Semangat Hari Ini...

relax ur mind

Sunday, August 10, 2008

KENAPA PERLU FIKIR TENTANG MELAYU???


Suara itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya tatkala soalan itu diaju kepada saya. Soalan daripada seorang sahabat istimewa. Ya saya akui kedudukaan saya sebagai seorang Melayu sering diperkatakan oleh kerana saya terlalu akrab dengan rakan-rakan bukan Melayu. Perlukah saya berasa rendah diri berada disamping mereka? Kadang kala apabila kami berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, adalah suara-suara sinis yang lalu dengan menyatakan seakan ejekan kepada saya “cakap pun broken, nak berlagak”, namun rakan-rakan bukan Melayu itu menguatkan semangat saya “It’s ok friend, at least you’ve try your best”!.

Kembali kepada peristiwa di suatu petang, ketika saya dan kawan-kawan keluar beriadah, rakan saya seorang India, berkata kepada saya, “lihat siswi di sana, pakai baju menjolok mata. Mereka tak malu ke? Saya pun tak berpakaian seperti itu”. Kritikan itu benar-benar menyentuh sanubari saya dan ia tidak berakhir disitu, seorang lagi rakan Cina menyambung dengan mengajukan soalan kepada saya, ”apa perasaan kamu sebagai seorang Melayu? Kamu tak berasa malu kah melihat keadaan orang Melayu yang kini sudah jauh ketinggalan daripada bangsa lain?”. Dengan spontan saya menjawab ”Inilah masalah yang membelenggu fikiran saya, jika saya ada kuasa yang hebat saya sudah pasti saya akan membetulkan keadaan. Seperti Sailormoon. Tapi apakan daya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Cukup susah nak belajar dari pengalaman orang, mungkin bila sudah kena pada hidung sendiri, baru mereka akan sedar”.

Begitulah jawapan saya, walau pun diselitkan sedikit kelakar namun sahabat-sahabat itu sudah faham dengan setiap kata yang saya luahkan. Meraka sudah sinonim, saya suka meninggalkan kata-kata saya dengan persoalan dengan harapan mereka akan berfikir lebih. Itu sudah menjadi cara saya agar mereka berfikir. Namun mereka tidak pernah mengeluh. Kami memang sentiasa bersikap keterbukaan malah saya sendiri membenarkan mereka memberikan kritikan kepada saya walaupun pada awalnya mereka bimbang saya akan terasa namun pada pandangan saya kritikan mereka akan membuat minda saya terus berfikir lebih jauh.

Setelah setahun lebih kami terpisah kerana menyambung pelajaran di institusi yang berbeza, kerinduan itu melintas di hati saya tatkala saya saya sedang berfikir mengenai nasib bangsa saya. MENGAPA SAYA PERLU BERFIKIR MENGENAI NASIB MELAYU?. Sedangkan rakan-rakan sebangsa saya selalu berkata, ”kau ni berfikir benda yang tak sepatutnya. Kita masih muda, banyak lagi yang perlu kita fikir. Nak pergi membeli belah di mana, bercerita tentang jejaka-jejaka atau pensyarah-pensyarah muda dan sebagainya.” Secara bersahaja saya menbidas ”biarlah, hal itu kamu semua dah fikirkan, dan hal Melayu tak ada siapa nak fikirkan, biarlah aku tolong fikirkan, kesian aku tengok MELAYU ini.” Ya itulah kuncinya ”KASIHAN MELIHAT BANGSA MELAYU”.

Dalam satu kuliah, satu persoalan telah ditanya ”perlukan MELAYU mendapat subsidi?”, aku menjawab tidak. Pensyarah bertanya lagi ”apa alasan kamu berkata demikian?” aku menjelaskan secara terperinci,”Seboleh-bolehnya elakkan. Walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan tentang hak keistimewaan Melayu namun sebenarnya itulah juga yang menjadi faktor utama melemahkan kaum Melayu. Hidup bergantung dengan subsidi. Zaman kita sudah jauh berbeza dengan keadaan masa silam. Jika dahulu ya, subsidi perlu bagi membantu orang Melayu kerana dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh British. Tapi itu dahulu, kini kita sudah jauh dalam arus kemodenan dimana setiap kita berpeluang mencapai apa sahaja yang ada. Namun kerana sikap kebergantungan orang Melayu kepada subsidilah membuatkan kita lemah. Orang Melayu menjadi manja, tidak mahu berdikari kerana pada mereka tidak mengapa kerajaan ada bagi membantu mereka, jika tidak buat apa mereka mengundi kerajaan.” pensyarahku nampak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Beliau menyambung persoalannya, ”jadi kamu fikir subsidi harus dihapuskan?” Saya menjawab tapi kali ini agak mengambil masa ”Itulah yang menjadi masalahnya. Jika kita hapuskan maka habislah bangsa Melayu akan terus ketinggalan. Saya fikir kita perlu mengubah persepsi terhadap subsidi dan mengubah pemikiran Melayu agar mereka lebih hidup berdikari. Anggaplah subsidi adalah sumber terakhir bagi orang Melayu”

No comments: