Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Wednesday, July 16, 2008

Penulisan Blog Menambah Ilmu Kepada Siswa Siswi


Saya telah memulakan pengalaman pertama saya dalam penulisan blog secara tidak formal seawal umur 19 tahun. Di mana ketika itu saya menulis melalui blog peribadi saya beralamat www.bidadarisz.multiply .com. Pengalaman pertama itu secara tidak lansung memberikan idea kepada saya tentang dunia blogger. Namun penglibatan saya dalam penulisan blog adalah secara tidak aktif dan sekadar untuk suka-suka dan memenuhi masa lapang. Setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma, saya mengambil kesempatan untuk bekerja sementara di beberapa firma swasta dan sememangnya penagalaman yang bermakna itu telah mendewasakan diri saya dalam situasi Malaysia yang sebenarnya. Nasib saya amat baik kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah IPT di utara semenanjung malaysia. Pengalaman sebagai perantauan bukan perkara baru bagi saya kerana sebelum ini saya juga telah menghabiskan 3 tahun di negeri darul sunnah dan kini hanya turun sedikit memasuki negeri jelapang padi.

Berlatarkan panorama Gunung Jerai serta sekilas angin sepoi dari Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai meningkatkan semula semangat saya untuk teruskan usaha dalam bidang blogger. Saya telah mempelajari serba sedikit ilmu blogger melalui teman lama saya yang cukup synonym dengan blognyer, www.syamsulariff.com. Daripda tipsnya saya mengambil masa terluang yang ader dalam semester pengajian yang pertama untuk memahami etika seorang blogger. Di permulaan semester kedua ini saya harap ada peningkatan dalam penulisan saya.

Selarasnya dengan pengumaman yang dibuat oleh VC UiTM yang mula memberikan minat dalam penulisan blog ini, saya harap penglibatan saya dalam bidang ini akan mendapat tarikan daripada mahasiswa dan mahasiswi. Penglibatan dalam penulisan banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya dan menjadikan saya seorang yang peka terhadap isu-isu semasa. Walau pun penulisan saya pada awalnya dalam bahasa malaysia namun saya harap peningkatan diri saya juga akan tertumpu kepada penulisan dalam bahasa inggeris.

No comments: