia akan diraikan dengan gilang-gemilang. Percikan bunga api, perarakan kereta berhias serta perbarisan wakil-wakil kerajaan, badan beruniform serta NGO diiringin dengan pelbagai siulan mendayu yang kedenganran daripada kumpulan pancaragam. Suasana itu diperbaiki lebih baik dari tahun ke tahun. Ada sahaja gimik-gimik yang dilakukan bagi melambangkan keharmonian dan kepelbagaian budaya yang terdapat di MALAYSIA. 50 tahun sudah kita mendpat kemerdekaan itu dan sekali lagi, INSYA ALLAH usianya dipanjangkan pada tahun ini.

Imbas memori silam, teringat akan cerita ibu ketika zamannya dahulu. Ibu di lahirkan sebelum kemerdekaan. Katanya ”untung benar kamu ini bila dilahirkan, segalanya lengkap di depan mata. Pilih sahaja apa mahumu, segalanya akan dituruti. Tidak seperti kami dahulu. Arwah atuk dan opah bersusah payah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan ibu dan pakcik-pakcik mu. Makan pun ubi kayu sahaja. Sekarang, paling kurang, sebulan sekali anak muda mesti makan di restoran makan segera atuk kesayangan mereka (MR.COLONEL – KFC)”. Memang benar cakap ibu. Itulah antara hobi aku serta rakan-rakanku. Sambung ibu lagi, setiap kali perayaan sambutanan kemerdekaan tiba, seawal pagi atuk akan menggerakkan ibu serta pakcik-pakcik ku yang lain untuk di ajak memeriahkan hari tersebut yang disambut serata MALAYA. Dengan berpakaian segak, tidak lepas memegang bendera negara yang menjadi lambang kebanggan ketika itu, ibu bercerita lagi mereka paling suka melihat perbarisan oleh barisan unit beruniform. Pada ketika dalam setiap hati kanak-kanak MALAYA, pada masa akan datang pastinya mereka akan menjadi salah seorang daripada pahlawan negara itu. Pasukan beruniform menjadi suatu pekerjaan yang sangat dibanggakan ketika itu.

Tidak seperti rata-rata remaja pada hari ini, baru dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang mengambil masa selama 3 bulan itu pun pelbagai masalah yang ditimbulkan. Ketika warga Malaysia berpusu-pusu ke Dataran Merdeka menyaksikan perbarisan di pagi merdeka mereka lebih senang tidur kerana sudah letih terkinja-kinja menari serta berpesta meraikan hari kemerdekaan mereka dengan cara sendiri. Perayaan yang kalau dahulunya diakhiri dengan semangat patriotisma yang berkobar-kobar dalam diri anak muda pada zaman dahulu sudah jauh beza situasinya dengan remaja pada zaman sekarang.

Tidak dinafikan, mereka turut hadir menantikan detik jam 12 malam itu namun, penghabisannya? Selepas segalanya berakhir, Jalur Gemilang bertaburan, sampah sarap, nasib untung kita dapat menyaksikan puluhan kondom bertaburan di Dataran Merdeka itu. Sungguh memalukan sebagai rakyat Malaysia terutamnya bangsa Melayu. Apa nak jadi dengan anak Melayu kita? Di mana erti kemerdekaan itu pada mereka? Putera harapan bangsa, Puteri tiang negara. Kini telah bertukar Putera ibarat hamparan, berpelesiran dan adakalanya disepak diterajang diibarat mayat busuk dan tetap tidak berganjak. Puteri pula sentiasa menjadi ibarat tiang. Lansung tidak berganjak, hanyut terus apabila dibelai malah nilai harga diri meraka kini entah kemana. Siapakan akan menyelamatkan mereka? Tulis lah sejuta arkitkel, jalankan lah sejuta program namun peningkatan mereka semakin bertambah. Dimana silapnya? Mungkin juga kita terlalu berpegang kepada ”mencegah lebih baik daripada mengubati” tanpa kita sedari ”kalau tak diubati yang dicegah ikut menuruti”.

Kita masih mengira detik kemerdekaan ke 51 yang akan diraikan tak lama lagi. Jika kita mengaplikasi ilmu kitaran hayat dalam erti sebuah negara, kita percaya bahaya setiap kitaran akan melalui beberapa peringkat. Dimulakan dengan permulaan, dimana sesuatu itu baru sahaja bermula. Kebiasaannya pada peringkat ini, usaha yang lebih serta komitmen diperlukan bagi menaikkan negara. Seturusnya setelah berpenat lelah, kita kan mencapai perinhgkat klimaks, dimana kita berjaya menempa beberapa kemenangan dan kita perlu menstabilkan prestasi itu. Namun lama kelamaan kita tidak boleh lari dengan kenyataan bahawa kita akan jatuh. Jika tidak berhati-hati perkara ini tetap akan terjadi. Bezanya, cepat atau lambat sahaja. Begitulah kemerdekaan yang kita perolehi di MALAYSIA sehingga hari ini. Hanya kita yang menentukan bila akan berakhirnya kemerdekaan kita atau kita akan merdeka untuk selamanya. Sebagai anak malaysia, saya berharap sangat kita akan memberikan hadiah yang lebih bermakna buat tanah air kesayangan kita ini. Jika dihari ulangtahun kelahiran kita, kita dihadiahkan pelbagai hadiah yang bermakna, begitulah tanah air kita kerana MALAYSIA adalah KITA semua. Warganegaranya. Tanpa kita, tiada MALAYSIA tanpa MALAYSIA siapalah kita.

No comments: