Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Tuesday, September 8, 2009

Malaysia vs Indonesia

salam.. lama betul aku tak update blog ni dek kerana kesibukan yg melampau. semester ni berlalu cukup pastas. sedar tak sedar.. sebentar lagi kita akan menghadapi final examination. 2 minggu ini aku tersepit dengan banyak tugasan dan test. sehingga tertinggal banyak isu semasa.

walau bagaimanapun, aku ingin mengupas sedikit isu mengenai hubungan Malaysia -Indonesia yang nampaknya agak renggang sejak akhir2 ini sehingga dilaporkan terjadinya insiden baling telur serta ancaman bulih runcing. Hum almaklumlah mereka ini amat terkenal dengan ilmu batin mereka. Namun yang perlu kita kesali adalah isu ini disebablan oleh beberapa isu kecil yang sudah sedia maklum punca dan penyelesainya. bukan lah aku cuba berpihak pada mana2 negara, namun kita adalah serumpun. Malaysia dan Indonesia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik ini. masih teringat ketika aku melawat kedutaan Indonesia pada semester lepas. aku rasa banyak kejayaan yang kita kecapi bersama.

aku buakn marah pada Indonesia, namun aku agak kecewa dengan kumpulan ekstrem mereka. aku kira kerajaan malaysia sudah cukup baik melayan pendatang mereka di sini. malahan pendatang tanpa izin jugak dilayan dengan baik. Jahat sangatkan Malaysia? aku rasa kekecohan ini timbul dek kerana tarian pendet itu, tapi bukan kah segala keterangan telah diberi...

rasanya jika hendak diungkit dari pelbagai isu, malaysia sudah kira amat baik. teramat2 ganda baiknya layanan kita terhadap mereka. dengan peluang pekerjaan yang kita berikan sehinggakan ada diantara mereka melebihi apa yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat malaysia. aku rasa mereka patut bersyukur untuk itu.

mungkinkah ada dalang yang cuba merenggangkan hubungan diplomat yang telah terjalin sekian lama ini? sama2lah kita nantikan agenda seterusnya...

No comments: