Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, May 26, 2009

Suara Kerinduan

Hum lama betul aku bercuti.. sampai tak tahu nak buat aper. Buat pembaca entri aku, sorry sebab aku tak braper nak update coz bz n line tak braper baguslah kat umah aku ni. lambat sangat. aper pun aku sebenar ader banyak cerita yang hendak dikongsi bersama antaranya...

hari sabtu lepas.. (23hb 05)

Aku rase sangatlah boring, jadi untuk membuang keboringan aku, aku pun mengajak akak aku pergi picnic. mak aku tak nak join jadi aku pergi lah adik beradik n sepupu aku (aku, akak, damiri, danial, syafiq n acu) jer. kitorang mandi di air terjun Chamang. Seumur idup aku membesar kat bentong ni, nilah kali pertama aku datang sini dan panoramanya memang indah walaupun tempat ni amat bahaya (tiap2 tahun ada korban) tapi aku enjoy. balik daripada mandi kitorang dan kelaparan so kenalah isi perut ni, kitorang makan di MIDNIGHT restaurant yang sangat glamor di bentong ni. Makan bosar jugak lah. (AKAK SPONSOR). Pada malam tersebut, family Pak long aku nak singgah sebab keesokan paginya mereka akan ke Kuantan untuk mengambil anaknya di POLISAS. Malam tu sempat jugak aku melayan cerita filem hantu indon ngan Mak Long aku. Seram gak lah..

Keesokkanya, ahad.. (24hb 05)

Aku ke Kuala Lipis bagi majlis sambutan hari belia negara peringkat negeri pahang. Persatuan aku (Persatuan Belia Teraju Elit)telah mendapat Johan bagi peringkat daerah bentong yang mana hadiah yang dimenangi berupa wang tunai RM3000 serta Tawaran bajet program bernilai RM3000 beserta sijil dan medal. Ni semua berkat usaha akak aku selaku secretary dan konco2 nya. Walau pun masih banyak yang perlu diperkemaskan, tapi aku harap persatuan ini akan terus unggul.

pada petang pulak walau pun keletihan sepagi di LIpis, mak menggerak aku kerana family aku nak gi mancing. Disebabkan aku ni kaki pancing so dengan cepat aku bingkas bangun.. best jugak dah lama aku tak gi mancing. Lokasi kami ialah kolam ikan tinggal di Sungai Dua, tepi highway Karak. Tapi ikan dier kecik2 sangatlah. tapi goreng pun sodap. tetiber jer ujan turun, apa lagi berlari lah menyorok dalam kete. agak ujan reda kami sekeluarga keluar semula dengan kail kami. bila hari semakin gelap, ikan semakin rancak keluar bermain dengan umpan kami. yang aku geramnya, aku memang dah nampak ikan besar cium umpan aku tpi dia suh anak dia yang makan. geram betul aku. kalau aku bawak saup, aku dah saup. tapi syukurlah dengan hasil tangkapan kami. kira2 dalam 20 ekor anak talapia di naikkan.. Mak aku lah winner dia ,,, dan aku dapat anugerah setelah berjaya menaikkan ikan terakhir dimana aku telah cabar " sapa dapat ikan terakhir dia bleh kawin" huhuhuhuhuhuhuhu....

No comments: